02

28 0 0
                                    

Sokka berlari dalam hujan menuju ke kereta selepas dapat berita yang ayahnya semakin tenat di hospital.

Kereta Sokka meluncur laju memasuki kawasan pakir hospital. Sokka keluar kereta dalam keadaan tergesa-gesa.

Bajunya yang basah tidak di hiraukan. Ayah, Sokka datang. Tunggu Sokka. Getus hatinya.

"Nurse, pesakit nama Tajuddin di wad mana?"

"Kami baru saja hanta dia ke wad ICU encik."

Sokka berlari menuju ke wad ICU.
"Maaf ya encik, encik tidak boleh masuk." Jururawat yang baru sahaja keluar dari wad tersebut melarang Sokka dari masuk ke dalam. Sokka hanya berdiri dan melihat di cermin kecil pintu wad.

Keadaan ayahnya yang tenat dipenuhi wayar-wayar mesin. Sokka duduk di kerusi menunggu.

Jiwanya celaru. Masa berlalu terlalu pantas membuatkan dia tidak sedar apa yang sedang berlaku. Yang terbayang difikirannya adalah wajah ayahnya dan pertengkaran yang berlaku antara mereka.

"Sokka." Hairy datang menuju ke arah Sokka yang sedang duduk kebingugan di kerusi menunggu.
"Ayah kau macam mana sekarang?"

"Dia masih tak sedar lagi."

"Doktor cakap apa?"

"Jantung dia gagal berfungsi dengan baik, nasib Pak Samad cepat bawa dia ke sini."

Hairy cuba menenangkan Sokka.
"Kau bersabar jelah, aku sure tak ada yang sirius pun."

"Salah aku ke Hairy? Aku bertekak dengan dia tadi."

"Sokka jangan salahkan diri kau, semua dah tertulis, kita sama-sama doakan untuk dia.

*****

Hairy memulas tombol pintu dan melihat April sedang menonton television seorang diri.

"Baru balik?" April menegur.

"Aku dari hospital tadi."

"Siapa sakit?"

"Ayah Sokka."

April hanya diam.

"Kau tak pergi kolej hari ni?"

"Esok baru ada kelas."

Hairy membuka peti sejuk lalu meneguk sebotol air.

April hanya memandang. Baginya bukan itu topik utama.
"3 minggu lepas kau kemana? Kau kata nak balik sini."

Hairy tidak mahu bercakap banyak. Memang silap dia tidak memberitahu April dari awal. Hairy cuba menukar topik.

"Adek, kau ade masak apa-apa tak? Aku laparlah."

"Atas meja tu ada lauk. Makanlah."

April masih tidak berpuas hati.

"Abang aku tanya, 3 minggu lepas kenapa kau tak balik?"

"Maaflah. Lately ni aku sibuk sikit."

"Kenapa kau tak beritahu. Kau selalulah macam tu." Raut wajah April mula sungul. Hairy hanya mampu diam.

"Kau dah biasa duduk seoranglah adek, berdikarilah sikit."

"Aku cuma ada kau seorang jelah abang. Aku tak perlukan orang lain pun."

Mata April mula berkaca. Bantal yang dipegang terus diletakan semula di atas sofa. April bingkas bangun lalu masuk ke dalam bilik.

Hairy tidak berkata apa. Faham benar perangai adiknya. Tetapi kali ini sedikit berlainan. April jarang mahu ditemani sesiapa. Perkara tersebut membuatkan Hairy teringat peristiwa lepas tentang Maya. Temannya yang selalu menemaninya dirumah.

7 Kali PertemuanWhere stories live. Discover now