[오] - Kim Mingyu

31 7 0
                                    

Hmm siapa lah yang tak kenal Kim Mingyu, jejaka terkacak di Westher Highschool.

Dahlah Westher Highschool ni adalah antara sekolah yang terbaik di Ghoter Town, of course lah ianya turut mempunyai pelajar yang terbaik.

Lagi-lagi dari segi visual.

Aku tiba di perkarangan sekolah tepat pada jam 7.30 a.m. Alah pelajar famous, kenalah tunjukkan contoh yang baik.

Benar bukan?

Sebaik melangkah masuk, aku disapa hampir kesemua pelajar di sekolah ini.

"Hai Mingyu."

"Awak nampak kacak hari ni."

"Awak sihat?"

Hahaha. Aku hanya memberikan senyuman yang manis dan mengangguk sahaja kepada mereka.

Dah aku tak mampu buat apa-apa, sebab hari-hari perlu jawab soalan yang sama!

Maklumlah orang famous.

---

Sedang asyik aku membelek-belek buku Biologi yang berada di hadapanku, muncul seorang wanita yang bernama Eunwoo dari kelas sebelah menghulurkan sepucuk surat kepadaku.

Alololo nak pikat aku ke?

"Eh? Kenapa ni?"

Dalihku, malulah dapat surat dari perempuan.

"Haha, bukan apa-apa pon just sepucuk surat, mesti ramai lagi yang bagi kau hadiah yang mewah-mewah kan."

Katanya dengan sikap merendah diri.

Agak sinis ye, sebab sefamous-famous aku, tak pernah lagi dapat hadiah dari perempuan!

Dialah yang pertama bagi.

"Oh okay, saya nak ke tandas jap."

Ucapku seraya bangun dari dudukku, seganlah tak suka suasana semut macam ni.

"Um,.. ambillah ni."

Eunwoo menghulurkan lagi surat tersebut yang pada mulanya tidak ingin aku terima.

Aku melangkah keluar tanpa berkata apa-apa dan menerima saja surat si Eunwoo itu.

Setelah selesai membersihkan tangan selepas membuang. Aku cuba mencapai sapu tangan kecil yang aku letakkan di poket kiri seluarku.

Malangnya aku tercapai sepucuk surat yang Eunwoo bagi tadi.

"Aduh, benda ni lagi!"

Aku bergerak keluar dari tandas lelaki dan menuju ke bakul hitam tepi pasu bunga di hadapan pintu tandas itu.

"Nampaknya ni lah tempat baru kau, aku tak patut pun simpan kau."

Surat itu end up berada di dalam tong sampah depan tandas.

Kejam sungguh Kim Mingyu ini, tidak terdetik sedikit pun di hatinya mahu membaca isi kandungan benda itu.

---

Setelah kejadian surat Eunwoo dan tong sampah tandas itu, tidurku tidak teratur lagi!

Aku kerap bangun malam dan mendapat mimpi buruk.

Kenapa?

Kerana aku rasa bersalah berbuat sedemikian?

Atau ada sesuatu yang pelik jadi dekat aku setelah berbuat demikian?

"Tak Mingyu, hantu tak wujud!"

"Ni semua pasal si bulan tulah asyik dengarkan aku cerita karut hantu bagai konon, mitos saja pun!"

Bengangku.

Adakah ianya benar?

---

"Weh, dengar-dengar nanti ada pelajar baru masuk kelas kita minggu ni."

Aku terdengar perbualan rakan sekelasku sebaik saja aku memasuki kelas itu.

"Kau tau Mingyu?"

Aku disapa mereka

"Tak, kenapa?"

Soalan dikemukakan kembali, aku meletakkan beg sekolahku di atas kerusi tempat dudukku.

"Dorang kata dia yeoja tau."

Sambung orang itu.

"Alahai bertambahlah peminat aku nanti, dahlah pelajar perempuan dalam kelas kita yang sedia ada ni pun aku tak boleh handle, ni nak tambah seorang lagi?"

Meninggi seperti gunung Everest hidung si Kim Mingyu ni.

"Jangan riaklah hanat. Bukan semua pun yang terhegeh-hegeh dekat kau."

Bengang orang tadi lalu meninggalkan aku bersendirian di dalam kelas.

Nampaknya inilah sebabnya aku tak ada kawan rapat.

Mereka blah bila nak, and datang juga bila nak.

Tamadun zaman sekarang!

---

Kim Mingyu : Stop bothering me ! I'll fix it. 

Hunter || Eyes Can't See <눈은 볼 수 없다>Where stories live. Discover now