Melati meneruskan kehidupannya seperti biasa. Pergi ke tempat kerja walaupun dalam kepalanya sudah berserabut memikirkan masalah yamg dihadapinya. Tiada sesiapa yang mengetahui tentang masalah ini kecuali dirinya, Haziq dan Hafizul.
Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan buat masa sekarang. Memikirkan surat yang diterima semalam membuatkan kepalanya lebih pusing.
Maria yang sedari tadi memerhatikan tingkah laku Melati mengerutkan dahinya. Pelik dengan sikap Melati sejak kebelakangan ini yang sering termenung dan di wajahnya tidak ceria seperti kebiasaannya. Melati pula jenis yang perahsia, dia mana pernah menceritakan masalah yang dihadapi kepada sesiapa. Katanya, biarlah dia menanggung semuanya sendiri daripada perlu menyusahkan orang lain.
Maria mencuit bahu Melati yang sedang termenung seorang diri di meja berdekatan kaunter bayaran. Reaksi Melati menunjukkan dirinya sangat terkejut.
"Kau ni kenapa, terkejut kemain lagi eh."
Melati mengurut dadanya perlahan sambil tersengih-sengih melihat ke arah Maria.
"Kau lah, buat aku terkejut."
"Laa.. aku cuma cuit bahu kau je. Terkejut ke?"
Melati hanya diam tidak membalas. Matanya melilau ke persekitaran di luar cafe.
"Kau ada masalah ke? Kalau ada, cerita lah kat aku. Mungkin aku boleh tolong kau.", kata Maria sambil merenung ke arah Melati.
"Haih.. tak apalah, aku okay jer. Cuma aku penat sikit, tu kau nampak aku macam ada masalah je ni."
"Kalau kau cakap macam tu, tak apalah.", balas Maria sambil mengangkat kedua-dua belah bahunya.
"Tu, ada pelanggan datang. Pergi lah ambil order. Lambat ambil order, pelanggan lari nanti."
Melati bangkit daripada duduknya dan menuju ke arah pelanggan yang baru datang. Pen dan buku pesanan dibawa bersama.
Haziq membaca pesanan yang baru sahaja diterima olehnya pada pagi tadi. Sebentar tadi dia ada meeting dan tidak sempat untuk melihat dan memeriksa telefonnya.
Dahinya berkerut menbaca perkataan yang terpapar di skrin telefon pintarnya.Tangannya mencapai sebuah fail tebal yang berada di hujung mejanya. Fail tersebut dibuka dan dia membelek-belek helaian fail tersebut sehingga helaian yang diingini. Tangannya yang memegang sebatang pen pilot berwarna hitam laju berlari di atas kertas. Dituliskan segala maklumat yang dia dapat di atas kertas itu.
Sedang leka mencatat, Haziq ditegur seseorang. Dia mengangkat wajahnya untuk melihat gerangan yang menyapanya dan dia bingkas berdiri apabila yang menegurnya adalah orang atasannya.
"Haziq, macam mana? Buat masa sekarang masih ada perkembangan atau tidak?"
"Ada, tuan. Saya baru sahaja menerima mesej penting pada pagi tadi berkaitan maklumat yang diingini. Mangsa pun sudi melaporkan apa sahaja kepada saya seperti yang dipinta."
"Baiklah kalau macam tu. Teruskan kumpul maklumat untuk kes ini. Jika makim dibiar, makin membahayakan banyak nyawa.", ujar orang atasan Haziq sebelum berlalu pergi dari situ.
"Baik tuan."
Di sebuah rumah, seorang lelaki berjalan menuju ke arah bilik yang berada di hujung sekali. Tangannya memulas tombol pintu bilik itu dan dia masuk ke dalam bilik itu. Di sebelah tangannya lagi terdapat sebilah pisau yang tajam.
Bilik itu gelap. Warna langsir yang dipasang ialah hitam dan warna dinding pula biru gelap. Langsung tiada cahaya yang dapat menerobos masuk walaupun di celah tingkap.
YOU ARE READING
P S I K O [ 1 ]
Mystery / ThrillerApa kau rasa kalau ada seseorang yang selalu memerhatikan gerak geri kau? "sweetheart.. nak pergi mana?" Hidup Melati kacau bilau apabila seseorang yang tidak dikenalinya mula mengikuti pergerakannya. Dimana-mana sahaja ada dia. Dia berasa tidak sel...