[사] - Moon Junhui

26 7 0
                                    

'Perlahan-lahan aku membuka pintu lokerku yang berada di penjuru kelas kecil ini.'

"Lepas ni mesti keluar hantu yang takda mata tu."

Gumamku setelah membaca potongan pendek daripada cerita 'Who's that!' yang baru saja aku beli di kedai buku Gyeon pagi tadi.

Aku berminat untuk membaca cerita-cerita mitos sebegini.

"Apa jadi kalau mereka ni betul-betul wujud?"

Soalku.

Tapi mustahil, ini hanyalah dongeng semata-semata kerana penduduk disini hidup aman tanpa adanya mitos sebegini.

Cuma aku benar-benar ingin tahu kebenarannya.

Aku mencapai sebuah buku lagi di bawah laci mejaku.

'Jungle Hunters'

Buku ni aku dah baca hampir 18 kali, tetap tak bosan.

Ceritanya begitu menarik.

Cerita dimana seorang wanita bernama Hyunjong terperangkap sendiri di hutan selepas berkelah bersama rakan-rakannya.

Dia berjumpa dengan pelbagai makhluk yang tidak pernah dia jumpai selama ini.

Ermm aku tak boleh bayangkan kalau aku yang berada di tempat dia.

Aku mengelamun seketika, namun aku dikejutkan dengan kedatangan Pn. Joo yang bakal memulakan kelas hari ni.

"Focus Jun, focus. Lepas kelas kita baca lagi buku ni."

Pesanku dan terus mengikuti pembelajaran hari ni.

---

Setelah tamatnya kelas fasa yang pertama, aku keluar seketika untuk menghirup udara segar sebelum memulakan kelas yang seterusnya.

"Uwarh."

Aku meregangkan badan yang agak malas ini.

Ada 3 kelas lagi untuk fasa kedua hari ini yang perlu aku tempuh.

Hmm dugaan seorang pelajar.

Niat hendak kembali ke kelas terbantut kerana mataku tertumpu seketika kepada seorang pelajar yang menjadi bualan hangat pelajar sekolah di sini.

Dia baru sahaja lalu dihadapanku.

'Uishh aura seram tu kalah cerita yang aku baca tadi.' - Junhui

Pelik.

Benarkah hantu ni sebenarnya wujud? Bukan rekaan semata-mata?

Kerana sejarawan pernah mengatakan bahawa adanya mumia kerana mereka menjumpainya.

Tidakkah juga cerita seram yang dikatakan mitos ini juga benar kerana turut pernah dijumpai sebelum ini?

Persoalan demi persoalan timbul di dalam kepala.

Nampaknya otakku berkembang dengan baik hari ini.

Demi menjawab semua persoalan ni, aku tahu siapa yang patut aku jumpa.

"Muahahaha" acah nak gelak jahat.

"Kau dah kenapa? Kau pula nak mental lepas nampak budak tu?"

Tegur seorang pelajar sekelasku dengan sinis.

'Ishh kejam.'

Aku akan pastikan aku dapat jawapannya.

---

Hari berganti hari aku masih tertanya- tanya benda yang sama.

Bagaimana aku nak bercakap dengan dia? Sebab kelihatannya, dia tidak begitu ramah orangnya.

Gumamku dengan sedikit keluhan kecil.

Aku melihat sejenak ke cellphone ku yang memberi notification bahawa aku menerima notification baru entah dari mana.

"New announcement: Trailer 'Meet Me in the Grave' already came out with a new adventure and scary scene."

"Wahh seyes arhh?! Sekian lama aku tunggu cerita ni jadi movie, akhirnya ada jugak."

Terharu aku melihat announcement itu, rasa macam nak nanges..

Tapi jika ia benar-benar keluar di layar perak, dengan siapa aku patut pegi tengok?

Mana ada member aku yang sukakan horror movie.

Actually aku takda member HAHAHA!

'Ermm macam mana ya?'

Siapa yang patut aku ajak?

Siapa lagi kalau bukan seseorang yang dah biasa dengan benda ni!

---

Moon Junhui : There will always have light.

Hunter || Eyes Can't See <눈은 볼 수 없다>Where stories live. Discover now