"Irene harus tolong papa dan mama... kemas rumah tau!" kata bae yongjoon sambil senyum sinis menunjukkan keadaan rumah yang bersepah dek ingin membuat surprise kepada anaknya
"HAHAHA... ye la papa... nanti Irene tolong papa dengan mama ya.. tu laa siapa suruh buat surprise begini.... sekarang dah kena kemas seluruh rumah ahaha" gelak Irene mengusik papanya sambil mencucuk-cucuk pinggang papanya.
"okay! Sekarang mari bukaa hadiah!" kata bae yongjoon semangat. Sambil memimpin tangan anaknya menuju ke ruang tamu untuk membuka hadiah.
Bae doona menyertai mereka sesudah dia membersihkan meja makan sebentar tadi.
"haaa cepat la buka , anak mama" ucap lembut bae doona sambil duduk di sebelah anaknya.
Irene membuka pembalut dengan berhati-hati. Takut sungguh pembalut itu koyak .
" pembalut ini masih boleh digunakan lagi jika tidak koyak tambahan pula pembalut ni cantik sangat!" fikir Irene,
walaupun keluarganya kaya dan boleh membeli segala apa yang dipintanya . Irene lebih suka berjimat cermat dan membeli segala barang kehendaknya dengan menggunakan duitnya simpanan sendiri. Dia tidak mahu membebankan kedua mama dan papanya.
Duit yang diberi kepadanya untuk bebelanja di sekolah disimpan di dalam tabung. Dia akan membawa bekal makanan ke sekolah. Semata-mata untuk menyimpan duit demi membeli sebuah komputer riba idamanya dari dulu lagiApabila Irene membuka hadiah tersebut. Matanya membulat dan berkaca. Air mata mulai membentuk di kedua matanya. Dia terkejut dan terharu. Dia memandang papa dan mamanya sambil menangis gembira.
Mereka sekeluarga berpelukan.
"papa tahu.. anak papa simpan duit untuk beli ini kan? Untuk beli computer ini kan? Jadi papa hadiahkan la kepada puteri papa ini" ucap bae yongjoon lembut sambil memeluk erat anaknya,
Bae yongjoon agak kecewa kerana Irene tidak suka meminta-minta malah sanggup menyimpan duit sendiri. dia rasa bersalah kerana tidak dapat membelikan banyak barang mewah kepada anaknya itu. Kerana setiap kali dia cuba untuk membeli, pasti akan dilarang Irene. Kerana Irene anak yang sungguh berdikari dan rendah diri.
YOU ARE READING
SISTER'S REVENGE [COMPLETED🔥]
Fanfic'AKU BENCI TAHU TAK?! BENCI!!!- irene 'yeri sayang kakak sangat'-yeri sejak hari kelahiran yeri.. kakaknya, irene langsung tidak dapat menimbulkan walau secebis rasa sayang kepada adik kandungnya . darah dagingnya. dia benci sekali! irene yang du...