02 > ♡

100 9 0
                                    


Appreciate me while i'm still here not when you've lost me

Tubuh yang sedikit letih dihempas perlahan ke atas katil . Penat menyelubungi diri apabila terlalu asyik menghabiskan masa di mall . Ingatkan lepas selesai sahaja urusan di kedai buku , mereka terus berlalu ke kedai makan dan pulang .

Namun , apabila Qidran memaksanya untuk menonton wayang dia tidak mampu menolak . Habistu kalau dia berdegil juga nak balik , dia mahu menumpang siapa ? Naik grab pun tak reti untung saja jejaka itu mahu menumpangkannya .

Seusai sahaja menonton wayang , tangan diseret menemani ke Al-Ikhsan pula . Kalini dia pula yang naik kemetu menunggu Qidran selesai memilih beberapa helai jersi . Padahal berapa puluh juta jersi tah mamat ni ada .

Orked tersenyum kecil . Dalam pada masa yang sama dia gembira kerana dapat menghabiskan waktu bersama .

Mereka semakin membesar dan benda yang paling dia takut ialah mereka bakal berjauhan . Sejak kecil lagi muka Qidran lah yang dihadapnya lantaran pada waktu itu dia hanyalah anak tunggal dalam keluarga . Begitu juga dengan jejaka itu .

Baik pagi mahupun malam , sama ada rumah Orked mahupun rumah Qidran menjadi pertemuan mereka untuk bermain bersama .

Malahan bersekolah tadika , sekolah rendah dan menengah juga bersama . Walhal , pada waktu itu , Orked mendapat tawaran ke sekolah menengah Sains namun menolak apabila Qidran tidak mendapat tawaran yang sama .

Mereka selesa berkawan sedari kecil . Langsung tidak terlintas walau sekelumit pun dalam diri untuk bercinta dnegan sahabat baiknya itu . Geli bercampur janggal pastinya .

" Kakak , meh turun makan . " terhenti lamunan seketika .

"Jap bu jap ." serentak badan digagahkan bangun dari katil walaupun yang dia inginkan sekarang hanyalah masa tidur yang panjang .

Tangga rumah dua tingkat dituruni perlahan . Riuh rendah suara di ruang tamu menjadi perhatian sepasang anak mata bundar . Mana tak bising sekarang ni hujung minggu cuba tunggu waktu sekolah , memang sunyi sepilah jawabnya .

" Turun pun princess sorang ni . Penat sangat ke ? " sekujur tubuh tua menyapa pandangan .

Lantas kaki diorak menuju ke sofa dan memeluk tubuh Encik Arfan . Kepala disandar manja pada dada ayahnya .

" Penatlah yah . Qidran tu paksa kakak teman dia beli jersi . Lama pula tu . " bibir mencemik sedikit . Biarpun sudah dibelanja beberapa helai pakaian namun mulut masih mengomel penat .

" Amboi kemain dia . Padahal ibu tau dia lagi lama dalam kedai buku kan . " Puan Arina datang menyampuk . Bukan dia tak kenal perangai anak sulungnya itu . Pantang bertemu buku , diletakkan bom di sebelah pun belum tentu sedar .

" Eee ibu ni bukan nak backup kakak . "

Puan Arina dan Encik Arfan sekadar tergelak kecil . Cukup faham perangai Orked yang manja dan inginkan perhatian penuh . Nasib baiklah mereka cuma ada dua orang anak kalau tidak mahu pening kepala melayan .

" Bubu , adik lapar . " suara kecil mematikan suara yang galak menghamburkan tawa . Seorang budak kecil lelaki menghampiri mereka bertiga sambil sebelah tangan memegang kereta mainan .

Orked yang tadi menghimpit ayahnya kini bertukar arah . Dia segera menghampiri adik kecilnya . Geram tak terhingga apabila kedua pipi kecil yang montel dan gebu itu .

" Kakak geram dengan awak ni Ayadh ." sambil berbicara dia mencium kedua pipi gebu itu . Terasa mahu digigit . Tidak cukup dengan cium , pipi itu diuli uli dengan kuat . Sumpah dia geram .

O R K E DWhere stories live. Discover now