Episode 1

109 12 0
                                    

Kang Hae In , berumur 22 tahun yang mengambil jurusan perubatan menyambung degreenya di universiti . Walaupun tak rela nak sambung pelajaran tapi setiap test , Ha In akan mendapat keputusan yang cemerlang . Pointer 3.8 - 4.0 sudah biasa dalam keputusan .

" Ha In ! Pergi saing jom . Aku kan satu kelas dengan kau kan " kata Byun Soo Jin atau boleh kata sebagai teman sewa rumah .

" boleh , tapi sebelum tu aku nak pergi kedai serbaneka kejap . Aku nak beli makanan kat situ sebab cafe jual makanan mahal plus tak sedap ! " kata Ha In .

Mereka berjalan bersama - sama sambil mendengar lagu keluaran baru BTS iaitu ON . Maka , berjogetlah mereka berdua dalam perjalanan .

" kau tunggu luar jelah . Aku tak beli barang banyak pun . Kau nak kirim pape ke ? " kata Ha In .

" ermm , aku nak-" kata Byun Soo Jin .

" tak payah ! Nanti benda mahal kau nak aku belanja . Simpan je niat kau tu " kata Ha In sambil masuk ke dalam kedai .

Ha In terus menuju ke peti minuman yang sejuk . Dia terus merembat dua kotak susu coklat Hershey . Sebelum membayar , Ha In ternampak beberapa makanan ringan kegemarannya , Pepero !

Disebabkan terlalu banyak perisa serta wajah idol yang menjadi duta makanan ringan iaitu Exo , Ha In tercegat di situ untuk beberapa minit .

" nak pilih mane ni ? Aku nak coklat tapi gambar Sehun . Aku nak Baekhyun ! " kata Ha In .
---
Jungkook yang baru bersiap terus pergi ke arah keretanya . Disebabkan perlawanan bola semalam , Jungkook tidur lambat dan harini juga lambat nak pergi kerja .

" matilah aku , dah pukul 8.00 ni . Confirm Tae Hyun maki aku kejap lagi ! " kata Jungkook yang kelam kabut masuk ke dalam kereta .

Baru beberapa minit di atas jalan raya , nampaknya Jungkook terpaksa hadap kesesakan .

Tiba-tiba , telefonnya berdering dan dah siap sedia untuk maki .

" kenapa dia call time ni ! Memang kena bebel je lah . Nak jawab ke tak " kata Jungkook apabila melihat nama Tae Hyun tertera di kaca telefon .

Jungkook menjawab dengan ketakutan . Sebab Tae Hyun lebih tua dari dia dan Tae Hyun tak suka orang lambat .

" Jungkook ! Kau kat mane-"

" minta maaf , aku kena hadap sesak ni . Sori weh , mintak ampun sangat-sangat . Aku bukan sengaja pun nak datang lambat . Ye aku tahu kau dah bebel banyak kali dah jangan lambat yee aku tahu-" kata Jungkook .

" kau merepek apa ? Aku nak kau belikan aku air . Haus wehhh kat sini . Aku tunggu kau . CEPAT SIKIT LAH LEMBAB ! " kata Tae Hyun .

Jeritan Tae Hyun yang terakhir buatkan Jungkook terkejut dan terjatuhkan telefonnya .

" nasib pergi kedai beli air je . Maybe aku tak kena bebel nanti " kata Jungkook .

Selepas lampu isyarat bertukar hijau , Jungkook memandu laju ke arah sebuah kedai dan parkir tepat di hadapan kedai tersebut .

Dia keluar dari keretanya dan terlanggar dengan seorang wanita sebabkan telefonnya jatuh .

" ma-maaf . Tak sengaja " kata Jungkook sambil mengambil telefon yang jatuh tadi kepada wanita itu .

Jungkook masuk ke dalam kedai dengan cepat sambil melihat jam tangannya . Jungkook terus pergi ke arah peti sejuk .

Dia mengambil dua botol air isotonik dan mula menghala ke arah kaunter .

" nak pilih mane ni ? Aku nak coklat tapi gambar Sehun . Aku nak Baekhyun ! " kata Ha In

Suara tersebut menyebabkan Jungkook terhenti . Suara yang sama dengan bekas kekasihnya dulu , Eun Hye . Jungkook mencari empunya suara itu dengan harapan dia adalah Eun Hye .

Déjà Vu Where stories live. Discover now