Bab 2

8.5K 481 175
                                    

      Melati yang bekerja sebagai pelayan di Cafe RoseVan membuat kerja seperti biasa. Mujur shift kerjanya pada siang hari, dia takut memikirkan kejadian semalam. Takut kalau kejadian tersebut akan berulang jika dia bekerja pada shift malam. Mujur dia hanya menggantikan shift kawannya itu pada satu hari sahaja.

Bunyi loceng di pintu Cafe yang berbunyi menyentakkan lamunan Melati. Loceng berbunyi menandakan ada pelanggan baru yang menjejakkan kaki ke dalam Cafe tersebut.

Melati mengambil kertas menu dan menuju ke pelanggan lelaki yang baru sahaja duduk di meja nombor 7.

“ Ini menunya Encik. ”, Melati meletakkan kertas menu di atas meja.

Lelaki tersebut yang menundukkan kepala melihat telefonnya mengangkat kepala melihat muka Melati.

“Eh Haziq.”, Melati terkejut apabila pelanggan tersebut merupakan Haziq yang menolongnya semalam.

Haziq pula wajahnya beku tanpa riak. Kelakuannya seolah-olah dia tidak mengenali Melati.

“Chicken chop and Orange juice”

Setelah mengambil pesanan, Melati berlalu pergi dan menuju ke bahagian dapur untuk memberikan pesanan makanan.

Oleh kerana tiada pelanggan di dalam cafe kecuali Haziq, Melati duduk di meja berdekatan kaunter.

Telefon pintar Melati mengeluarkan ringtone yang menandakan ada panggilan masuk. Melati mengeluarkan telefon bimbitnya yang berada di dalam poket seluarnya.

Dia tersenyum melihat nama pemanggil.

Hello Abang.”

“Sayang.. tengah kerja ke?”

“Ya, Melati tengah kerja ni. Jadi ke kita jumpa petang nanti bang?”

“Erm.. Abang rasa tak boleh la sayang.”

“Alaa.. kenapa pulak? Abang dah janji kan.”

“Abang tak sihat sikit la. Pening kepala dan sakit tekak.”

“Oh ye ke? Abang nak Melati hantar makanan untuk abang?”

“Eh tak perlu. Okay lah Melati, abang nak rehat lah. Baru lepas makan ubat.”

Sebaik sahaja menamatkan panggilan, Melati mengangkat mukanya melihat ke depan. Matanya bertentang mata dengan Haziq yang merenungnya sedari tadi. Melati cepat-cepat mengalihkan pandangannya dan berlalu ke dapur untuk melihat jika pesanan Haziq sudah siap atau belum.

Semasa menghantar pesanan Haziq, Melati ditanya satu soalan oleh Haziq dengan suara yang keras tak beriak.

“Siapa call?”

Melati mengerutkan dahinya. Pelik dengan soalan Haziq yang tiba-tiba sahaja ingin masuk campur urusan peribadinya.

Pardon?”

“Aku tanya siapa call?”, suara Haziq sedikit meninggi.

“Tunang saya call. Awak tak perlu sibuk urusan saya.”, ujar Melati lalu berlalu pergi dari situ.

Okay..”

Haziq mula menyuap makanan yang dipesan ke dalam mulutnya. Sesekali dia menyedut jus oren untuk menghilangkan dahaganya.

Sedang makan, Telefonnya berbunyi.
Haziq mengangkat telefonnya yang berbunyi apabila ada panggilan masuk.

“Ya tuan.”

P S I K O [ 1 ]Where stories live. Discover now