Bandar Cyber Galax
"Saya harap tuan dapat meramal apa yang akan jadi kepada syarikat saya di masa akan datang. "Seorang lelaki dewasa berkata dengan nada yang penuh berharap.
Lelaki tadi menatap ke arah seorang tukang tilik di hadapannya. Dan tukang tilik tadi memandang ke arah wajah lelaki itu. Memang jelas terlihat kesungguhan di sebalik pancaran mata lelaki itu. Mata yang tertulis segalanya. Mata yang menceritakan bahawa betapa lelaki itu cukup berharap agar ada sebarang berita baik yang senang untuk didengari.Tukang tilik itu menganggukkan kepalanya tanda faham. Dia pun mula melihat ke arah kad yang ada di hadapannya. 3 keping kad yang berbeza disusun rapi sekali di atas meja bulat berlapikkan kain rentang berwarna merah maroon.
Tukang tilik tadi membaca makna di sebalik kad tersebut. Di bahagian kiri menunjukkan sekumpulan orang yang jumlahnya 7 orang di dalamnya sedang bersama dan tangan mereka masing-masing saling berpegangan. Seolah-olah menggambarkan satu kumpulan yang begitu teguh sekali.
Kemudian dia memandang ke arah kad kedua pula. Iaitu kad yang berada di bahagian tengah. Kad itu menunjukkan suasana yang harmoni dan kejayaan. Terdapat unsur-unsur yang harmoni yang digambarkan di dalam kad tersebut. Dan setelah dilihat kedua kad tersebut, tukang tilik itu faham akan sesuatu.
Tetapi kebiasaannya banyak cerita yang akan diakhiri dengan kesusahan, kehancuran, malapetaka dan lain-lain. Sudah tentu, tiada nasib baik yang akan kekal. Dan tukang tilik itu dapat menjangkakannya. Jadi dia pun terus ke kad ketiga iaitu kad yang terakhir.
Alangkah terkejutnya tukang tilik tersebut selepas melihat kad ketiga itu. Kad itu menunjukkan suasana cahaya di sebalik bukit yang menghijau. Banyak simbol harmoni di dalam kad itu sehingga tukang tilik itu terkedu untuk meneruskan pemahamaannya.Tetapi sudah menjadi tugasnya untuk segera menyelesaikan masalah pelanggan dan dia harus segera memahami apa makna di sebalik 3 kad tersebut. Setelah melihat 3 kad tadi selepas lebih kurang 3 minit, akhirnya tukang tilik itu faham.
Tukang tilik tadi memandang semula ke arah lelaki tadi yang turut ada seorang pemuda dan remaja lelaki di sebelahnya. Mereka bertiga lengkap dengan sut formal dan kelihatan segak dan bergaya sekali. Mungkin dari kelas atasan atau pemilik mana-mana syarikat yang membangun.
"Baiklah. Saya sudah mendapat ramalan untuk syarikat kamu. "
Mendengar jawapan daripada tukang tilik itu serta-merta melegakan hati 3 orang lelaki tadi. Terutama yang duduk di hadapan tukang tilik itu.
"A-apa yang tuan dapat ramalkan? " Lelaki itu bertanya dengan nada yang berharap. Dia sangat... Sangat berharap agar ada berita baik dapat didengarinya.
Dan hatinya juga memang seolah-olah sedang menunjukkan berita yang baik bakal diterimanya.
Tukang tilik itu pun tersenyum.
"Syarikat kamu diramalkan akan menubuhkan sebuah kumpulan. "
"Tu-tubuhkan... Kumpulan?" Pemuda yang berada di sebelah lelaki tadi bertanya. Wajahnya berkerut seolah-olah sukar untuk menerima apa yang telah diperdengarkannya sebentar tadi.
"Ya. Dan ia terdiri daripada 7 orang kesemuanya. Tapi kumpulan apa saya tidak dapat menemuinya. Dan... " Tukang tilik tadi kembali melihat ke arah 2 kad terakhir di atas mejanya.
"Kumpulan ini akan membawa satu era baharu di negara kita. Mereka akan membawa keharmonian dan kebahagiaan untuk yang meminatinya. Mereka adalah salah satu daripada pencetus dunia baharu untuk negara kita. "
Tegamam jadinya 3 orang lelaki di hadapan tukang tilik tersebut. Adakah benar apa yang baru sahaja mereka dengarkan itu? Adakah ramalan tersebut boleh mencetus segalanya? Walaupun ia sekadar ramalan tetapi jika diusahakannya pasti tidak mustahil, bukan?
"B-boleh saya tahu siapa 7 orang ni? " Lelaki tadi kembali bertanya.
"Ah... Itu saya tidak dapat menyatakannya. Ia adalah rahsia Tuhan. Tapi... Saya mungkin boleh melihat apa ciri-ciri yang ada pada mereka.
"Y-ya! Silakan tuan! "
Tukang tilik itu mengangguk faham. Dia pun mula mengambil kumpulan kad lebih di sebelah kanannya dan mula mengacuh kad tersebut seperti seorang ahli silap mata yang handal. Tidak lama selepas itu, dia pun mengeluarkan 7 kad yang diambil secara rawak. Dia meletakkan kad-kad tersebut di atas meja dan menyimpan kad lebihan di tempatnya semula.
Kad-kad yang menghadapkan belakangnya ke arah mereka berempat tadi kini mula dibalikkan oleh tukang tilik itu satu per satu.
Semua yang ada di situ melihat ke arah kad-kad tersebut secara bersamaan. Tukang tilik yang bertugas untuk membaca dan memahami apa isi kandungan kad tersebut mula berasa hairan.
Kesemua kad tersebut menunjukkan element yang berada di bumi.
"Saya tidak pasti tentang apa yang sebenarnya dirancang tapi... Mengikut pemahaman saya, ciri-ciri 7 orang tersebut ada di setiap elemen ini semua. "
"M-maksudnya? "
"Mereka mungkin terdiri daripada elemen-elemen ini semua. Mungkin sifat mereka? Mungkin fenomena alam yang disukai mereka? Atau mungkin... "
Ketiga orang lelaki tadi memandang serius ke arah tukang tilik itu sebelum dia menyambung kata-katanya yang terakhir.
"...nama mereka. "
End Prolog
Hi, semua! Selamat berkenalan kepada yang baru mengenali author!
Ok ini adalah cerita yang diinspirasikan dari baaanyaaakkk cerita jadi segala Credit diberikan kepada mereka! Tetapi jalan cerita ini adalah sepenuhnya idea author, ya? Jangan salah faham.
Mungkin akan ada pengambilan nama-nama mana-mana syarikat atau tempat sebagai pinjaman. Itu terpulang kepada keadaan cerita.
Harap semua akan menantikan jalan cerita ini, ya? Dan author sangat mengharapkan sokongan semua. Sila teruskan sokong author, ya? Terima kasih!
YOU ARE READING
Breeze Boys Band (The First) [🔰]
Фанфик[ON HOLD!] Breeze Boys Band? Tak pernah dengar pun nama tu? BoBoiBoy Elementals AU! BoBoiBoy dan karakter lain adalah hak milik sepenuhnya Monsta! Terdapat pertambahan watak-watak baharu di dalamnya juga! Semua nama tempat atau syarikat hanyala...