Ha In pulang ke rumahnya dengan membawa jaket yang Jungkook bagi . Sepanjang perjalanan , Ha In langsung tidak memakai jaket tersebut .
" haaa ! Lambat kau balik ! Kau pergi mana ? Selalunya kau tak pernah balik lambat selepas pukul 9 . Ni dah pukul 10 tahu tak ! " kata Soo Jin .
Ha In hanya mengendahkannya dan naik ke bilik di tingkat atas .
" haaa aku cakap taknak layan haa ! Biasa diaaaaaa ! " kata Soo Jin .
---
Ha Kn meletakkan jaket tersebut di atas katil dan mula duduk di kawasan belajarnya sambil memerhati jaket itu .Ha In mula menghentakkan kepalanya di atas meja belajar kerana Ha In mula memikirkan Jungkook tanpa sengaja .
" Ha In , sedar weh . Takkan kau syok dekat mamat tu ! " kata Ha In .
Pintu biliknya dibuka dan Soo Jin masuk untuk melihat keadaan kawannya itu .
" Ha In ? Kau kenapa ? Ok tak ? " kata Soo Jin .
Ha In tidak menjawab persoalan Soo Jin malah masih menghentakkan kepalanya di meja apabila masih memikirkan lelaki itu .
Soo Jin yang mula rasa tak kena dengan suasana bilik Ha In mula menegurnya .
" Ha In , kau bawak balik jantan ke ? Kenapa ada bau minyak wangi lelaki ni ? Bau kuat pulak tu ! Kau cakap sekarang ! " kata Soo Jin
" kau merepek apa setan ? Memang taklah aku nak bawak jantan balik ! Kau pun nampak kan tadi aku masuk rumah ni sorang " kata Ha In .
" tapi masalahnya bau ni kuat ! Macam dia ade dekat dalam bilik ni ! " kata Soo Jin lalu memeriksa setiap sudut bilik Ha In .
Pintu almari dibuka , bawah katil diperiksa namun tiada orang . Soo Jin kembali ke katil Ha In .
" ok takde . Kalau macam tu , baik kau explain kenapa kau balik lambat tadi " kata Soo Jin .
" haduh , macam ni , tadi aku cadang nak beli air kat kedai lepastu masa nak bayar , aku raba lah badan aku pastu duit takde . Nak jadikan cite , mamat gila tu datang dan tolong bayarkan " kata Ha In .
" what ?! Mamat gila tu ?! Kau gila ke apa sekarang ni ? Kenapa di boleh muncul time tu ? Aku rasa dia ikut kaulah Ha In " kata Soo Jin .
" lepastu dia ajak aku makan , aku mula taknak tapi perut aku boleh pulak berbunyi time tu pastu dia ajak aku makan . Lepastu dia desak aku untuk bagi nama penuh aku " kata Ha In .
" lepastu , kau bagi ke ? Jangan kata kau bagi detail pulak pasal peribadi kau ! " kata Soo Jin .
" aku terbagi tahu nama penuh aku je ! Tapi aku macam kenapa dan macam mana aku boleh bagi dekat dia . Aku rasa dia ni lain macam dan aku dapat rasa sesuatu " kata Ha In .
" baik kau jaga-jaga dengan mamat tu , kalau harini dia tahu pasal nama kau , nanti silap hari bulan , dia tahu semua benda pasal kau ! " kata Soo Jin .
" lepastu , dia niat nak hantar aku balik tadi tapi aku taknak sebab aku taknak dia tahu rumah aku dekat mana jadi aku jalan kaki jelah - " kata Ha In .
" jap , ade benda kat bawah ontot aku ni " kata Soo Jin lalu mengambil benda di bawah punggungnya yang membuatkan dia tak selesa dari tadi .
Soo Jin menghidu jaket tersebut dan ternyata sama bau seperti yang dia katakan tadi .
" nilah bau yang aku kata tu ! Kejap , sape punya ni ?! " kata Soo Jin .
" ermm , mamat tu lah " kata Ha In .
" Ha In ! Dia ada buat apa-apa ke dekat kau ?! Baik kau cakap sekarang kalau tak aku report polis yang mamat psiko tu dah rogol kau ! " kat Soo Jin .
" woi ! Kau merepek apa ?! Dia tak sentuh aku macamtulah ! Dia bagi aku jaket tu sebab cuaca malam kan sejuk ! Kau kenapa pikir lain ? " kata Ha In .
" kejap , dia tak hantar kau balik ? " kata Soo Jin .
" tak " kata Ha In .
" tapi dia mesti tengokkan kau dari belakang kan ? Takkan lah dia nak tinggalkan kau jalan sorang-sorang . Kau paham tak maksud aku ?" kata Ha In .
" apa kau cakap ni sebenarnya ? " kata Ha In .
" kau ni , belajar je pandai tapi cubalah belajar juga pasal cinta ni . Memang tak logik lah kalau dia tak ikut kau balik atau aku boleh kata yang dia ikut kau senyap-senyap sebab nak tahu rumah kau kat mane " kata Soo Jin .
Soo Jin menarik tangan Ha In dan menunjukkan kereta hitam yang sedang melihat parkir di hadapan rumah mereka .
" tu kereta dia ke ? " kata Soo Jin .
Ha In hanya mengangguk perlahan .
" Soo Jin , sumpah aku takut . Kalau dia nak apa-apakan kita macam mana ? Habislah " kata Ha In .
" takpe , biar aku uruskan . Kau tunggu je kat sini . Aku pergi jumpa mamat psiko tu " kata Soo Jin lalu turun ke bawah .
---
Jungkook yang sedang duduk di dalam keretanya mengambil telefon lalu mengambil gambar alamat rumah mereka ." kat sini rumah dia . Nasib aku ikut dia tadi " kata Jungkook .
Semasa Jungkook menghidupkan enjin dan mula untuk memandu pulang , satu ketukan kedengaran membuatkan Jungkook terkejut lalu mencarut .
" hai , tengah amik alamat rumah kitorang ke ? " kata Soo Jin dari luar .
Jungkook menurunkan tingkap keretanya untuk membalas kata-kata Soo Jin .
" eh hai ermm Soo so ape eh nam awak ? " kata Jungkook .
" tch , nama aku kau tak ingat tapi nama Ha In ingat pulak " kata Soo Jin .
Jungkook hanya terdiam apabila nama Ha In disebut .
" macam ni , kawan aku suka Hershye . Kau belilah apa-apa jenama hershye and Pepero . Dia mesti suka gila nak mati " kata Soo Jin .
Jungkook mula keliru terhadap Soo Jin . Dia cuba nak tolong Jungkook untuk dapatkan Ha In ke ?
" aku bagi kau peluang untuk dekat dengan Ha In , tapi kalau kau sakitkan hati dia , kau mati dengan aku " kata Soo Jin .
Jungkook hanya berikan Soo Jin senyuman dan dia mahu ucapkan terima kasih kepada Soo Jin kerana sanggup untuk tolong dirinya untuk berkenalan dengan Ha In lebih rapat .
" lagi satu , peluang untuk kau dekat dengan dia lebih besar kalau kau tolong dia dapat keputusan cemerlang dalam exam kitorang nanti . " kata Soo Jin .
" maksud kau apa ? Exam apa ? " kata Jungkook .
" 2 minggu lagi , kitorang kena hadap exam . 80% akan keluar apa yang kau bebel semalam tapi Ha In tak dapat fokus sebab ada kau . Dia kata kau menyeramkan sebab kadang-kadang termenung dekat dia . Soo kau kena tolong Ha In dan bagi dia keputusan yang gempak . " kata Soo Jin .
Jungkook mula memikirkan sesuatu kerana apa yang dikatakan oleh Soo Jin adalah peluang yang besar .
" deal ? Kau dapat Ha In , Ha In dapat apa yang dia nak . Aku pun nanti dapat result gempak juga sebab Ha In nanti ajar aku . Aku mati kalau dia pun tak faham apa yang kau terangkan haritu . " kata Soo Jin lalu mula senyum sinis .
Jungkook berjabat tangan dengan Soo Jin dan mereka bersetuju untuk tolong antara satu sama lain .
Soo Jin pun perangai macam setan jugak .
Bersambung !