4 - dinner

98 14 0
                                    

" Seungcheol-ssi, " panggil Haerin dari luar bilik Seungcheol " dinner dah siap.."

"Haa okay okay," laung Seungcheol dalam bilik

Haerin pun berlalu pergi ke meja yang sudah siap terhidang dinner yang dimasaknya olehnya. Air mineral sejuk dikeluar dari peti ais dan diletakkan atas meja makan. Perlahan-lahan kerusi ditarik lalu duduk.

Beberapa saat kemudian ,Seungcheol muncul dengan rambut yang masih lembap kerana dia baru lepas mandi. Haerin hanya memandang dan mengajak Seungcheol untuk makan sekali.

"Wah,ni kau masak ke ? Sedap la bau dia. Mesti rasa pun sedap en," ujar Seungcheol seraya duduk berhadapan Haerin

"Takde la sedap sangat.. biasa je.." jawab Haerin "mianhae, aku cuma masak nasi goreng,"

"Ehh, takpe takpe. Ni pun dah cukup.. Asalkan kenyang,"

"Hmm.."

"Makan dulu yaa," kata Seungcheol kemudian menyuap nasi goreng tersebut ke dalam mulutnya

"Mmm,sedapnya ! Dah lama aku tak makan makanan sesedap ni sejak kuarantin kat Uni," puji Seungcheol. Haerin tersenyum kekok

Mereka menikmati makan malam tersebut sambil berbual serba sedikit tentang Seungcheol. Sesekali Haerin mengangguk dan tergelak. Nasib baik tak tersembur nasi goreng tu.

Lepas siap makan, Haerin mengemas meja makan dan basuh semua pinggan mangkuk yang digunakan. Dan akhirnya Haerin mengucapkan selamat malam dan masuk ke bilik masing-masing

Quarantine | Choi SeungcheolWhere stories live. Discover now