LRS07

10 0 0
                                    

Tak kurang dari 5 Hari Umat islam
Akan beraya. Aku sudah pun mengapplyka cuti 1 minggu untuk Kenduri yang bakal berlansung selepas raya kedua. Terkejut aku apabila mendapat panggilan. Bahawa Nadim menghantar rombongan merisik 3 hari lepas. Gembira memang gembira. Tapi terlalu drastik. Dia tak pernah berbincang dengan aku dahulu.

Menurut kak long, Keluar pihak lelaki tidak mahu bersanding dan ingin cepat cepat bernikah. Aku hanha terkedu. Kahwin sekali seumur hidup je okay. Tak merasalah nak jadi the wedding of the year. Tahun nihh. Tiba tiba kedengaran bunyi mesej masuk.

Abang💙:

Kau dah bersedia?

Me:
You kenapa sayang, tiba tiba.

Abang💙:

Ibu dengan abah tak
Bagitahu kau ke?

Me:
Memandai je kan?
Tak bincang pun

Abang💙:

Kalau taknak aku
Boleh cancel. Takde
Masalah. 😎

Aku hanya mengeluh. Cukup sebal berbalas mesej dengan orang yang pentingkan diri sendiri nih. Buat batal puasa je. Aku menghempas telefon di atas katil dan sambung mengemas pakaian.

||||||||||||

Suasana Raya tahun ni cukup meriah. Semua Family adik beradik berkumpul di rumah Atok dan Opah. Dengan kehadiran anak buah yang comel comel. Aku cukup bertuah mempunyai keluarga sebesar ini.

Kedengaran orang memberi salam. Dan aku keluar menjenguk keluar. Alamak! Family bakal mentua aku datang. Kenapa tak bagitahu aku. Kelihatan abah dan abang ngah yang keluar menyambutnya. Aku hanya mengigit bibir dan bediri tegak di tepi tangga. Sampai saja Nadim kemuka pintu di bisik dekat dengan telinga aku.

" Taknak, jemput masuk ke sayang " Aku bulatkan mata sambil memandang dia.

" Btw cantik Bakal Bini aku " Katanya sambil galak ketawa dan berjabat tangan dengan Ahli keluarga yang lain. Walaupun aku tersipu malu dipuji begitu tetapi aku masih marah dah pelik akan ke hadiranya pada petang itu. Aku terus berlalu ke dapur dan menyediakan air untuk tetamu.

Entah apa yang dibuallah agaknya sehingga di dapur opah yang usang tu pun boleh dengar suara kuat ketawa mereka. Pak lang kalau dah jumpa orang sekepala begitulah. Rancak, ada sahaja perkara yang dibualkan. Abah juga turut tak kalah. Tersenyum aku, nasib mereka boleh menyesuaikan diri. Setelah selesai. Aku menghantar air ke depan. Kelihatan Nadim tiada di ruangan tersebut. Rupanya sedang menjawab telefon. Takkan cuti raya pun kerja. Aku hanya membiarkan dia. Terus aku bermain dengan anak buah aku yang tidak jauh dengan TV.

" Mana satu, Calon Awak cik " Maksu aku mencuit bahu aku. Aku hanya tersenyum sambil menunjukkan Nadim yang masih lagi berbual dengan telefonnya.

" Kerja apa cik? Maksu Macam pernah nampak? Sama dengan tempat kerja kamu ke? " Korek maksu aku. Tergelak aku melihat gelagatnya. Pantang betul. Dulu pernah mahu menjodohkan aku dengan anak bongsunya Syaqir tapi aku tak mahu. Aku dah anggap macam abang ngah dah. Tak berkembanglah keluarga aku. Jadi sekarang dia cuba korek test akula ni. Tersenyum aku.

LAFAZKAN RINDUMU SAYANGWhere stories live. Discover now