2. First Meet > 첫 만남

41 6 8
                                    

Adria

Aku memandang jam di pergelangan tanganku.

7.06 a.m.

Jumlah pelajar yang berada di sekolah pada waktu ini masih sedikit, kerana kebanyakan pelajar akan datang dalam pukul 7.30 pagi.

Cis! Ingat sekolah terbaik, pelajar pun banyaklah yang datang awal, rupanya hampeh!

Ke.. aku yang terlampau awal ni?

Ah, tak kesah lah!

Kalau orang dah terbiasa awal macam mana juga. Bukan salah aku pun.

Aku menggalas beg sekolah yang berada di sebelahku dan mula melangkah ke bangunan di mana terletaknya kelasku.

Sebaik tiba di hadapan kelas, langkahku menjadi perlahan kerana aku melihat seorang pelajar lelaki sedang berdiri memandang ke luar tingkap kelas, bersendirian.

Aku hanya mengangkat bahu dan mula melangkah masuk dan meletakkan beg di kerusi.

Bunyi tarikan kerusi membuatkan lelaki itu tersedar dari lamunannya.

Entah apa yang dia tengok di luar tu.

Tempat dudukku terletak di bahagian belakang kelas dan berada di tepi tingkap, yang membolehkan aku memandang terus ke padang sekolah.

Seketika aku melihat seorang-dua pelajar melangkah masuk ke perkarangan sekolah, aku terdengar bunyi seseorang berdehem.

Aku mengangkat kepala memandang lelaki tadi.

"Awal datang."

"Nampaknya kau lagi awal sampai."

Dia mengeluh kecil dan mula melangkah ke tempat duduknya yang terletak di hadapanku.

"Adria kan?"

Aku mengangguk dan memandang ke luar kembali.

---

Mingyu

Waih, perempuan ni, tak tergugat langsung ke dengan kehenseman aku ni.

"Aku Mingyu. Kim Mingyu."

Dia hanya mengangguk kecil tetapi perhatiannya masih tertumpu ke luar tingkap.

"Ehem!"

"Aku orang paling hensem dalam sekolah ni. Oh! Paling famous jugak."

Aku cuba menarik perhatiannya.

Tiada reaksi.

Aku memusingkan badan menghadap ke hadapan kelas.

Satu saat.

Dua saat.

Tig-

Aku memusingkan tubuhku kembali menghadapnya-

"Argh!"

Hunter || Eyes Can't See <눈은 볼 수 없다>Where stories live. Discover now