Bab 13

4.8K 280 77
                                    

          Melati sedang menyiapkan makan malam dibantu oleh Che Yah. Hari ini dia ingin menjemput keluarga Che Yah, Hafizul dan Haziq untuk bersama-sama makan malam di rumahnya. Banyak juadah yang lazat dimasak oleh Melati.

“Meriah lauk malam ni.”, ujar Che Yah sambil mengacau lauk di dalam periuk.

“Bukan selalu kan Che Yah. Melati teringin nak makan ramai-ramai macam satu keluarga. Dah lama Melati tak rasa suasana macam tu.”, kata Melati yang sedang membuat air dengan nada yang agak sayu.

Che Yah mendekati Melati lalu mengusap bahu gadis itu. Timbul rasa kasihan buat gadis yang sebatang kara itu.

“Kita kan satu keluarga. Che Yah dah anggap Melati ni macam anak perempuan Che Yah tau.”

Melati tersenyum.

“Betul ni Che Yah?”

“Betul lah. Kalau kamu sudi, boleh panggil Che Yah dengan panggilan Mak.”

Air mata terus bergenang di tubir mata Melati dan dia tersenyum. “Mak?”

“Panggil Pak Cik Leman, ayah. Kita kan keluarga macam yang Mak cakap.”,celah Pak Cik Leman yang tiba-tiba muncul di dapur.

Melati yang duduk di atas kerusi terus berdiri dan memeluk Che Yah. Air mata yang bergenang tadi terus mengalir laju membasahi pipi.

“Terima kasih mak.”, ujar Melati yang membenamkan wajahnya di bahu Che Yah.

“Terima kasih..ayah.”,Melati mengangkat wajahnya dan melihat ke arah Pak Cik Leman.

“Yeay.. Amin ada kakak baru! Yeayy.. Akak Melati jadi kakak Amin.”, Amin yang berdiri di belakang Pak Cik Leman menepuk tangannya tanda gembira.

“Bau apa ni?”,tanya Pak Cik Leman memecahi suasana sedih yang menyelubungi diri masing-masing.

“Allah.. lauk aku!”, Che Yah menepuk dahinya dan meluru ke dapur gas yang ditinggalkan terbuka tadi.

           Pada jam 8:00 malam, Haziq dan Hafizul sampai ke rumah Melati secara serentak. Melati menjemput mereka berdua masuk ke dalam rumah dan dia berlalu ke dapur bagi mengangkat makanan untuk dihidangkan dia atas meja makan.

“Mereka dah sampai?”, tanya Che Yah.

“Dah, mereka tengah bercakap dengan ayah tu.”

Usai menghidangkan makanan, Melati memanggil mereka yang berada di ruang tamu untuk makan malam. Malam itu sungguh meriah dan gembira buat Melati kerana impiannya telah tercapai setelah sekian lamanya.

“Mak! Tengok Hafizul ni, sengaja nak buat Melati marah.”

Che Yah hanya menggeleng dan ketawa melihat tingkah laku pasangan itu. Secocok sekali.

“Mak?!”, jerit Hafizul dan Haziq.

“Haah. Kita dah ada mak dan ayah sekarang. Korang dua tak boleh buli kita lagi sebab nanti mak ayah kita marah awak.”, kata Melati sambil ketawa.

“Eleh budak kecil ni memang suka mengadu kan Hafizul. Tak apa, nanti kita dua buli dia masa mak ayah dia tak ada di sisi dia, baru dia tak boleh mengadu.”,kata Haziq.

“Haah. Nanti abang dengan Haziq buli sayang kaw-kaw gitu.”,balas Hafizul sambil membuat high five dengan Haziq.

“Abang! Tak nak kawan lah. Sepatutnya abang kena back up Melati tau. Mana aci abang pakat dengan Haziq, memanglah Melati kalah.”, rungut Melati dengan nada suara yang manja.

“Biarlah sekali sekala.”

“Abang Hafizul dengan Abang Haziq nak buli Akak Melati tak ajak Amin pun? Amin dah lama nak buli kak Melati sebab dia pernah marah Amin masa tertumpahkan air atas baju raya dia tahun lepas.”

Terus semua ketawa mendengar kata-kata tulus yang keluar dari bibir anak kecil itu.

“Oo..kau ada hati nak buli akak eh, Amin.

Usai makan malam, mereka berkumpul di ruang tamu dan berbual-bual sehingga jam lewat malam. Gelak ketawa mengembirakan hati masing-masing dengan gurau senda.

Bye, terima kasih sudi datang.”, ujar Melati kepada mereka semua yang ingin pulang ke rumah masing-masing.


              Ada sebuah kereta berjenama BMW sedang meluncur laju membelah jalan raya. Pemandu itu yang merupakan seorang lelaki tersenyum sinis tatkala memandang di cermin pandang belakang. Ada sebuah kereta yang mengkorinya.

‘Heh, ini MJ lah.. kau takkan dapat tangkap aku.”, gumam lelaki itu lalu membelok keretanya dan memandu mengikut arah lawan kereta.

Dia memecut keretanya laju dan memotong beberapa buah kereta yang menyekat jalannya lalu hilang dari pandangan pemandu yang mengekorinya tadi.

Dia kemudiannya melalui jalan yang agak sempit dan sekeliling jalan dipenuhi dengan hutan dan jalan itu sangat sepi. Tiada kereta yang lalu lalang memudahkan kerjanya. Lagipun, tempat yang ingin ditujunya agak tersorok dan orang tidak lagi mengunjungi tempat itu.

Setelah lima belas minit melalui jalan yang agak sempit itu, dia memberhentikan kereta di sebuah bangunan. Bangunan itu kelihatan seperti telah lama terbengkalai dan rupanya agak menyeramkan.

Dia membuka bonet kereta lalu mengeluarkan barang-barang yang dibawa bersama. Beg galas diambil lalu digalas di belakangnya. Dia mengangkut semua barang tadi lalu masuk ke dalam bangunan itu dan dia mendaki anak tangga untuk ke tingkat dua.

Pintu ditolak dan dia tersenyum.

Get ready, sweet heart.’

Dia meletakkan barang-barang tersebut di atas lantai dan mengambil meja bulat dan di letakkan di satu sudut. Kerusi juga diletak bersama dengan alas kain yang dibawa. Meja tadi dialas dengan kain yang berwarna pink sementalah warna merah jambu adalah warna kegemaran tetamu istimewanya nanti.

Dia mencapai bakul di atas lantai. Bakul tersebut dipenuhi oleh kelopak bunga mawar dan dia taburkan kelopak itu di atas meja dan di atas lantai dengan corak hati. Lilin di letakkan di atas lantai sekeliling mawar merah yang ditabur di atas lantai itu.

“Esok, sweet heart akan tengok betapa romantiknya abang untuk sweet heart.”

Di tengah-tengah bilik itu diletakkan dua buah kerusi dan rantai besi yang kasar bersama mangga.

Usai sahaja menyusun segala yang perlu digunakan untuk perancangannya, dia mengambil pisau yang dibawa di dalam beg dan mengasah pisau itu dengan batu pengasah.

“Hmm..pisau ni macam tak cukup tajam.”

Dia mengangkat pisau yang licin berkilat itu dan mengusap lembut pisau itu. Dia meletakkan pisau itu di atas lantai dan mengeluarkan kotak kecil dari beg nya. Kotak itu dituang mengeluarkan sesuatu yang disukainya.

Gambar-gambar yang diambil secara curi. Gambar sweet heartnya , Melati.

Dia mengambil sekeping gambar Melati yang tersenyum sambil memakan aiskrim.

Sweet heart, manisnya senyumanmu.. tidak dapat dikalahkan dengan aiskrim itu.”

Awak tahu sweet heart, abang.. dah lama nantikan saat ini.. saat abang akan perkenalkan diri abang kepada sweet heart.”

“Sweet heart mungkin tak akan jumpa mereka lagi. Sebab.. abang akan kurung sweet heart di dalam hati abang.”

Sweet tak abang? Hahahahahhaha...”, lelaki itu ketawa kuat sehingga bergema bilik itu.

P S I K O [ 1 ]Where stories live. Discover now