01 - New Home New Life.

68 2 1
                                    

"Balik-balik aku sajalah yang kena tunggu dia." April merungut.
Hairy datang lalu menghulurkan April kunci rumah.
"Nah. Kau tengok-tengoklah dulu rumah ni okay ke tak. Kalau okay nanti aku bayar deposit dia sekali 3 bulan terus."

April memandang muka Hairy dengan pandangan kosong.
"Rumah siapa ni?" April curiga. "Banyak betul duit kau."
Kata-kata April membuatkan Hairy naik angin.
"Kau ni banyak cakaplah. Masuklah dulu tengok."
April menjeling. Orang tanya je pun. Getus hatinya.

"Esok kau bawa masuk barang-barang kau. Aku nak kau pindah sini."

"Suka hati kau je kan. Ni rumah siapa? Bilik yang aku sewa tu macam mana? Aku dah bayar awal tau bulan ni."

"Rumah ni aku sewa untuk kaulah. Kau nak ke duduk lama-lama dengan Kak Zue tu? Asyik bertekak je dengan laki dia. Aku tengok laki dia tu pun aku tak berkenanlah." Jelas Hairy.
"Lain macam je dia pandang kau. So sebelum benda mengarut jadi aku nak kau pindah sini. Dekat sikit dengan kolej."

April hanya diam. Apa yang di katakan oleh Hairy itu semuanya benar. Dalam fikiranya terbayang peristiwa suami Kak Zue.

April keluar dari bilik mandi terus masuk ke biliknya. April hanya menutup pintu sedikit.
Sedang April leka terdengar bunyi pintu dikuak sedikit.
Krekkk.
Angin. Getus hatinya.

"Hoiiii!!!" Jeritan dari luar pintu mengejutkan April dari dalam bilik.

Hairy secara kebetulannya datang ke rumah sewa April untuk memberi bukunya yang tertinggal lalu ternampak kejadian tersebut dari luar pintu.

Jeritan Hairy mengejutkan Zubir, suami kepada Kak Zue yang sedari tadi sedang berdiri di tepi langsir pintu bilik April. Zubir cemas lalu segera beredar.
Niat buruknya membuatkan Hairy tidak senang apabila ternampak gelagat Zubir yang mencurigakan.

April segera keluar dari bilik.
"Kau ni kenapa bang? Terjerit-jerit dekat rumah orang ni?"

"Aku nampak laki Kak Zue tu mengintai kau dari luar bilik. Kurang ajar betul jantan tu lah." Hairy menahan marah melihat kejadian tadi.

April hanya mendiamkan diri memandang abangnya. Tidak berani bercakap banyak bila Hairy mula naik angin.

April sendiri sedar, ada yang pelik dengan suami Kak Zue tu.

"Nanti hujung minggu aku datang sini."

Lamunan April terhenti apabila Hairy menyambung ayatnya.

"Kenapa lama sangat? Habis tu kau duduk mana? Rumah Sokka?"

"Tak ada kena-mengena pun dengan dialah. Aku kerja. Aku tahulah jaga diri aku."

"Kalau macam tu stay dengan akulah dekat sini."

"Aku kerjalah. Kau faham tak?"

"Jadi apa masalahnya. Kita berdua je pun dalam rumah ni."

"Kau ni memang tak reti fahamlah."
Hairy menahan marah memandang adiknya yang tidak mahu mengalah.

"Kalau macam tu, nah. Aku tak nak duduk sini." April menarik tangan abangnya lalu memberi semula kunci rumah tadi. Tanpa berkata apa April terus melangkah tetapi Hairy menahannya.

"Kau ni memang keras kepalakan. Hujung minggu ni aku pindahlah sini. Minggu ni aku banyak hal kau tahu tak. Nak ikutkan degil kau je." Hairy mengalah.

April hanya tersenyum. Dia tahu abangnya akan mengalah.

"Kau masuklah dulu. Aku nak gerak dah." Hairy menghulurkan semula kunci rumah lalu berpaling mahu beredar. April menahannya.

"Abang, kau tak nak sambung belajar balik ke?" Suara April sedikit memujuk.

7 Kali PertemuanWhere stories live. Discover now