Prangg~!"Yah yah, Haerin???" Seungcheol bergegas kedapur sebaik saja terdengar bunyi sesuatu pecah " Omo, Haerin macam mana boleh pecah ni ?" soalnya sebaik melihat serpihan kaca bertaburan di dapur
Haerin yang terduduk hanya diam dan cuba untuk menutup lengannya yang berdarah akibat serpihan kaca tersebut.
Malangnya Seungcheol ternampak kesan darah tersebut memandangkan Haerin memakai t-shirt lengan panjang berwarna putih dan mula meresap darah tersebut
"Yah, tangan kau berdarah !" ujar Seungcheol panik sambil cuba mendekati Haerin dengan berhati-hati kerana serpihan kaca terlalu banyak.
Perlahan-lahan Haerin bangun sambil jalan berjengket supaya tak terkena serpihan kaca dan dengan pantas Seungcheol menarik Haerin ke dalam dakapannya.
Tanpa buang masa, dia mendukung Haerin ke ruang tamu lalu meletakkan Mikayla di sofa (lol dah macam barang pula)
Kotak first aid kit diambil dari dalam almari yang terletak di sebelah tv. Seungcheol membuka kotak tersebut, tisu basah dikeluarkan beberapa helai.
Lengan baju cuba ditarik keatas tetapi dihalang oleh Haerin. "Seungcheol.." dia mengelengkan kepala berkali-kali. Tak nak Seungcheol nampak beberapa bekas parut yang dah ada
"Kenapa ?" soal Seungcheol sedaya upaya menahan lengan Haerin. Dia membersihkan darah tersebut dengan tisu basah
"Aku boleh buat sendiri la," ujar Haerin
"No, darah kau banyak sangat ni. Bahaya tahu tak ? Kalau ada kaca macam mana ? Biar aku tengok."
"Tak ada la. Mana ada." jawab Haerin sambil menarik lengannya tapi dihalang oleh Seungcheol "Ish, aku cakap tak payah la"
Seungcheol hanya mengabaikan lalu menuangkan cecair ke atas kesan luka tersebut (author tak tahu apa nama dia ;-;) dengan berhati-hati.
"Seungcheol-"
"Jangan degil boleh tak ?! Biar je la aku buat !" marah Seungcheol dan serta-merta membuatkan Haerin terdiam. Terasa seperti badannya terkena renjatan elektrik buat sekian lamanya
Tanpa dia sedar, Haerin cuba menahan air matanya yang datang tiba-tiba.
Seungcheol baru perasan akan beberapa bekas parut di bawah lengan Haerin
Dan akhirnya air mata Haerin jatuh, cepat-cepat dia mengesat supaya tak nak Seungcheol nampak dan anggap dia cengeng
"Ok,dah siap.." kata Seungcheol setelah membalut lengan Haerin dengan bandage
YOU ARE READING
Quarantine | Choi Seungcheol
FanfictionMengisahkan tentang Seungcheol yang terpaksa menyewa sebuah rumah apartment dan berkuarantin bersama seorang gadis kerana kesemua penghuni asrama di universitinya sudah selamat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing akibat wabak Covid-19 yang mak...