LRS13

13 0 0
                                    

Fikiran aku masih memikirkan kejadian Malam kelmarin. Sungguh aku tak terdaya memikirkan setiap bait bait yang keluar dari mulut suamiku itu. Walaupun aku sedar aku bukan Orang pertama dalam hidup dia. Tetapi dia tidak boleh samakan aku dengan orang orang yang pernah datang dalam hidup dia. Bagaimanalah aku mahu bertebung dengannya jika hari hari begini.

Petang itu sebaik pulang dari kerja aku, sengaja berlama lama di rumah mama, mentuaku. Alang alang Ibu ajak makan malam sama. Aku terus bersetuju tanpa berfikir. Tiba tiba Kelibat Nadim ada masuk ke dapur. Aki hanya berlaga biasa. Tidak boleh lari jauh jauh, pasti ada muka dia dekat mana mana tempat.

" Tambah lagi, Sikit je makan? " Tegur adik Nadim, Nazhif. Aku hanya tersenyum sambil menyenduk nasi lagi.

" Kalau macam ni lauk mama, mana boleh Kak long berhenti " Sengih aku. Mama hanya tersengeh lalu terus disenduk Udang masak lemak dan di masukan kedalam pinggan aku. Nadim yang makan disebelah aku hanya menikus. Aku hanya buat tidak tahu. Sebaik nasinya habis dimakan. Aku meletakkan puding Jagung di atas Pinggannya. Dia hanya memandang aku tanda tanya.

" Long, kau kenapa macam tertelan kapur? " Tanya Nazhif menyiku lengannya. Nadim hanya mengeleng tanya menjawab pertanyaan Nazhif.

" Mummy, Pak lang Hafiz telefon. " Jerit Arisa sambil berlari lari mendapatkan aku dari ruang tamu. Aku terkedu lalu memandang Nadim yang berubah cemberut. Terus dia membersihkan tangan dan berlalu ke depan.

" Arisa, biar je tak payah angkat eh " kata aku lembut.

" Ada apa  call tu, Fai? Kenapa tak angkat " tanya mama apabila melihat aku kembali letak panggilan.

" Takdelah tak penting pun, nanti Fai hubung dia balik " Kata aku membuatkan Mama mengangguk.

||||||||||||||

" Ke sana, ke sini. Apa yang kamu mengeluhkan tu? ni tidur sini ke? Esok tak kerja? " Tegur Nekda lalu duduk di bangku tangga.

" Takde apalah Nekda, Hafiz Nak balik la ni " Katanya lalu bersalam dengan Nekda. Nekda sempat menarik tangan.

" Jamahlah sikit Makanan ni" Hafiz kembali duduk dan mencapai Bubur Jagung. Hanya dua tiga mulut sahaja di suap. Lepas itud di capai tangan Nekda dan berlalu kekeretanya.

" Hati- Hati " pesan Nekda. Sebaik bayangan kereta hilang dari pandangan. Dia mendail nombor anaknya.

" Mak nak kau datang malam ni " putus Nekda. Lalu dia berlalu masuk ke dalam. Pintu dikunci rapat dan dia berlalu ke biliknya. Satu persatu gambar anak-anak dan cucunya. Di belek.

" Kenapa kau buat mak macam ni, Malek? " Pilu dia memeluk gambar anaknya itu. Sebenarnya bukan dia sengaja mahu bersikap dingin dengan cucunya,Husna tetapi ini kerana Husna melakukan perkara yang benar benar membuatnya terlalu benci untuk memaafkan kisah lalu. Anaknya Malek berkahwim dengan Gadis Bandar. Gadis yang berkedudukan. Tetapi bila mengetahui Siapa Sebenarnya keturunan mereka. Wanita itu terus meninggalkan Anaknya bersendirian sehingga mengambil masa 3 tahun lebih untuk pulih kerana ditinggalkan. Baru sahaja mahu berubah menjadi kehidupan lebih baik. Wanita itu datang semula menagih kasih pada anaknya. Puas dia melarang tetapi Malek degil sehingga sanggup pergi dan meninggalkan ibunya. Namun tidak lama beberapa bulan Mereka bercerai. Malek datang memohon ampun . Dan Dia terpaksa berkeras. Kerana hatinya terlalu sakit untuk terus memaafkan anaknya. Lalu Malek pergi
Membawa diri ke kota sehingga kini tiada khabar berita.Disebabkan itu dia menentang kuat Perkahwinan Husna. Tetapi dia tidak tahu bahwa mereka akhirnya Berkahwin. Aku tak boleh diam diri putus Nekda.

||||||||||||||||||||

Aku mengeluh berat. Sampai bila Aku dan suami aku mahu hidup seperti orang asing? Apa yang aku buat bukanlah satu kesalahan. Aku dan Abang Hafiz tidak lebih dari seorang adik dan abang. Aku takkan jatuh cinta selain Nadim Asyraf Suami aku yang sah. Itu janji aku. Nadim yang sedang menonton TV itu aku hampir.

" Abang " Tegur aku. Dia menoleh da. Menyahut tanpa memandang ke arah aku. Aku merapat dengannya dan meraih tangannya. Bahunya aku pegang. Dia menurut tanpa menepis.

" Kau nak apa? " tanyanya kemudian menarik tanganya dari pegangan aku. Aku hanya merengus. Dia seolah olah dingin dan tidak hiraukan aku seperti tiada apa apa yang berlaku. Mata aku memandang kosong kearah TV.

" Sampai bila nak layan sayang macam ni? " aku cuba mencari matanya. Tiadakan cinta untuk aku? Tiadakah ruang itu. Hati aku menjerit terluka.

" Kau buat macam biasa jelah. Anggap takde apa apa. " Putus Nadim. Aku memandangnya pelik. Sikit pun dia tidak faham apa yang aku maksudkan? Ini aku yang kena tegur dia dulu. Aku tak bersalah tapi dia layan aku acuh tak acuh je.

" Abang, ada apa apa ke? Okay Look sayang minta maaf eh " kata aku cuba menarik perhatiannya.

" Hm " Dia hanya mengangguk.

" Abang nak air tak? Sayang buatkan " aku cuba ambik hatinya kembali.

" Aku tak dahaga " remote TV dicapai dan ditutup. Dia berlalu ke atas. Selang beberapa minit aku Lihat dia turun kebawah kembali. Dan bersiap kemas. Berkerut dahi aku.

" Abang nak pergi mana? "

" Takpayah tahulah. Aku pergi kerja sebelum ni bukan kau tanya pun " Ujarnya. Bingo! Dia mahu ke tempat kerja.

" Eh, Abang yang sombong. Sayang tak pernah miss ambil tahu pasal abang tau "  jeling aku. Tanganya aku capai, Dicium manja. Laju laju dia tarik.

" Suka hati kaulah. Jangan buat lagi macam tu " Katanya. Aku hanya tersenyum.

" Tergoda ke? " Aku menggigit gigit bibir dan membetulkan kemajanya.

Nadim sedaya mungkin mengawal riak mukanya. Bau haruman rambut isterinya benar benar mengoncangkan imannya. Tangan halus itu ditepis dan keluar berlalu.

" Sorry, belum cukup seksi " sempat dia berbisik dan berlalu pergi. Aku hanya mengenyitkan mata dalam genggamanlah cik abang desis aku dan menutup pintu. Arisa yang sedang membelek buku barunya aku rapat. Tersengeh dia apabila aku hanya mengeleng melihat dia seperti tidak mahu melepaskan bukunya.

" Mummy, Aris nak tanya mummy boleh? " Dia berhenti melakukan kerjanya.

" Apa sayang " tanya aku sambil membelai rambutnya manja. Cantik desis hati aku. Dia bulu mata yang lentik.  Lihat siapa bapa dan ibunya. Aku hanya tersenyum kelat.

" Mummy dengan Papa gaduh ke " Kanak kanak seusia itu, sudah memahami apa yang berlaku. Terangkat kepala aku memandangnya. Boleh kena serangan jantung aku.

" Eh, takdelah. Okay je. Aris tak nampak ke Mummy Kiss papa tadi " Serkap aku untuk mengaburi matanya.

" Tapi kenapa, Papa macam tak suka Je kalau Aris Dengan Mummy " Semakin banyak persoalan Aris semakin memeningkan aku.

" Sudah, Kemas kemas. Esok awak bangun lewat. Awak tu nak sekolah. " kata aku sambil mengemas buku buku yang bertaburan di atas lantai itu. Pensil pensil warna yang terkeluar itu aku masukkan kembali dalam bekasnya.

Aris mengangguk.

" Hari ni tidur dengan mummy eh " kata aku. Aku dukungnya dan mendaki tangga ke bilik kami. Apalagi seronoklah dia. Papa takde, Mummy pun boleh.

" Mummy, Aris nak tanya, last !. " kenapa Mummy dengan papa tak tidur sama. Aku terkedu bila dia mula perasan.

" Dah tidur. Lewat "

To be contineu.



LAFAZKAN RINDUMU SAYANGWhere stories live. Discover now