══════ஜ▲ஜ══════
𝑚𝑎𝑓𝑖𝑎'𝑠 𝑔𝑖𝑟𝑙Badan Rachel menggigil melihat abang kandungnya yang telah mati kerana terlibat dalam kemalangan bersamanya ketika tujuh tahun yang lalu.
"Apa semua ni? Macam mana abang masih boleh hidup?"
Seven Years Ago
Pancaran Matahari yang berdiri megah di arah Timur tidak menghalang dua manusia itu untuk meneruskan perjalanan mereka ke destinasi yang dituju.
"Richard stop it!" Rachel dengan sedaya upaya menahan tangan abangnya yang menggeletek di bahagian pinggangnya.
Richard berhenti menggeletek apabila melihat Rachel sudah mengeluarkan air mata kerana kegelian.
"Don't do it again" Richard memberi amaran. Kedengaran lembut namun terselit ketegasan.
Mereka bertolak sedikit lambat daripada masa perjalanan yang dirancang kerana ulah nakal Rachel.
Semasa dia sedang mengemas pakaiannya, Richard perasaan beberapa boxer miliknya hilang. Puas dia mencari dan mengeledah di seluruh pelusuk biliknya. Dia keluar ke ruang tamu untuk menuju ke bilik dobi yang bersebelahan dengan dapur. Tetapi langkahnya mati di ruang tamu apabila melihat boxer-boxer miliknya yang hilang sedang tergantung pada kipas.
"Rachel!"
Rachel yang sedang sibuk menggantung tidak perasan akan Richard yang sedang bercekak pinggang. Dada lelaki itu turun naik menahan kegeraman. Rachel terus turun daripada kerusi dan melarikan diri. Akhirnya, sesi kejar mengejar berlaku.
"Okay, i promise" kata Rachel lalu tergelak suka kerana dapat mengenakan Richard.
Richard menggeleng lalu menggosok rambut adik kesayangannya.
"Hey!" Rachel menjeling Richard yang ketawa mengejek. Habis serabai rambut dibuatnya.
Richard kembali fokus pada pemanduannya. Tetiba fikirannya melayang tentang masa lalu mereka yang malang.
Beberapa tahun yang lalu, mereka sekeluarga dikerja oleh sekumpulan penjahat. Richard, Rachel mahupun ibunya tidak tahu mengapa mereka sekeluarga diburu oleh penjahat tersebut. Apabila ibunya menyoal, ayahnya hanya mendiamkan diri dan memandu dalam kelajuan yang tinggi. Pergaduhan kecil berlaku di antara suami isteri itu.
Richard dan Rachel yang masih kecil itu ketakutan. Mereka masih kecil untuk memahami apa yang berlaku. Sehinggalah kereta penjahat yang berada di belakang melanggar dengan kuat belakang kereta mereka sehingga hilang kawalan.
Si penjahat memberhentikan keretanya. Dia tergelak sinis melihat kereta yang dinaiki keluarga itu telah terjunam ke dalam gaung yang cukup dalam. Dia meninggalkan tempat kemalangan itu kerana dia pasti kesemua ahli keluarga itu sudah mati. Namun tidak.
Hanya ayah dan ibunya sahaja yang pergi meninggalkan mereka berdua pada malam itu. Mereka berdua yang berada di tempat duduk belakang terselamat kerana bahagian kereta hadapan terjunam dahulu ke dalam gaung.
"Abang!!"
Richard tersedar daripada lamunannya akibat jeritan kuat Rachel di sebelah. Dia terbeliak. Terdapat sebuah lori minyak sedang menghala ke arah mereka. Akibat cemas, Richard tidak sempat untuk mengelak menyebabkan mereka berdua terlanggar penghadang jalan dan kereta mereka melambung ke udara. Darah mula berlumuran di atas jalan raya.
YOU ARE READING
Mafia's Girl
Romance══════ஜ▲ஜ══════ 𝑚𝑎𝑓𝑖𝑎'𝑠 𝑔𝑖𝑟𝑙 Las Vegas dimana kisah hidupku bermula. Bandar yang sering dianggap sebagai pusat utama hiburan dan perjudian. Kelab malam mewah menjadi tempat pilihan untuk mencari pendapatan. Satu malam menguba...