Masing-masing diam tak berkutik. Air yang dihidang tadi,dibiarkan atas meja yang berhadapan dengan sofa dan tv.Masing-masing sibuk memikirkan keadaan perintah kawalan yang dilanjutkan.
Seungcheol berdehem "Aku Seungcheol. Choi Seungcheol,"
Haerin memandangnya dengan pandangan kosong. Beberapa saat kemudian Haerin memperkenalkan dirinya
"Haerin.."
"Oh ?" respon Seunghcheol "Jadi.. berapa lama dah kau sewa sini ?"
"Hmm.. lama dah... Lebih kurang... 3 tahun...."
Mata Seungcheol terbeliak "3 tahun ??" Haerin hanya mengangguk
Keadaan kembali senyap seperti tadi. Hanya kedengaran bunyi dari tv sahaja. Haerin bermain dengan jarinya. Dia memperbetulkan duduknya di sofa.
"Pergi la mandi atau rehat dulu.." ujar Haerin " Aku nak sediakan makan malam,"
Seungcheol hanya mengangguk lalu mencapai beg galasnya dan bangun dari sofa.
"Erm,bilik aku.."
"Oh," Haerin turut bangun "ni bilik kau. Maaf kalau tak suka atau bersepah sikit. Selama ni aku gunakan bilik ni untuk letak barang-barang aku,"
"Tak apa," ujar Seungcheol sambil tersenyum manis
Haerin angguk dan terus meninggalkan Seungcheol yang ingin berehat
YOU ARE READING
Quarantine | Choi Seungcheol
FanfictionMengisahkan tentang Seungcheol yang terpaksa menyewa sebuah rumah apartment dan berkuarantin bersama seorang gadis kerana kesemua penghuni asrama di universitinya sudah selamat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing akibat wabak Covid-19 yang mak...