[일] - Adria Kim

42 7 0
                                    

"Perhatian, kepada semua penumpang Villian Airlines, kita sudah selamat mendarat dan tiba di Ghoter Town."

Mendengarkan pengumuman itu, aku mempersiapkan diriku untuk beredar meninggalkan perkarangan kapal terbang ini.

Udara segar di luar kapal terbang ini membangunkan aku dari perasaan letih setelah lapan jam penerbangan dari London ke sini.

Ermm di sinilah permulaan baru hidupku.

Aku mengerling jam yang terpapar di skrin telefon ku.

4 p.m.

Aku segera mendapatkan teksi yang akan membawaku pergi meninggalkan kawasan lapangan terbang.

Yelah mana ada teksi yang akan tinggalkan tempat ni kalau tak ada penumpang!

Duh!

Aku Adria Kim, tiba di Ghoter Town kerana hendak lari daripada kesulitan yang aku hadapi di London.

Mampukah aku untuk teruskan hidup di sini?

"Where do you want to go, pretty?"

Tanya pemandu teksi itu, sebaik aku memasuki perut kereta Vios ini.

"Hantar saya ke hotel yang berdekatan je."

Jawabku, ringkas.

Pelik riak wajah pemandu itu berikan, apa taknya aku pandai bertutur dalam bahasa mereka.

Tak kesah lah!

Inilah akibatnya jika tidak membuat persiapan awal sebelum pergi, sampai aku lupa nak mencari tempat untuk tinggal di sini.

Aku membuka telefonku, nampaknya ada 21 panggilan yang aku terlepas pagi tadi.

Panggilan itu daripada mama.

Tanpa membuang masa dan membuat mama risau aku menghubunginya kembali.

"Yes, mom?"

Sapaku sebaik panggilan disambut.

"Ad, kamu pegi mana ni kenapa tak balik lagi?"

Suara risau mama kedengaran di telinga.

"Um, sorry.. Adria tak bagitau awal-awal tapi Adria ada kat Ghoter Town sekarang ni, baru je sampai."

"What?! Kenapa boleh ada kat sana? Ad tak pesan apa-apa pun, dan sekarang dah ada di negara orang?! Ad gila ke? Tak fikirkan mommy yang risaukan Ad ni?!"

Nada suara mama meninggi.

Apa taknya, anak dah sampai tanah air orang pun dia tak tahu!

Adria anak derhaka!

"Erm, sebenarnya Ad dapat panggilan belajar kat sini. I didn't tell you sebab takut mommy marah and tak izinkan, hehe.. I'm sorry."

Jelasku dengan penuh penipuan.

"Apa Ad cakap ni? Mommy lagi marah kalau Ad pegi tak say goodbye! Malas ah. Mommy tak tahu dah nak cakap apa!"

Aku menelan pahit air liur.

"Sampai hati Ad!"

Panggilan dimatikan.

Perasaan bersalah mula menyelubungi diri ini.

Salahkah tindakan aku ni?

Nampaknya mama benar-benar bengang dengan perbuatanku kali ini.

Argh, apa yang kau dah buat ni Ad?!

Ting!

'You have a new message from Adrian♂.'

Laju aku membuka message tersebut.

Adrian

lari rumah nampak.

cuma nak tenangkan fikiran

bagus Ad, kau dah buat huru-hara kat rumah ni lepas kau pegi

sorry..

tak guna say sorry.. benda dah jadi, semoga berbahagia di sana!

Ad bole jelaskan

'This chatroom has been blocked by its owner.'

---

Adria Kim : Hearing And Seeing

Hunter || Eyes Can't See <눈은 볼 수 없다>Where stories live. Discover now