Razif mencuit bahu April dari belakang. April mengangkat muka sedikit. Razif tersenyum. Faham benar dengan reaksi April.
Kelas Cik Mun terlalu bosan untuk dia."April, malam ni aku ada tempat nk pergi. Kau nak follow aku tak?" Sedekit berbisik.
Pen yang di selit antara hidung dan mulut April terjatuh. "Best ke tak? Kalau tak best malaslah aku nak ikut?" Bibirnya yang mungil di muncungkan.
Razif bingkas bangun dari tempat duduknya. Tertunduk-tunduk seperti tikus Razif turun lalu duduk di sebelah April.
"Bibir kau ni jangan muncungkan macam ni, aku gigit nanti." Sambil menyentuh bibir April menggunakan hujung pen.
April menoleh melihat muka Razif.
"Sirius betul muka kau eh?" April menahan ketawa."Apa yang lucu sangat tu?" Cik Mun yang siap berdiri di tepi meja April menegur tingkah mereka.
April terkejut. Pakai 'ilmu' ke dia ni? Tiba-tiba je tercegat dah tepi aku ni? Sambil memandang muka Cik Mun, April bermonolog sendiri.
"Tak ada apa-apa Puan Mun."
"Cik Mun!" Sambil menjegilkan matanya. Ada penegasan di situ.
"Maaf Cik Mun."
Razif menutup mulutnya menahan ketawa.
"Kelas boleh bersurai semua. Kecuali kamu berdua." Arah Cik Mun."Isnin depan last untuk submit design kamu berdua. No more delay."
*****
"Banyak mana buku kau nak ambil ni April? Satu dua je cukuplah." Kata Razif sambil memegang buku-buku yang di beri oleh April.
"Kejaplah. Ada satu buku ni aku cari dari semalam lagi. Haa ni dia. Vincent Van Gogh." April cuba mengapai buku yang berada di aras atas rak. April menjengket-jengketkan kakinya.
"Aduh sakitlah!!" Razif mengaduh.
"Kenapa kau ni?" April masih cuba mengapai bukunya.
"Kau pijak kaki aku." Kaki kiri Razif di pijak.
"Mana ada!" April melompat. Dia berjaya mengapai. Malangnya kaki kanan Razif pula yang di pijak. "Adoii!" Razif membongok dan terus memegang kakinya yang sakit. Buku-buku yang di pegangnya jatuh ke lantai lalu menimpa kaki kirinya pula. Razif makin tak keruan apabila dalam masa yang sama buku setebal 3 inci yang digapai April tadi jatuh di atas kepalanya.
"Adoiii!!! April sakit!!!" Jeritan Razif bergema satu perpustakaan.
Suara Razif benar-benar mengisi ruang balai pustaka tersebut menyebabkan semua mata tertumpu pada mereka.
"Ajeb, yang kau pekik-pekik ni kenapa?" Sedikit berbisik, April membongkokkan badannya sedikit. Tangannya menggosok-gosok kepala Razif.
"Sakit tahu." Razif mengeluh.
"Hmm maaflah." April serba salah.
Razif bangun dan tak semana-mena, pakkk!! Kepala Razif terhantuk pada hidung April.
April berdiri lalu mengaduh sakit sambil memegang hidungnya, Razif mengekang April dengan kedua belah tangannya pada rak buku.
Dalam kesakitan, jantung April berdegup laju. Razif benar-benar sirius. Mata Razif tidak lepas memandang April. Mahu saja ditelan gadis tersebut.
"April, dah tahu yang kau tu pendek kenapa tak minta tolong aku ambilkan."
April hanya diam. Suhu sejuk penghawa dingin yang memenuhi ruang perpustakaan mula dirasakan panas. Berpeluh. April dapat menghidu bau badan Razif. Wangian perfume yang dipakai oleh Razif menyelimuti ruang fikirannya. Apa yang dikatakan oleh Razif pada April tidak diendahkan. Fikirannya sedikit melayang.
"April..." Namanya dipanggil perlahan. Badan Razif semakin mendekat.
"Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi?"April tersentak apabila namanya dipanggil. Aduh, jangan rapat sangat boleh tak? Rayu April di dalam hatinya. April takut terbuia. April lemas. Terasa lemas dalam hembusan halus nafas Razif. Razif masih terpaku. Tidak beranjak walau seinci.
April perlahan-lahan merendahkan dirinya, cuba untuk keluar dari kekangan Razif. Dia tidak mampu bertahan lebih lama dalam keadaan sebegini.
"Heiii! Nak pergi mana tu?" Razif menegur.
"Aku nak kutip buku-buku ni lah."
"Okay. Tapi kau lupa sesuatu."
"Apa dia?" April mengagahkan diri untuk menatap mata Razif.
"Tak reti nak minta maaf ke?"
"Okay. Sorry."
"Itu je?"
April membalas pandangan Razif dengan wajah yang keliru.
Razif memalingkan wajahnya dengan menunjukkan pipinya yang bersih."Pernah rasa kena cium?" Sambil tersengeh.
April terdiam. "Tak. Kenapa?"
"Aku pun sama." Razif tersengeh, badan Razif semakin merapat, memandang April dengan wajah yang nakal. "Jadi boleh tak aku nak jadi orang yang pertama rasa kelembutan bibir kau tu terbenam dekat pipi aku ni?"
Aduh... Kenapalah panas sangat ni? Aircond mana aircond? Rosak ke? Rayu April dalam hati. Terasa hangat di pipi.
"Eiss. Mengarut betullah kau ni. Tolong aku kutip buku-buku ni."
Razif ketawa.

YOU ARE READING
7 Kali Pertemuan
Romance"Adek!!!!" Satu pukulan tepat mengenai belakang kepala April membuatkan Hairy terpaku, lantas dalam pelukan adiknya membuatkan matanya tidak berkelip memandang empunya kayu yang menghentak mengenai kepala adiknya. "Hairyyy!!!" Dalam keadaan huru har...