1 | Selamat Datang Ke Las Vegas

9.3K 283 4
                                    

══════ஜ▲ஜ══════
𝑚𝑎𝑓𝑖𝑎'𝑠 𝑔𝑖𝑟𝑙

Paradiso Club

Seorang gadis memerhati loker bilik persalinan yang kosong. Dia menuju ke arah loker bernombor 637. Loker segera dikunci kembali selepas selesai menukar pakaian. Dia keluar dari bilik persalinan dan mula bekerja seperti biasa.

Rachel berulang-alik dari counter bar ke suite untuk menghantar pesanan kepada pelanggan. Seperti biasa dia mendapat pesanan pelanggan yang lebih ramai berbanding pelayan yang lain.

"Leen! Aku perlukan dua cawan vodka seltzers lagi untuk suite" jerit Rachel ke arah Leen.

Leen yang berada di bahagian dalam counter bar berperanan sebagai bartender hanya mengenyit mata.

Sambil menunggu Leen menyiapkan pesanannya, Rachel bersandar pada counter bar dan melihat ruang tari yang dipenuhi dengan manusia-manusia yang datang ke kelab itu.

"Hey, Rachel!" tegur seseorang.

"Hey, Wendy" balas Rachel tanpa menoleh.

Suara wanita yang memang dia sangat kenali daripada mula bekerja di sini.

"Berapa lama kau perlu tunggu untuk dapatkan pesanan kau?"

"Tak lama. Mungkin seminit"

"Good. Jadi siapkan pesanan aku dulu" kata Wendy yang lebih kepada mengarah.

"First come, first serve"

Wendy menyilangkan tangannya lalu tersenyum sinis.

"Takkan la sugar daddy kau tak boleh tunggu sekejap?"

Rachel menggelengkan kepalanya. Ketawa kecil terlepas daripada mulutnya.

"Wendy.....Wendy. Kesian kau ni. Tak dapat perhatian daripada pelanggan, perhatian aku juga kau nak cari"

"Macam mana aku nak dapat perhatian pelanggan, kalau kau dah rembat semua. Aku tak tahulah pula kalau badan kau ni laku sangat"

Tiba-tiba Rachel mendekatkan dirinya dengan Wendy, dia seakan menghidu sesuatu di tubuh Wendy.

"Eh kejap, kau bau sesuatu tak? Oh Wendy kau perlukan body spray aku ke? Aku tak tahu pula kau suka pakai body spray bau maskulin" sindir Rachel pedas.

Bukan dia tak kenal wanita seperti Wendy ini. Wanita yang rela hati menjual maruah dirinya kepada lelaki-lelaki yang dahagakan nafsu. Sampaikan bau badan lelaki juga melekat di badan wanita itu.

Senyuman sinis di muka Wendy hilang.

"Your order, babe" celah Leen.

"Thanks"

Rachel menatang dulang dan berhenti di sebelah Wendy yang masih kaku berdiri.

"Lain kali, cermin diri kau dulu sebelum nak samakan aku dengan kau" bisik Rachel perlahan tapi cukup kuat untuk Wendy.

Rachel melanggar bahu Wendy. Wendy menggenggam penumbuk. Geram. Bukan mudah untuk buat Rachel Alwin sakit hati kerana gadis hanya kekal tenang.

Mafia's GirlWhere stories live. Discover now