•Haerin•Aku tak senang duduk dari tadi. Mr.Lee cakap ada orang lain nak sewa rumah ni memandang ada bilik kosong.
Kenapa orang tu tak balik rumah keluarga dia je ? Kenapa nak sewa rumah ni ?
Aku tak suka ada orang lain dalam rumah ni. Lagi-lagi orang yang aku tak kenal. Kalau dia lelaki macam mana ?
Tok tok tok...
Aku menoleh kearah pintu rumah dengan berdebar-debar. Perlahan-lahan aku bangun dari sofa dan menuju ke pintu.
"Mm..annyeonghaseyo ?"
Klik..
Pintu aku buka dan terpampang la seorang lelaki yang mengenakan mask dan cap , dan sebuah bagasi dan beg galas dibahunya
Dia ke ..?
"Erm..b-betul ke... Ni rumah nombor 17-13 ?" soalnya
Aku pandang dia dari atas sampai bawah.
"Ya.." jawabku. "penyewa baru ?" dia angguk
"Masuk la dulu...." aku senyum tawar
YOU ARE READING
Quarantine | Choi Seungcheol
FanfictionMengisahkan tentang Seungcheol yang terpaksa menyewa sebuah rumah apartment dan berkuarantin bersama seorang gadis kerana kesemua penghuni asrama di universitinya sudah selamat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing akibat wabak Covid-19 yang mak...