Lembaga putih
perkara yang tak di ingini berlaku di waktu menyambut hari yang istimewa.
Adi dan rakan serumah yang lain merancang untuk melakukan pranks kepada rakan mereka izz.
Izz yang penakut hantu hahaha nak jugalah tengok muka laki tu macam mana nanti kan.
Pada pukul 12 malam izz baru balik dari melepak kat kedai mamak dia pun masuk ke rumah macam biasa dia nampak adi tengah duduk kat sofa di ruang tamu.
"eh adi mana yang lain? Selalu ada ja melepak kat sini main game"tanya izz sambil duduk di sebelah adi.
"ohh mereka yang lain tgh sibuk kot adalah kot kat atas tu"jawab adi sambil matanya fokus kat tv.
Adi tutup tv dan ajak izz lepak kat biliknya waktu dia dan izz nak masuk bilik ada lembaga putih duduk kat satu sudut di penjuru bilik adi.
Bilik tu gelap masih tak pasang lampu izz dah mula gelabah tambah takut dan sebagainya lagi manakala adi pula masih tenang.
Kerana dia tahu yang lembaga putih tu rakannya riz yang sedang menyamar jadi hantu.
pakai telekung yang dipimjam daripada maknya dan buat bunyi menakutkan sebenarnya bunyi yang riz buat tu bukan seram mana pun.
Dia tersengih menahan daripada nak bantai gelak kat izz yang muka dah jadi pucat dan gelabah teruk " weh weh t tu tu weh kau nampak tak"kata izz kepada adi.
Mata adi nampak makhluk lain pula tiba-tiba muncul kat atas katil miliknya dia pandang si izz yang di tepinya si izz mungkin tak nampak makhluk tu tapi dia nampak.
Sebab adi memang boleh nampak benda tu sejak dari kecil lagi sampai sekarang dia masih boleh nampak entah kenapa benda tu kebetulan nak muncul di waktu malam ni.
Dia pandang kat riz yang menyamar jadi hantu lembaga putih tu pandangannya bersilih ganti antara riz dan makhluk yang ada kat atas katil tu.
Kalau riz tidak menakutkan dan bunyinya tidak seseram mana pun tapi kalau makhluk tu besar dan petak serta putih.
hmm dia macam riz gak tapi bezanya benda ni dia besar bunyi dia lebih menyeramkan suaranya garau dan amat kuat untuk didengari oleh adi.
Tak tahu lah nak terangkan macam mana bunyinya seperti bunyi marah hmm nak pranks orang tertiba kena balik pranks dengan cik han yang sebenar.
Lama gak la benda tu dok situ lepas tu hilang bila dah hilang adi buat tak tau macam tak ada apa.
Selepas daripada hari tu adi masih diam memikirkan apa yang dia nampak dia tak pernah nampak pun yang macam ni sebelum ni.
Selepas beberapa hari dia baru ceritakan tentang perkara tu kat rakan serumahnya yang lain.
Mereka macam tak percaya lah pada mulanya tapi bila di yakinkan banyak kali baru mereka nak percaya.
•terima kasih sebab sudi baca cerita seram yang tak berapa seram aku nak bagitau kebanyakan cerita yang aku tulis tu berdasarkan pengalaman sendiri dan orang yang aku kenal cuma disampaikan dengan cara lain.
YOU ARE READING
Smile Always
RandomRandom talk 2 •Random •Words •Song playlist •English •Malay And maybe another language? •just read if you want if not just go away just kidding okay , i write just for fun and hope you will enjoy it.