[이] - Jeon Wonwoo

28 7 0
                                    

Hari ini sesi persekolahan berjalan seperti biasa.

Aku begitu malas hendak meneruskan kelas pada pagi ini.

Alah kalau Wonu hari-hari pun dia malas.

Sekolah dan diri dia bak air dengan api, dia ni manalah patuh arahan sekolah.

Nak kata anak presiden tidak juga.

Entah apalah nak jadi dengan generasi muda zaman sekarang.

Sebaik saja insan yang bergelar guru memulakan sesi pembelajaran di kelas, Wonwoo sudah mula meletakkan kepalanya di atas meja.

Dan terus check in ke 'Dreamland'.

---

Setelah sekian lama dia terlena, akhirnya dia dikejutkan dengan suara lantang sahabatnya yang entah datang dari mana.

"Wehh Jeon Wonu, bangunlah pemalas oi!"

Terjahnya.

"Takyah kacau aku lah bengap, pi cari kerja lain!"

Marahku.

"Aku datang ni nak pesan, yang malam ni on ye, tempat biasa, pesan Jihun."

Mataku terbuka luas setelah mendengar kata-kata itu.

Aku bangkit dari dudukku, ingin menuju ke tandas, niat nak basuh muka biar segar kembali.

Perjalananku menuju tandas terberhenti. Seketika aku menoleh ke arah sosok tubuh wanita yang berdiri di hadapan loker tanpa berbuat apa-apa.

"Gila ke apa pompuan ni?"

Gumamku perlahan. Tanpa menghiraukannya, aku segera ke tandas.

Sebaik sahaja selesai, cuma ada 2 jam je lagi dari sekarang untuk tamatnya waktu persekolahan hari ini.

"Ah.. lama lagi ke?!"

Keluhku kesal.

Aku mencuri pandang ke luar jendela.

Terlihat Jihun dan konco-konconya sedang melambai-lambai  ke arahku.

Ah, bagus dah tiba!

"Saem, saya nak ke tandas."

Pintaku.

"Tak boleh. Kamu nak ponteng lagi kan Wonwoo?! Nak saya lapor kepada mak kamu?!"

Gertak orang itu.

"Tapi saya betul-betul nak membuang, saem!"

Alasan demi alasan kuberikan.

"Tak boleh! Tahan sehingga habis kelas saya!"

Mak aii mana boleh tahan selama dua jam!

Cikgu ni tak tahu ke apa risikonya. Bergelar guru je lebih!

'Eh Wonu kau bukan betul-betul nak ke tandas pun!'

Kataku di dalam hati.

"Ahh lantak ah! Baik sambung tidur!"

Ujarku, geram.

Lagipun aku tahu Jihun dah tinggalkan aku.

_______________

Hunter || Eyes Can't See <눈은 볼 수 없다>Where stories live. Discover now