Ji Min memerhatikan sekeliling dengan perasaan gemuruh. Kemudian dia memandang kearah rakan-rakannya yang sedang menyorok di balik semak di taman itu dengan pandangan aneh. Perlu ke sampai begitu sekali. Dan rakan-rakan yang dimaksudkan adalah Tae Hyung, Jeong Kook, Ji Hyun dan Hae Na.
Suasana di taman itu agak sunyi kerana tiada sesiapa yang hadir di situ pada pukul 1 seperti itu. Ji Min memerhatikan keadaan sekeliling sambil duduk di kerusi yang disediakan di situ.Dia kelihatan agak relaks tetapi hatinya berdegup dengan kelajuan yang tidak terkira.
"Eok... Ji Min sunbae..." Jae Ha terkejut apabila dia melihat hanya Ji Min sahaja yang berada di situ. Ji Min tersenyum sebaik sahaja melihat Jae Ha. "Tae Hyung sunbae eodisseoyo? Tadi dia call, dia cakap ada benda penting yang dia nak bagi." Kata Jae Ha untuk menghilangkan rasa exitednya.
Ji Min bangun dari duduk dan menggaru belakang lehernya kekok. "Tae Hyung cakap dia nak pergi tandas sekejap. Duduklah." Balas Ji Min. Lantaklah, auta je.
Dengan kekok mereka berdua duduk di kerusi tersebut.
Ji Min memandang Jae Ha untuk memastikan reaksi Jae Ha dan sepertinya Jae Ha sangat kekok berada bersama-sama dengannya.
"Jae Ha-ya... sebenarnya... aku dah lama sukakan kau." Kata Ji Min setelah agak lama mereka mendiamkan diri dan menjadikan suasana di antara kekok.
Jae Ha menjadi kaku. Betul ke apa yang aku dengar ni? Like seriously aku tak salah dengar? Jae Ha langsung tidak memandang kearah Ji Min disebabkan dia terlalu segan dan tidak percaya.
"Aku tau ianya agak tiba-tiba, tapi... aku memang dah lama sukakan kau. Sejak pertama kali aku jumpa dengan kau." Luah Ji Min. Jae Ha memandang Ji Min untuk mendapatkan kepastian.
"eo... eo.. eo... eo.. eon... jae?" tanya Jae Ha dengan penuh bersusah payah. Perasaannya bercampur baur sekarang. Gembira, teruja, nak nangis, semua ada. Siapa yang tak suka kalau orang kau suka luahkan perasaan dekat kau? Shit! Aku rasa ini adalah hari yang paling indah dalam hidup aku. Kalau ini mimpi sekali pun aku tak akan bangun daripada mimpi ni.
"Hari pendaftaran... aku tau kau mesti tak ingat sebab waktu tu kau betul-betul nak cepat dan, kau terlanggar guru disiplin yang paling garang dekat situ. Dan kau kena marah. Waktu tu aku yang pujuk guru disiplin tu untuk lepaskan kau." Cerita Ji Min membuatkan Jae Ha teringat.
Ya, ada. Waktu tu aku tengah nak cari kelas aku dan aku cuai sangat sampai terlanggar guru disiplin yang garang tu. Dan ada suara malaikat yang membantu aku waktu tu. Ah! Kenapalah aku tak ingat suara dia! Dan kenapa aku tak tengok muka dia waktu tu! Shibalnya!
Wajah Jae Ha menunjukkan yang dia sangat terkejut dengan perkara tersebut. Ji Min tertawa kecil melihat wajah Jae Ha itu.
"Dan waktu hari pertama persekolahan tu, aku sengaja langgar kau untuk buatkan kau pandang aku." Sambung Ji Min lagi dan itu memang membuatkan Jae Ha terkejut.
"Nde? Jadi benda tu secara sengaja?" tanya Jae Ha tidak percaya.
"Boleh tak kalau... kau jadi teman wanita aku?" tanya Ji Min dengan penuh berhati-hati. Jae Ha diam.
Tanpa mengeluarkan sebarang kata, Jae Ha terus sahaja memeluk Ji Min membuatkan Ji Min terkejut.
"Nde! Halkkeyo!" balas Jae Ha dengan air mata yang sudah mengalir deras pada pipinya. Dia mengerakat pelukannya membuatkan Ji Min tertawa senang. Ji Min turut membalas pelukan tersebut. Walaupun dia tidak dapat melihat wajah Jae Ha sekarang tetapi dia tahu yang Jae Ha sedang menangis.
Tiba-tiba, telefon mereka berdua berbunyi serentak membuatkan mereka berdua melepaskan pelukan masing-masing . Ji Min mengelap air mata Jae Ha dengan menggunakan ibu jarinya membuatkan Jae Ha segan sebelum masing-masing melihat telefon masing-masing.
Mianhae sebab dah tipu kau Jae Ha, tapi... aku tak tipu pasal 'benda' penting tu. Aku serahkan 'benda' tu dekat kau dan kau kena jaga dia elok-elok. Kalau kau sakitkan hati dia, aku akan pastikan kau terseksa. – Tae Hyung
Jae Ha tertawa tidak percaya apabila dia membaca mesej tersebut. He such a good friend. Ujar hati Jae Ha sambil memandang kearah Ji Min.
Mianhaeyo sunbae. Kami bilik dulu sebab tak nak kacau daun. Jaga sweetheart kami tu baik-baik tau. Tapi kalau sunbae sakitkan hati dia pun tak apa sebab dia dah tipu kami hidup hidup. >.6. –Hae Na
Ji Min terus sahaja menyimpan telefonnya dan dia berpandangan dengan Jae Ha. Jae Ha tersenyum segan.
"Tae Hyung ada bagi tahu aku yang kau suka aku, tapi kenapa hari tu diorang cakap kau suka Tae Hyung?" tanya Ji Min inginkan kepastian. Walaupun Tae Hyung sudah menerangkan kepadanya, tetapi dia mahu penjelasan itu daripada mulut Jae Ha sendiri.
"Ah keugae... sebab saya tak nak sunbae tau pasal perasaan saya... dan saya tak nak diorang usik saya pasal benda ni." Balas Jae Ha dengan perasaan serba salah.
"Kau tahu tak hari tu hati aku sakit sangat sebab diorang cakap kau suka Tae Hyung dan aku tengok kau bukan main lagi dengan Tae Hyung..." serious sahaja wajah Ji Min membuatkan Jae Ha cuak.
"Ani.. keugae.. keudae." Jae Ha mencuba untuk menjelaskan perkara yang sebenar tetapi otaknya tidak dapat berfungsi waktu itu membuatkan ianya kedengaran seperti menggumam.
Tiba-tiba wajahnya di pegang dan bibir mereka berdua bersatu membuatkan Jae Ha terkejut. Jae Ha memegang bibirnya sebaik sahaja bibir mereka berdua berpisah. Wajah Jae Ha memerah disebabkan segan. Wajah Ji Min hanya satu inci sahaja daripada wajah Jae Ha membuatkan Jae Ha menjadi tidak karuan.
Ji Min mengusap lembut wajah Jae Ha dan tangan kirinya memegang belakang badan Jae Ha untuk mengawal jarak mereka.
Jae Ha tidak tahu mahu memandang di mana. Disebabkan wajah Ji Min yang terlalu dekat dengannya, dan ianya membuatkan wajah Ji Min sangat handsome! Shit! Jangan lah trigger aku! Jerit hati Jae Ha.
"Saranghae." Bisik Ji Min sebelum dia kembali menyatukan bibir mereka. Kali ini lebih mendalam.
Dansecara jujurnya. Itu adalah hari yang paling menggembirakan untuk Jae Ha.
YOU ARE READING
First Love
FanfictionEun Jae Ha, hanya seorang pelajar biasa yang mempunyai perasaan terhadap salah seorang pelajar lelaki di sekolah tersebut atau kata-kata yang lebih mudah adalah crush. Tetapi disebabkan dia bukanlah seorang yang berani jadi dia hanya mampu untuk mem...