Bab 10

5.3K 281 44
                                    

           Sudah dua minggu lebih sejak kejadian yang menimpa Haziq. Haziq pun sudah discharge sejak seminggu yang lalu cuma dia belum dapat kembali bekerja kerana keadaan tangannya yang akan menyukarkan urusannya.

Hafizul juga seringkali diganggu cuma nasib Hafizul agak baik kerana lelaki gila itu belum mencederakan Hafizul seperti mana yang dilakukan kepada Haziq. Dia cuma mengugut dan memerhatikan Hafizul dari jauh sahaja.

“Sayang.. termenung apa tu?”

Melati menoleh ke arah Hafizul dan tersenyum. Raut wajah tunangnya itu direnung segenap wajah. Wajah yang elok, hidung mancung dan bibir yang merah jambu. Satu yang paling Melati suka tentang Hafizul ialah mata. Mata Hafizul sepet seperti orang cina.

“Tak ada apa lah. Cuma terfikir, dah banyak peristiwa yang berlaku dalam beberapa bulan ini. Dan Melati berjaya survive buat masa sekarang.

Melati pun tak sangka semuanya akan berlaku dalam kehidupan Melati. Semuanya kerana berpunca daripada lelaki psiko itu. Melati cuma harap yang semuanya akan cepat berakhir.”

Hafizul tersenyum mendengar kata-kata Melati.

“Abang tahu sayang kuat. Jangan risau, selagi abang ada.. abang tak akan benarkan lelaki psiko itu cederakan sayang. Sayang pun, hati-hati.. Jangan kerap sangat keluar rumah tau, buat hati abang risau jer.”

Melati melihat tasik yang terbentang di depan mata. Angin sepoi-sepoi bahasa begitu mengasyikkan pada petang itu.

“Sayang.. awak belum pernah pun ketemukan abang dengan Haziq kan? Tak nak bawa abang jumpa Haziq? Setiap kali abang nak jumpa Haziq mesti abang ada meeting. Dah lama abang nak jumpa dia.

Nak ucap terima kasih sebab sudi jaga sayang dan bantu sayang waktu abang sibuk. Kesian Haziq sebab dia yang jadi mangsa.”

Melati tersenyum mendengar ujaran Hafizul. “Nanti saya bawa abang jumpa Haziq ya, Haziq pun ada minta Melati bawa abang jumpa dia. Teringin nak jumpa tunang Melati yang handsome ni katanya.”

Mereka berdua meneruskan perbualan sebelum pulang ke rumah. Bagi Melati, hari itu sungguh menyenangkan baginya kerana dapat keluar rumah dan menghirup udara yang segar.

           Melati tersentak apabila mendengar jeritan daripada rumah Che Yah lagipun sekarang dah pukul 8 malam. Bukan Che Yah sekeluarga pulang ke kampung selama 3 hari? Melati mencapai telefonnya dan melihat tarikh yang tertera di atas skrin telefon membuatkan dia menepuk dahinya sendiri. Harini lah Che Yah balik sini!

Dek perasaan yang ingin tahu menebal di hati, Melati keluar dari rumahnya dan menuju ke tepi pagar yang menghubungkan rumahnya dan Che Yah. Dia memanggil Che Yah tetapi anak lelaki Che Yah yang bersekolah rendah itu pula keluar.

Anak Che Yah yang bernama Amin itu berlari keluar menuju ke arah Melati tanpa memakai selipar. Mukanya juga kelihatan pucat sedikit.

“Kak..Kak..”, panggil Amin.

“Kenapa ni Amin? Tadi akak dengar mak Amin menjerit kenapa? Ada apa-apa berlaku ke?”, tanya Melati bertalu-talu.

“Tu..dalam rumah Amin tu kak.. mari lah akak tengok.. Amin takut lah..”

Melati yang mendengar Amin berkata begitu mengerutkan dahinya. Ada apa-apa yang berlaku ke? Walhal dia yang menjaga rumah Che Yah sepanjang ketiadaan Che Yah di rumah kerana dia tidak keluar kemana-mana selama dua minggu di rumah kecuali petang tadi untuk berjumpa dengan Hafizul.

Melati terus menutup pintu rumahnya dan menuju ke pagar rumah Che Yah. Amin membuka pintu pagar rumahnya lalu menggamit Melati supaya masuk ke dalam rumahnya.

P S I K O [ 1 ]Where stories live. Discover now