CHAPTER 6- PEMBALASAN

42 7 4
                                    

Yeri bingkas turun daripada katil apaila telah menyedari kehadiran kakanya Irene yang sedang memerhatikanya dengan jelingan yang tajam dan penuh benci.

"uhmm.. aaaa.. kakak.. nah. " yeri menghulurkan satu kertas yang terdapat lukisanya sebagai tanda meminta maaf .pandanganya dihalakan ke lantai. Takut sungguh ingin bertentang mata.

"nak apa ni?! Akak tiada masa nak layan awak . keluar!" marah Irene sambil menepis kertas lukisan adiknya ke lantai dan memandag yeri dengan muka yang bengis

Yeri cepat-cepat mengambil kembali kertas lukisanya di atas lantai. Kemudian dia berusaha lagi untuk memujuk kakaknya agar menerima lukisannya sebagai tanda maaf, walaupun dia tidak mengerti mengapa kakaknya memarahinya dan tidak suka akan dirinya sejak dulu.

Dari lahir sehingga kini, Yeri tidak pernah walau sekali pun merasakan kasih sayang Irene sebagai kakak. yeri tidak mengerti dengan tindakkan kakaknya itu. Sudan banyak kali yeri Cuba untuk mengambil hati Irene, tetapi semuanya tidak berjaya kerana Irene mempunyai dendam dan hanya mengangap yeri sebagai orang asing.

"kakak Irene.. ambil la lukisan ini. Yeri sayang kakak Irene"yeri cuba memujuk. Matanya berkilau-kilau dia sungguh berharap agar kakaknya mengambil lukisan itu dan memaafkanya. Lukisanya dihulurkan ke tangan Irene.

"hmmmm nak bagi sangat kan? bagi sini lukisan kamu." kata Irene selamba sambil mengambil lukisan di tangan yeri.

Yeri tersenyum. Taktik mata comelnya sudah berjaya melembutkan hati Irene' fikir yeri didalam hati

"..sskrreaeek.... ssskreeek"

Mata yeri mula merah dan berkaca melihat lukisanya dikoyak-koyakan kepada cebisan kecil. Lukisanya yang diberikan kepada Irene dikoyakkan dengan kejam. Irene tersenyum sinis seperti bangga dengan tindakanya yang sedang mengoyakkan lukisan itu. sungguh tidak berhati perut!. Senyuman irene meremukkan lagi hati yeri yang terluka.

"nah ambil ini. Ini semua balasan kepada apa yang kau buat kepada novel aku. NYAH KAU DARI BILIK AKU SEKARANG" teriak Irene sambil melemparkan cebisan kertas itu ke muka yeri

Irene sungguh gembira dengan tindakkanya. Tiada langsung secebis rasa kesal terbit di benak fikiranya.

yeri mengutip kembali cebisan kertas lukisanya sambil nangis teresak-esak. hatinya bagaikan ditusuk-tusuk dan dirobek seperti lukisanya . Dia tidak mengerti dengan tindakkan kakaknya yang tidak masuk akal itu. Dia hanya berniat baik. Tetapi kenapa dia dilayan sebegitu rupa?

Irene tersenyum gembira melihat yeri mengutip kembali cebisan kertas yang sengaja dikoyaknya. kelihatan bahu yeri bergoncang keatas dan kebawah menahan tangisannya. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa remuknya hati yeri ketika ini.

"roda telah berputar. masa kau sudah tamat! kini giliran aku untuk membalas "fikir Irene.

Setelah habis mengutip kertas itu, yeri segera berlari keluar bilik. Dalam keadaan yang tergopoh-gapah berlari , kaki yeri tersadung di kaki meja lalu jatuh tersungkur di atas lantai berkarpet di bilik Irene. Botol air yang berada di atas meja turut terjatuh

Irene yang memang tidak berniat mahu menolong, hanya tertawa dengan kesakitan yang dihadapi yeri pada ketika itu.

Tanpa menghiraukan kesakitanya, yeri bingkas bangun dan berlari keluar .

Kini hanya Irene di dalalm bilik itu.

"Masa untuk sambung kerja tanpa ganguan! Yay!" Irene melonjak gembira kerana dapat membalas dendam.

lalu irene pergi mendapatkan komputer ribanya.tiba-tiba -tiba Badan Irene terpaku Kakinya tak mampu mengorak langkah . perlahan-lahan Tanganya ditekupkan ke mulutnya yang melopong

." Ya!!!!!" dia menjerit terkejut dengan keadaan komputernya yang sudah basah dek tumpahan air minuman di dalam botol yang dilanggar yeri semasa tersadung meja sebentar tadi

"Yaaaa!! Yeri!! Kau dh melampau! Kau tahukan aku sayang komputer ini lebih dari segalanya?!! Kau tahukan komputer ini la hadiah yang paling berharga buatku?!" bentak Irene di dalam hati. Kini api amarahnya semakin membara!

ingin sahaja dia mencekik yeri pada ketika itu.

Api amarahnya yang membara membuatkan Irene terus keluar dari biliknya dan ingin mengadukan hal ini kepada papanya kesayanganya.

"kau jaga yeri!. Pasti papa akan marah kepada engkau!" fikir Irene di dalam hati

Sebaik sahaja tiba di ruang tamu, Irene melihat mama dan papanya cuba untuk menenangkan yeri yang sedang menangis teresak-esak. Di tangan papa terdapat cebisan kertas yang dikoyakkan Irene sebentar tadi.

Bae yongjoon menoleh kearah Irene yang baru sahaja tiba di runag tamu. Air muka bae yongjoon dan bae doona menunjukkan bahawa mereka amat marah dan kesal dengan tindakan Irene yang melayani yeri sebegitu rupa.

Tidak sempat Irene memberi penjelasan.

"kamu Irene. Papa kecewa dengan kamu!. Apa salah yeri sampai kamu buat dia begini? Kakak apa kamu ni Irene?.tidak bolehkah walau sekali papa nak tengok kamu dua beradik berbaik?! " bae yongjoon amat marah kepada Irene. Kali ini tiada penyesalan di mukanya, kerana dia amat kecewa denga Irene,

"papa! papa tahu tak yeri tumpahkan air----"

'PAKK' satu tamparan hinggap ke muka Irene. Bae doona tidak dapat menahan kemarahanya itu.

"boleh tak kamu jangan melawan Irene. Apa nak jadi dengan kamu ini!" bentak bae doona

Lutut Irene lemah , kepalanya pusing. Selama 18 tahun dia hidup tidak pernah walau sekali pun dijentik mahupun dipukul oleh mama papanya. Tapi kali ni! Hari ni! berbeza. Buat pertama kalinya dia merasa penampar mamanya.

"salah ke Irene nak pertahankan diri!!" Irene menjerit lalu berlari ke biliknya.

Bae yongjoon hanya berdiam diri dia agak terkejut dengar tindakkan isterinya.

Bae doona juga seakan menyesal dengan tindakkanya menampar Irene. Kemudia dia terududuk di atas sofa dan diam membisu.

Yeri juga tergamam dan terus berhenti menangis. Petang yang hening itu membuatkan mereka sekeluarga merenung kesalahan masing-masing

berbeza pula pada Irene. Dia tidak merenungkan kesalahnya, malah meletakkan semua kesakitan yang di alaminya sebagai kesalahan yeri

"yeri kau yang buat begini pada aku! Aku akan balas dendam!" fikir Irene dengan api amarahnya yang membuak-buak.

bahang tamparan mamanya masih terasa di pipinya. Pedihnya seperti pipinya sedang ditoreh dengan pisau tajam. Tanganya mula meraba pipinya.

"aduhh.. bengkak. Padan la sakit yang amat" dalam keadaan yang terasa seperti dirinya teraniaya, muncul satu idea.

"HAHAHAHAHAHA YA!"Irene ketawa sendirian , dia telah mendapat idea untuk membalas segala perbuatan yeri , lalu dia tersenyum gembira menunggu matahari turun. Kerana rancanganya akan bermula malam ini! 

to be continued...

hi readers ❤️❤️❤️
terima kasih daun keladi, next chapter baca lagi.. eceewah .
heheh thanks gais sebab support! ada 1 more chapter to go so swipe up😝✊💌

SISTER'S REVENGE [COMPLETED🔥]Where stories live. Discover now