06 > ♡

57 8 0
                                    

Appreciate me while i'm still here not when you've lost me


Kerutan jelas terlakar pada dahi jejaka itu . Otak mula memproses perkara yang berlaku dua tiga hari yang lepas . Membentang dan membandingkan jikalau ada kesalahan atau kesilapan yang tidak disengajakan .

Wajah yang sedang elok merenung luar tingkap bas dikerling kejap . Diam sahaja sedari mereka menaiki bas .

For your information , bukan hari ini saja malahan kelmarin juga . Orked seakan mengadakan 'sillent treatment ' .

Gelisah mulai terasa dalam diri . Jarang sekali Orked membuat perangai sebegini . Dia masih ingat lagi kali terakhir gadis itu buat perangai apabila Qidran sengaja menyembunyikan bantal busuk Orked . Menangis tak henti-henti sampai tak boleh tidur . Akhirnya dia mengalah lalu memberikan kepunyaan Orked .

Hampir seminggu juga lah rakan karibnya tidak menegur dia langsung . Jangankan bercakap pandang pun tidak mahu .

Haih bila ingatkan kelakar pula sebab dia suka tengok Orked merajuk . Nampak comel dan manja tapi tulah- jujur dia tengah rindukan perangai gila gadis itu .

Bahu disebelah dicuit lembut . " Orked oh Ked ? " perlahan sahaja nada suara berbisik .

Tersedar dari lamunan , panggilan dari bibir jejaka itu sekadar berlalu dibawa angin . Langsung tidak berniat untuk menyahut . Mood dia buat masa ni tengah swing gila !

Kening dijongket sedikit . Haih lah Orked palau betul panggilan dia . Kalau macam ni macam mana nak settel masalah .

Sekali lagi lengan pula menjadi sasarannya . " Ked kau okay tak ? " berbisik sedikit kuat . Keadaan dalam bas yang masih dipenuhi oleh para pelajar sedikit menganggu Qidran apabila nada suara yang dilantun tidak mampu menyaingi kebisingan itu .

Orked mengeluh perlahan . Mata bundar yang asyik merenung luar jendela bas terganggu sedari awal lagi . Tak perlu Qidran minta maaf pun hatinya sudah lembut . Itu lah untungnya jadi crush dia !

" Kau expect apa kalau crush aku sendiri dia suka perempuan lain depan kau sendiri ! " namun kata-kata itu sekadar bergema dalam hatinya masakan mahu diluahkan pula .

" Tak ada apa-apalah . " wajah yang berada di sebelah dikerling kejap sebelum kembali melarikan pandangan . Qid sehari boleh tak jangan hensem sangat ? Ingat hati aku kuat ke ?

Qidran mencebik bibir . Cakap tak ada apa-apa tapi kelakuan gadis itu macam dia ada buat salah ?

" Ala mesti ada sebab kan kalau tak kenapa kau palau aku . Diam je kalau tak selalu mulut tu bising macam mak nenek ! "

Apa yang best sangat dekat luar tingkap tu sampai muka dia pun si Orked tak pandang . Kurang hensem ke muka dia harini ?

" Haish ya tak ada apa-apalah ! Biasalah masalah perempuan tiap bulan . Mood tak okay sikit . " cuba mencari seribu satu alasan .

Takkan dia nak cakap " Qidran aku jealous sebab kau ada crush dengan perempuan lain . Kau ingat hati aku ni batu ke apa tak respone apa-apa ! " hanya terluah di hati .

Dia tidak mahu menghancurkan persahabatan mereka serta prinsip mereka yang bersaksikan bulan dan bintang itu .

" Masalah perempuan ? Habistu lelaki tak ada masalah ke ? " dahi digaru perlahan .

Geram melihat tahap kebodohan Qidran , jari-jemari dilarikan pantas ke lengan milik jejaka itu . Dicubit halus sehingga Qidran mengambil keputusan mengelak serangan bertubi-tubi dari pihak Orked .

" Period lah setan ! " usai sahaja melepaskan geram , dia berbisik halus . Kang kalau dia tak cakap sampai esok Qidran asyik bertanya .

Nampak je pandai tapi kadang kala bodoh Qidran langsung tidak disembunyikan .

O R K E DWhere stories live. Discover now