Tempoh PKP Dilanjutkan Sehingga ** April
Demi untuk mengawal penularan virus Covid-19, kerajaan Korea telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula ** Mac yang lalu. Setelah 10 hari dilaksanakan, Perdana Menteri mengumumkan untuk melanjutkan PKP ini sehingga -- April.
Difahamkan PKP ini dilaksanakan untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19 yang setakat ** April jam 5 petang menyaksikan angka kes yang masih dirawat adalah 2,553 dan 67 jumlah kematian.
Walaubagaimanapun ramai yang ternanti-nanti akan pengumuman khas dari Perdana Menteri Chung Sye Kyun mengenai tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan atau pun tidak selepas 14 April ini.
Menerusi pengumuman Perdana Menteri sebentar tadi, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan dua minggu lagi iaitu sehingga ** April 2020. Dalam tempoh ini beliau menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mengikuti amalan kebersihan dan penjarakan sosial.
Kerajaan bersetuju beberapa sektor ekonomi terpilih akan dibuka secara berperingkat dengan pergerakan yang dikawal ketat. Perintah Kawalan Pergerakan masih dijalankan dan harus dipatuhi. Senarai sektor ekonomi yang terpilih akan diumumkan kemudian.
Berperang dengan Covid-19 ini masih belum tamat. Jadi diharapkan kita akan terus berjuang untuk menang!
![](https://img.wattpad.com/cover/219919344-288-k569481.jpg)
YOU ARE READING
Quarantine | Choi Seungcheol
FanfictionMengisahkan tentang Seungcheol yang terpaksa menyewa sebuah rumah apartment dan berkuarantin bersama seorang gadis kerana kesemua penghuni asrama di universitinya sudah selamat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing akibat wabak Covid-19 yang mak...