“Hye sweet heart, dah sedar?”Melati masih memejam rapatnya matanya. Badannya menggigil dan air mata yang sedari tadi mengalir masih tidak berhenti menunjukkan betapa takutnya diri dia.
“Jangan nangis! Abang benci tengok sweet heart nangis.”, bisik lelaki itu di tepi telinga Melati.
Melati yang mendengar bisikan itu mula teresak. Kepalanya digeleng dengan mata tertutup.
“Tak dengar ke abang cakap? Jangan nangis lah!”, jerkah lelaki itu sambil menyepak kerusi kosong yang berada di sebelah Melati sehingga terbalik.
Melati mengetap bibirnya untuk tidak mengeluarkan esakan. Takut jika lelaki itu mengapa-apakan dia.
“Sweet heart, kenapa pejam mata? Buka lah mata sweet heart.”
Melati menginjak sedikit tubuhnya ke belakang apabila tangan lelaki itu naik mengusap pipinya dengan lembut. Lelaki itu menyelit rambutnya yang jatuh ke celah telinga. Kemudian, dia menyeka air mata Melati dengan ibu jarinya.
“Maafkan abang kalau abang buat sweet heart takut. Abang cuma nak sweet heart berhenti menangis jer.”
Lelaki itu membelai wajah Melati yang tiada cacat cela. Wajahnya didekatkan dengan leher Melati.
“Wanginya sweet heart.”
“Okay, sekarang ni abang nak sweet heart buka mata dulu. Kalau tak nak buka... ”, Lelaki itu tidak menyambung kata-katanya sebaliknya mengelus wajah Melati dengan pisau yang berada di tangannya.
Melati yang masih tersedu-sedan menahan tangisan mula membuka matanya dengan perlahan-lahan.
Lelaki yang memakai hoodie hitam, mask hitam dan juga kaca mata hitam menghadap Melati. Dia mendekati Melati lalu dia mencangkung di depan Melati. Wajah Melati yang menunduk di angkat supaya melihatnya.
“Sweet heart tak suka jumpa abang?”
Melati hanya diam tidak bersuara malah badannya keras tidak bergerak sedikit pun.
“Jawablah! Abang tanya soalan senang macam tu pun, tak boleh jawab ke?”, jerkah lelaki itu.
Melati tersentak mendengar jerkahan yang kuat itu sehingga bergema bilik itu.
Lelaki itu mencengkam rambut Melati kuat dan mendekatkan wajahnya dengan wajah Melati.
“Lain kali, abang tanya jawab. Jangan buat macam diri tu bisu!”, Lelaki itu melepaskan rambut Melati dengan kasar.
Melihat Melati yang seakan takut dengannya, dia mengundur setapak.
“Maafkan abang, abang tak sengaja nak marah sweet heart.”
“Ma.. mana tunang Melati?”, soal Melati perlahan seakan berbisik.
“Ouh, baru abang tahu.. Sweet heart nak jumpa Hafizul rupanya. Tapi, MJ kan dah ada depan sayang. Tak nak?”
Melati menggelengkan kepalanya.
“Hafi..zul.. mana?”, bergetar suara Melati menanyakan soalan itu.
Lelaki itu mengeluh kasar apabila mendengar soalan yang terpacul keluar dari mulut Melati.
Wajah manis gadis itu dipandang sayu. Kelihatan air mata masih bergenang di tubir mata gadis itu.
'Maaf', desis lelaki itu di dalam hati.
Melati membuntangkan matanya tatkala lelaki itu membuka kaca mata hitam itu. Kemudian, lelaki itu mencabut mask yang dipakainya.
YOU ARE READING
P S I K O [ 1 ]
Mystery / ThrillerApa kau rasa kalau ada seseorang yang selalu memerhatikan gerak geri kau? "sweetheart.. nak pergi mana?" Hidup Melati kacau bilau apabila seseorang yang tidak dikenalinya mula mengikuti pergerakannya. Dimana-mana sahaja ada dia. Dia berasa tidak sel...