05 > ♡

65 5 0
                                    


Appreciate me while i'm still here not when you've lost me


Kata-kata Airin dan Irish berlegar di pemikiran . Cuba memastikan sejauh mana kebenaran chemistry yang dibincangkan mereka .

Bohonglah kalau dia cakap tak gembira apabila dikenenkan dengan Qidran . Beritahu aku sekarang siapa je yang tak bahagia apabila crush kau katanya ada chemistry yang kuat diantara korang .

" Kakak buat apa dekat luar malam-malam gini . Kang kena embun malam mula lah selesema lah batuk apa semua . " terhenti lamunan buat seketika .

Tubuh tegap yang baru sahaja melabuhkan punggung pada buaian dipeluk kejap pada lengan . Wajah yang bersih dari kumis menjadi tatapan lama .

" Kakak tunggu si Qidran ni . Dia ajak buat homeworks sama-sama . " jam pada pergelangan tangan dipandang . Melayu punya budak !

Encik Arfan mengusap lembut kepala anak daranya . Pejam celik pejam celik gadis itu sudah berusia 17 tahun . Pantas sungguh masa berlalu kini Orked Amanda sudah membesar menjadi anak dara yang elok paras rupa . Alhamdulillah dia dan isteri bersyukur dengan kurniaNya .

" Habistu petang tadi stayback dekat library takkan tak siap . Mesti sibuk bergosip dengan kawan-kawan kan . " pipi Orked dicubit lembut .

" Adoi , apa ayah ni . Lagi sikit je pastu siap lah . Entah si Qid tu nak minta ajar bm pula . " pipi diusap lembut . Kenapa lah dorang ni dengki sangat dengan anggota badan aku ni .

" Bagus lah macam tu . Study sama-sama then berjaya pun bersama bukan sorang-sorang . " Bukan dia tak kenal anak jiran sebelah , Qidran tu selalu menghabiskan masa di rumah mereka sejak dari kecil lagi .

Kecil-kecil nampak comot dah besar segak pula nampak gayanya .

" Mana adaaa kakak study sorang , mamat tu yang malas study sama-sama . Excuse me , kakak dah ajak dia okay . " Orked menjulingkan bola mata ke atas . Dia tak bersalah dan cuma mangsa keadaan di sini ya .

" Hayelah kakak menang . Nanti buat homeworks dekat dalam kat luar ni sejuk . Awak tu kalah dengan sejuk . " ruang televisyen pula menjadi arah tujuan dimana isteri dan anak bongsunya berkumpul .

" Aip aip ayah ! " tergelak kecil dia melihat tingkah laku Encik Arfan .

" Bah !!! " wajah yang tepat berada di hadapan kornea matanya itu hampir saja membuatkan jantung yang berdegup hampir terhenti .

" Ya Allah ya tuhanku , Qidran Ali ! " Dada diurut pantas . Sehari mamat ni tak cari pasal dengan aku tak senang gamaknya hidup dia .

"Hahahahahahhahahahahahaha !!! Kelakar bodoh muka kau hahahahahah!! " perut yang terasa seakan digeletek ditahan rapat .

Riak wajah gadis itu benar-benar mencuit hati . Rugi pula tidak sempat nak gambar tak pun video sebagai kenang-kenangan .

Orked menjeling tajam . Ingat kelakar ke terkejutkan orang macam tu . Kalau dia ada sakit jantung mahu tak pengsan juga dekat situ .

" Tak kelakar setan!!! " geram masih berbaki tau . Nasib baik kau Qidran .

" Alolo kenapa jeling saya macam tu . Tergoda abang aaum ! " rakaman wajah terkejut Orked masih berputar di benak fikiran .

" Still tak kelakar pun ! " tangan memeluk tubuh . Kang ada yang mati kena hempuk dekat sini kang .
Beritahu aku sekarang siapa je tak terkejut pandang depan mata je tiba-tiba ada muka orang .

Tawa kuat yang tidak berhenti dari tadi kian beransur menjadi perlahan . Alahai minah manja ni merajuk pula .

" Ala Ked sorry lah . Selalu tak macam ni pun . Nak period eh ? " dia ada baca fakta dekat twitter yang perempuan nak period ni lain macam moodnya . Bukti yang jelas ada di hadapan mata .

O R K E DWhere stories live. Discover now