seram? entah?

32 8 11
                                    

Pisau dan pintu dapur

Pada pukul 2 pagi zim dan zif masih sedang leka dengan rancak bersembang sambil minum kopi manakala ziq sedang leka bermain dengan game dota di laptopnya.

Selapas tamat sesi bersembang sambil minum kopi itu mereka berdua terus masuk ke bilik masing-masing untuk tidur.

Di ruang tamu yang tinggal hanya ziq dan zam, ziq masih bermain dengan game dota manakala zam sedang nyenyak tertidur di atas sofa.

Sedang ziq leka bermain dengan game dota di laptopnya tiba-tiba telinga ziq dapat menangkap sesuatu bunyi yang pasti datang dari arah dapur "tap tap tap tap".

Bunyi itu seperti bunyi orang sedang memotong sesuatu dengan pisau di atas landas cincang tapi ziq pula masih tenang dengan selamba badak.

Dia masih fokus bermain dengan game seolah-olah dia tak dengar apa-apa pun walaupun kedengaran amat jelas bunyi itu.

Ziq buat tak endah saja dengan bunyi yang masih tak berhenti itu fokusnya hanya pada laptopnya saja meskipun dia tau tiada manusia yang akan memasak pada waktu begini sudah lah pada pukul 3 pagi pula tu.

Rumah ni tiada orang perempuan kerana mereka semua adik-beradik lelaki mak pula sudah lama tiada faham-faham lah semuanya hero manalah rajin nak masak.

"gila apa nak masak pukul 3 pagi ni ahh biar lah kisah pulak aku"desis hati ziq.

Selepas itu beberapa minit eh? Bunyi itu pun berhenti jadi ziq rasa aman sikit tapi..... bukan berhenti setakat itu saja ziq terdengar bunyi lain pula kali ni bukan bunyi memotong

Tapi bunyi seperti orang menyangkul sesuatu bunyi itu sangat untuk didengari "chak shak chak shak" bunyi itu datang dari arah luar pintu dapur.

Bunyi itu berselang seli dengan bunyi seperti cakaran tapi cakaran tu kat pintu dapur umm boleh dikatakan ziq agak terkejut dengan bunyi tu bulu roma naik weh tapi masih tenang dan selamba badak dia saja dok main game dota tu.

Sekali kala dia menoleh ke arah zam yang masih tidur mati kat atas sofa disebelahnya "haish budak ni tak reti nak bangun ka? dasar tido mati betul lah aku tolak jatuh kat lantai kang baru tau"desis hati ziq.

kedua-dua bunyi tu tak berhenti lagi ziq rimas dengan bunyi tu dia rasa macam nak masuk tidur tapi kesian pulak tengok zam tidur kat sofa jadi dia pun tutup game tutup laptop lepas tu dia kejutkan zam dari tidur mati tak ingat dunia tu.

"woi zam bangun woi zam bangun lah sudah-sudah lah tido mati kau tu"katanya sambil menggoyangkan bahu zam.

Tapi zam pulak tak bangun tidur lagi siap boleh garu punggung lagi hahahah ziq rasa geram apa lagi dia tolak zam sampai jatuh kat atas lantai " hahahah padan muka kau zam aku gerak tak nak bangun kan ? "kata ziq sambil ketawa puas hati.

Zam mengaduh sakit kemudian dia bangun sambil bercekak pinggang "woi ziq ! tak guna kau eh? sakit setan kau tolak tadi" katanya sambil tayang muka puas hati.

Ziq pula tayang muka selamba badak dia rasa tak bersalah langsung sambil meletakkan laptopnya kat atas meja.

ziq bisik kat telinga zam tanya sama ada dia dengar ke tak bunyi tu zam sebenarnya dia pun dengar bunyi tu tapi buat-buat tak dengar je tidur.

Lepas tu mereka berdua ambil keputusan dengan masuk bilik masing untuk tidur saja bunyi-bunyi tu hanya dilupakan saja.

•haha terima kasih sebab sudi baca cerita seram yang tak berapa nak seram ni.

Smile Always Where stories live. Discover now