Episode 2

86 11 4
                                    

Pagi-pagi lagi Soo Jin dah kena simbah air dengan Ha In sebab lambat bangun .

" woi perempuan , kau nak tunggu haiwan apa lagi yang nak berkokok dekat telinga kau tu ? Pergi mandi !! Dah lambat dah ni ! Dah pukul 8.00 ! " kata Ha In .

" haa ?! Kelas kita kan pukul 8.15 , mana sempat nak jalan kaki ni ! Nak amik teksi pun tak sempat " kata Soo Jin dalam keadaan mamai .

" cepatlah mandi ! Aku tunggu kau " kata Ha In .

Lantas Soo Jin mengambil tuala dan bergegas ke bilik mandi . Memang dia mandi kerbau lah tu .

Dalam 15 minit Soo Jin mandi lalu dia kenakan pakaian yang agak biasa sebab harini lambat . Selalunya Soo Jin lah yang paling gempak bila pergi ke kampus tapi kalini tak .

" jomm Ha In ! Aku dah siap ! Kita dah lambat dah ni ! " kata Soo Jin .

Ha In membawa buku rujukannya dan beg galas dan terus keluar dari rumah mereka .

Soo Jin berjalan sepantas yang mungkin sebab dia tahu nanti dia akan dibebel Prof dan mungkin markah ujian yang akan datang akan dipotong separuh . Hanya Ha In sahaja yang kelihatan tenang .

" woi ! Tadi kau kata jugak dah lambat , asal kau jalan lembab pulak ni ! Kau nak kena bebel ke apaa ?! Tahulah kau pandai , kalau kau dapat 100 dalam test pun dan kalau markah kau kena potong , kau dapat 50 at least lulus . Aku ni ?!! Nak dapat 90 pun susah tauuu ! " kata Soo Jin .

Ha In menunding jarinya ke dahi Soo Jin .

" kalau aku kata kau lembab , kau marah tak ? Janganlah jadi lurus . Lain kali kalau aku suruh beli jam , belilah bukannya beli album korea kau tu ! Tengoklah jam kat telefon kau " kata Ha In lalu meninggalkan Soo Jin di belakang dengan senyum .

Terus Soo Jin keluarkan telefonnya dan dipaparkan wallpapernya . Nampaklah juga waktu sekarang .

" setan perangai kau Ha In ! Baru pukul 7.30 ?! Aku tengah mimpi sedap tadi ! " kata Soo Jin lalu mengejar Ha In yang dah tinggalkannya jauh .
---
Tae Hyun mengemas barangnya untuk bersiap . Tidak lupa juga segala kertas dan juga beberapa panduan untuk pelajarnya nanti .

" Jungkook , nanti pandai-pandai kaulah bagi speech eh , aku mane reti sangat berhadapan dengan orang , orang yang dah mati boleh lah " kata Tae Hyun .

Jungkook hanya berdehem menandakan dia setuju . Dia masih tak boleh lupakan peristiwa semalam . Seribu persoalan datang di mindanya untuk tahu perempuan tersebut dengan lebih mendalam .
---
Semua murid telah sampai di dewan kuliah tepat pada masanya . Selalunya akan ada sesetengah pelajar perempuan yang selalu datang lambat tapi disebabkan katanya ada orang hensem nak datang , sebabtulah awal .

" kau tengok perempuan tu , gedik nak mati , ada mamat nak datang barulah dia nak datang awal " bisik Soo Jin .

" biarlah diorang , baguslah tu , naikkan semangat nak belajar " kata Ha In sambil keluarkan peralatan tulisnya serta buku nota .

Tiba-tiba , salah seorang perempuan menegur mereka dengan nada sombong .

" Kang Ha In ! Nanti tak payah tunjuk pandai sangat depan pakar forensik tu , aku tahu kau mesti nak dapatkan perhatian kan "

Soo Jin yang mendengar segala kritikan dari perempuan tersebut mula bangun untuk berdebat dengan mereka .

Sempat Ha In menahan tangan Soo Jin memberi signal untuk tidak melayan mereka .

Pintu dibuka perlahan dan Prof bersama dua orang jejaka kelihatan . Ramai perempuan seperti cacing kepanasan tapi tidak Ha In .

" baiklah pelajar , disini ada dua orang pakar forensik kebanggaan Korea . Mereka dah banyak selesaikan masalah berkaitan dengan mayat . Jadi , saya nak awak semua dengar setiap satu patah yang keluar dari mulut mereka . Jangan terlepas satu pun " kata Prof .

Déjà Vu Where stories live. Discover now