Thaqim
----
Online
14.09.2016
8.00 p.mAbang Razif, kejap lagi saya datang tau.
Ada barang yang saya nak bagi.
Tak sabar nak jumpa abang.
------------------Razif hanya membaca text message dari Thaqim. Sepupunya. Thaqim baru pulang dari Singapura. Selepas kematian kekasihnya, Thaqim membawa diri, cuba keluar dari keadaan yang membelenggunya.
Kesedihan yang mengurung Thaqim membuatkan dia memilih untuk pergi lebih jauh. Tidak jauh, tetapi cukup untuk melupakan kejadian 6 tahun lepas. Kekasihnya di pukul hingga mati. Tidak berdaya. Thaqim hanya mampu melihat apa yang berlaku.
Dia hanya pulang ke Malaysia jika ada urusan penting sahaja. Tinggal di rumah mak ciknya adalah pilihan yang tepat.
Setengah jam kemudian terdengar bunyi hon dari luar rumah. Razif menjengah. Thaqim keluar dari kereta bersama beg barang. Thaqim sejenis yang tidak lokek. Ole-ole yang di bawa dari Singapura adalah kewajipan baginya.
Razif tersenyum. "Ehh, datang seorang je? Ingatkan ada teman sekali."
"Abang ni janganlah bergurau. Tak kanlah Thaqim nak bawa teman kot. Hati Thaqim kat sini je." Sambil tersenyum simpul.
"Mak Long dengan Ayah Long mana?""Diorang pergi Perlis seminggu. Minggu depan diorang baliklah."
"Ye ke? Kalau macam tu bolehlah Thaqim lama sikit dekat sini. Asyik teringat je orang dekat sini."
Razif hanya tersenyum lantas mengerling ke jam tangan yang di pakai. 8.30 p.m
April.. Nama April terlintas di fikiran Razif. Belum sempat Razif menelefon April, Thaqim datang lalu menarik tangannya.
"Abang, jomlah. Banyak barang Thaqim beli untuk abang tau."
"Nak ke mana? Abang ada janji dengan kawanlah."
"Ala abang ni, Thaqim baru sampai tau, abang nak keluar dah. Jomlah kita naik atas tengok barang yang Thaqim beli." Sambil menarik tangan Razif naik ke bilik.
Terpaksa Razif ikutkan. Sepanjang melangkah naik tangga, fikiran Razif hanya terbayangkan wajah April.
Sampai sahaja di dalam bilik, Razif mencapai telefonnya lalu menghantar pesanan ringkas kepada April. Thaqim sibuk membelek barang-barang yang di beli untuk Razif, lalu menegur Razif.
"Abang buat apa tu? Sinilah tengok barang-barang yang Thaqim beli ni." Thaqim menarik telefon bimbit dari tangan Razif.
Razif hanya diam. Fikirannya masih pada April. Razif rasa serba salah memikirkan janji yang di buat dengan gadis tersebut.
"Abang, ni jam siapa?" Thaqim bertanya sambil membelek-belek jam ditangan Razif.
"Abang punyalah Qim. Kawan abang bagi. Kenapa?"
"Perempuan?"
"Iya. Kenapa?"
Thaqim terdiam. "Tanggallah abang, abang pakai yang Thaqim hadiahkan ni ya." Razif hanya tersenyum.
*****
8.00 p.m
April masuk ke bilik dan terus baring di atas katil. Masih segar lagi kejadian yang berlaku.
Razif. Wajah Razif yang menjelma di benak April.
Mungkin aku perlu beritahu dia apa yang aku rasa. Ataupun mungkin dia yang nak beritahu aku sesuatu.April megerling jam pada hand phonenya 8.15 p.m April bingkas bangun lalu mencapai tualanya.
Tukkk!! Tukk!!
Pintu bilik April diketuk."Adek!" Hairy memanggil dari luar bilik.
"Aku nak kluar makan ni, kau nak ikut tak?""Keluar makan?" April memekik dari dalam bilik mandi.
"Iyaa keluar makan. Kau nak ikut tak?"
"Tak apalah. Kau pergilah. Aku ada janji dengan kawan kejap lagi."
"Haa yelah." Hairy masuk ke biliknya siap untuk keluar makan.
April keluar dari bilik mandi lalu mencapai hand phonenya.
Ajeb
----
Last seen
14.09.2016
8.40 p.mApril sorry okay
Aku ada hal lah
Lain kali aku set semula bila kita boleh keluar okay.
------------------"Abanggg!!!!" April terus menjerit memanggil Hairy. Berlari dia ke luar pintu malangnya kereta Hairy terus meluncur pergi.
Hmm, nak cancel tak cakap awal.
April kecewa.*****
Hairy memulas tombol pintu. Rumah gelap gelita. Hairy mengetik suis lampu.
"Wehhh!!" Bayangan April di ruangtamu mengejutkan Hairy.
"Kau dah kenapa ni bergelap-gelap ni?"
April hanya diam bersama mukanya yang masam mencuka.
"Kau keluar tak tadi? Awal betul balik. Muka tu? Asal buat muka macam tu?"
Hairy meletakkan bungkusan makanan di atas meja.
"Ni ada aku tapaukan kau nasi dengan daging blackpaper."April bingkas bangun lalu terus menuju ke hadapan Hairy.
"Siriuslah abang?" April tersengeh sambil mengelip-ngelipkan matanya."Iyaa. Tu haa nasi kau?"
April terus memeluk dan mencium dahi abangnya.
"Eihhh. Apahal kau ni?" Sambil menolak adiknya.
"Sayang kau abang. Kau sangat memahami." April mencembengkan mukanya pura-pura sedih.
Hairy hanya ketawa.

YOU ARE READING
7 Kali Pertemuan
Roman d'amour"Adek!!!!" Satu pukulan tepat mengenai belakang kepala April membuatkan Hairy terpaku, lantas dalam pelukan adiknya membuatkan matanya tidak berkelip memandang empunya kayu yang menghentak mengenai kepala adiknya. "Hairyyy!!!" Dalam keadaan huru har...