08 > ♡

153 10 0
                                    

Appreciate me while i'm still here not when you've lost me


Tubuh disapa angin malam sebaik saja sliding door ditarik . Udara segar dihirup sedalam-dalamnya . Rasa macam segala masalah hilang dihanyut bayu .

Langit yang terbentang luas direnung lama tatkala punggung dilabuhkan pada kerusi malas di luar balkoni . Bintang berkerlipan di sekeliling bulan menambahkan keindahan alam pada malam hari .

Balkoni berhadapan dengan biliknya direnung tajam . Kelihatan bilik gadis itu masih diterangi dengan lampu di sebalik langsir yang menutupi tingkap dan sliding door .

Apalah budak kecil sebelah tengah buat . Cuping telinga menangkap bunyi ketawa tidak henti-henti pastinya dari arah bertentangan .

Yelah dia kan anak tunggal celah mana pula datang bunyi budak ketawa .

Orked membuka langkah ke arah sliding door sambil mendukung erat adik lelakinya . Habis merah pipi tembam itu kerana asyik digomol oleh Orked tidak henti-henti . Siapa suruh pipi tu pau sangat!

Sebaik terbuka saja sliding door yang menutupi balkoni biliknya , mata terpaku pada sekujur tubuh yang elok duduk berhadapan balkoni .

Terus mati senyuman manis itu . Masih jelas di ingatan sewaktu Isha meminta nombor telefon Qidran malah menunggu Qidran di hadapan kelas lagi .

No Orked! No jangan cemburu! Kau tinggalkan mereka sebab nak beri peluang dekat Qidran dan Isha . Wake up girl !!!

Pipi yang terasa sejuk seperti dibasahi membuatkan lamunan Orked terhenti . Bulat mata bundar menikam seraut wajah yang asyik menjilat pipinya itu .

" Ayadh!!! Nape awak jilat pipi kakak eeee selekeh lah Ayadh ni !!! " Semakin dia menunjukkan riak muka geram , semakin galak budak kecil itu mengekek ketawa .

Amboi sukanya budak kecil ni!!!

" Ayadh , jilat lagi pipi kakak awak tu sekali dengan gigit!! " eh mamat ni suka pula dia siap pakej gelak-gelak lagi .

" Kau diam eh sibuk je ! "

" Ayadh !! Tak mau lah buat kakak macam ni haish jangan jilat lah . " makin dihalang makin dibuat pula .

" Garangnya kakak ni . Takut lah kita . " hanya jelingan tajam sebagai balasan .

Qidran tersengih menujukkan barisan gigi tersusun rapi . Nampak sangat Orked malas nak layan dia .

" Fayadh!!! " bibir mula mencebik serentak itu tangisan bergema di ruangan balkoni . Mujur saja tangisan yang tidak begitu nyaring dan kuat kalau tidak mahu habis badannya dicubit puan Arina .

Qidran sekadar memerhati kelakuan dua beradik itu . Si adik sibuk menangis yang kakak pula tengah gigih memujuk .

" Sayang , kakak tak marah awak lah kalau awak tak jilat pipi kakak . " pipi saling digesel antara satu sama lain . Anak kecil itu masih tersedu-sedan menahan tangisan .

" Ayadh good boy kan!!! " kalini bertalu-talu ciuman dihadiahkan buat si pipi montel .

Tersenyum kecil melihat gelagat Orked . Biarpun gadis itu kadang tak betul sikit otaknya tapi bab macam ni dia salute .

Orked kelihatan sangat penyayang dan bersikap keibuan jelas di matanya . Jarang sekali dia ingin menonjolkan sikap nan satu itu dikhalayak umum .

Nampak je lembut tapi bila dengan dia garang macam singa !

Lama kelamaan tangis bertukar kepada ledekan tawa . Suka betul dia apabila kakak kesayangannya itu mencium perut buncit milik Fayadh .

Amboi sekejap je bertukar mood ya . Macam kakak dia betul . Copy and paste !!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 10, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

O R K E DWhere stories live. Discover now