4 | Terpaksa

4.9K 195 1
                                    

══════ஜ▲ஜ══════
𝑚𝑎𝑓𝑖𝑎'𝑠 𝑔𝑖𝑟𝑙

Rachel menghempas tubuhnya ke atas katil. Dia memerhati siling di dinding dengan pandangan bosan. Iphone 6s yang sentiasa berada di tangan dilempar ke bantal. Kemudian, dia berguling-guling berulang kali di atas katil empuk itu.

Bukk

"Ouchh shit!" Rachel menggosok punggungnya yang terasa pedih akibat terjatuh daripada katil dengan kuat.

Dengan malasnya, Rachel berdiri dan menuju ke cermin meja solek untuk menyikat rambutnya gaya messy bun.

Rachel berjalan dengan lemah bak orang yang tidak makan selama beberapa hari.

Dia mengambil mangkuk kaca lutsinar. Kabinet kecil dibuka untuk mengambil Milo cereal kegemarannya. Susu segar yang sudah dipanaskan dituang ke dalam mangkuk sehingga penuh mangkuk.

Rachel menikmati sarapan paginya dengan tenang. Rachel menutup mata apabila bijirin Milo berbentuk bulat yang dipadukan dengan susu segar itu masuk ke dalam mulutnya. Rachel meneguk coklat panas yang sempat dibuatnya tadi.

Rachel memerhati sekeliling rumah yang sunyi kerana hanya dia seorang yang berada di rumah itu.

Sudah tiga minggu berlalu, dimana dia diberhentikan kerja. Kini dia hanya menganggur kerana masih belum mendapat kerja baharu.

Rachel tersenyum kecil. Selalunya pagi-pagi seperti ini dia sudah ada di kelab itu untuk melayan pelanggan tapi nampaknya itu semua sudah berubah.

Mangkuk dan cawan yang sudah kosong itu dibawa ke singki untuk dibersihkan. Rachel mengelap tangan pada tuala kecil yang disangkutkan di tepi peti sejuk.

Rachel memetik jarinya apabila dia terfikirkan sesuatu. Dia berjalan laju ke bilik tidurnya. Rachel meraba-raba di sekitar bantal untuk mengambil iphone miliknya yang dilempar tadi.

"Ishh mana ni?" Rachel mendengus kesal.

Kalau tak silap, dia hanya lemparkan objek nipis itu pada bantal. Tak akan boleh melayang ke tempat lain pulak.

Ke sana ke sini Rachel mencari iphone di setiap pelusuk biliknya. Rachel bercekak pinggang. Habis berpeluh satu badannya. Rachel mengecilkan matanya apabila melihat sesuatu objek nipis yang berkilat berada di celah katil.

Laju kakinya ke kepala katil. Tangan kecil Rachel menyeluk masuk ke celah katil untuk mencapai objek tersebut.

Peluh pada dahi dikesan menggunakan belakang telapak tangan apabila berjaya mengambil iphone 6s yang terlekat di celahan katil.

Rachel menghempaskan punggungnya ke atas katil. Jari runcing itu laju menekan sesuatu di atas permukaan skrin iphone itu.

"Jauh juga" kata Rachel sendirian.

Dia merenung ke arah skrin telefon yang menunjukkan lokasi ke arah Summerlin Mansion.

Tempat tinggal lelaki berparut.

Rachel melihat ke arah jam di dinding. Pukul 5.17 petang. Jika bertolak sekarang dia mungkin akan sampai sebelum hari gelap.

Rachel berjalan mundar-mandir di dalam biliknya. Otak sibuk memikirkan sama ada dia perlu pergi atau tak.

"Pergi je la Rachel. Cuba nasib kau" ujar Rachel kepada sendiri memberi semangat.

Rachel segera bersiap. Dia menilik penampilannya di hadapan cermin. Selepas berpuas hati, Rachel mencapai beg sandang dan mengunci pintu rumah.

Mafia's GirlWhere stories live. Discover now