LRS14

11 0 0
                                    


" Cuba Awak Fokus? Awak nak bekerja atau tak? " tanya aku lantang. Aku sudah lama memerhati tindak tanduk perkerja practikal itu bekerja. Bukan aku tidak memberi tunjuk ajar tepi sikapnya yang curi tulang itu benar benar buat aku hilang sabar. Bila kerjanya tidak bagus, aku yang bakal dipersoalkan oleh Ketua pentadbiran kenapa tidak mengambil berat dengan anak buah.

" Puan Fairuz, Ini bukan kerja saya. Saya hanya sediakan maklumat dan cetak serta failkan adalah kerja Farzana. Dia yang bertanggungjawab. Jadi takde kerja saya Buatlah apa patut. Kerja saya sudah selesai " Katanya tanpa berfikir.

" Apa awak cakap? Awak ni betul betul buat saya hilang sabar tau? Awak ambil Fail ni betulkan semua yang saya tanda dan letak di atas meja saya sekarang! Ingat sebelum pukul 2. Kalau tidak awak tahu nasib awak. " Kata aku sedas sambil menghempas Fail itu di depannya.

" Puan tidak adil tau, Habis itu kerja Farzana apa? " Tanyanya tidak berpuas hati.

" Awak tanya saya? Apa awak buat semasa saya bagi taklimat minggu lepas? Kenapa awak nak kaitkan Farzana? Dia ada tugas dia. Jadi awak jangan banyak cakap. Ambil ni dan betulkan " Arah aku.
Tiba tiba telefon aku berdering. Uzma yang berada di hadapan aku itu. Terkemut kemut mulutnya merungut. Kakinya di hentak hentak. Sempat lagi aku menjelingnya tajam. Pintu dihempas kuat. Budak zaman sekarang memang tidak beradab. Aku menjawab telefon.

" Kau Free tak, lunch sama. Jom " Sambut wani di hujung talian. Aku hanya bersetuju dan menyambung kerja aku yang terkendala sebentar tadi gara gara si uzma yang cilik itu.

||||||||||||

" Kenapa dengan kereta awak ni " Sapa Nadim. Semasa dalam perjalanan pulang dia melihat kereta tersadai dan dia berhenti dan membantu. Tidak sangka itu adalah Staffnya.

" Eh, Doktor. Entahlah lama tak service. Saya tahu guna je " Berkerut Syidatul menahan panas terik cahaya mata hari. Keretanya saat saat begitula rosak. Buat malu je dengan Doktor handsome depanya itu.

" Kita hantar kedai depan tu. Jom ikut saya pergi sana " putus Nadim dan Syidatul hanya menurut.

" Habistu kereta saya macam mana " tanya Syidatul terpinga pinga.

" Takpe, Kita panggil dia orang ambil pakai trucks. " beritahu Nadim. Syidatul hanya mengangguk.

Setelah selesai dibawa ke bengkel. Keretanya selepas 2/3 hari baru siap. Syidatul hanya mengeluh. Susahlah mahu bergerak jika keretanya di bengkel.

" Doktor, Terima kasih sebab tolong saya.
Maaf menyusahkan doktor. " Syidatul tersenyum dan menampakkan Lesung pipitnya. Nadim hanya mengangguk.

" Marilah saya hantar awak balik. Esok nak ke tempat kerja macam mana? " Tanya Nadim Prihatin.

" Eh, Takpe takpe. Dah senja ni. Doktor tunggu saya pun dah syukur. Doktor boleh balik dulu " Tolak Syidatul dengan pelawa Nadim.

" Takpayah berdoktorlah, Tak seronok dengar. Ni bukan tempat kerja. Awak masuk je. " Arah Nadim. Mahu tidak mahu Syidatul masuk dan mereka berlalu pergi.

" Doktor.. "

" Nadim! " Belum sempat habis kata, Nadim memotong kata katanya.

" Nadim, Isteri Nadim tak kisah ke Nadim hantar saya? " Tanya Syidatul sambil memandang merenung Nadim yang sedang memandu.

" Takdelah, Saya tolong awak tengah susahkan sekarang. Nanti masa saya susah awak pula tolong. Boleh? " Syidatul mengangguk teragak agak. Dia pun tidak bertanya selepas itu.

||||||||||||

Me:
Abang tak habis
Kerja lagi?

LAFAZKAN RINDUMU SAYANGWhere stories live. Discover now