Seorang gadis cantik duduk di atas sofa sambil menonton tv. Mulut dari tadi tidak berhenti mengunyah. Sekejap popcorn kemudian keropok pula. Haduii
Tok! Tok! Tok!
Tiba tiba pintu rumanya diketuk.
"Aish, kacau daun betullah. Siapa pula lah datang ni"
Dia bangkit dari tempat duduk dan membetulkan rambutnya yang sedikit kusut.
Pintu dibuka perlahan lahan. Mata melilau sekeliling. Tiada siapa.
"Siapa pulalah main ketuk ketuk pintu ni. Kat rumah takde pintu ke?"
Malas mahu melayan, dia menutup pintu semula dan kembali duduk.
Baru 2 saat duduk
Tok! Tok! Tok!
"Siapa main ketuk ketuk ni? Geram betullah!"
Dia bangun dan menuju ke arah pintu. Dia menjenguk keluar.
"Bah!!"
"Oh mak kau jatuh tergolek!!"
Seorang gadis berpakaian tentera yang entah datang dari mana menerjah wanita itu.
"Ish, kau ni! Terperanjat aku!"
"Hehehehe, mian"
Seketika kemudia mereka saling berpeluk. Pelukan yang teramat erat itu menyebabkan gadis berpakaian tentera itu sesak nafas.
"Weyh, kau peluk kuat sangat. Sakit"
"Ouh, sorry"
Pelukan dilepaskan perlahan lahan.
"Bila kau habis khidmat tentera weyh?"
"Baru je tadi. Lepas habis tu aku terus datang rumah bff aku ni. Siapa lagi kalau bukan Kim Jisoo"
Jadi, wanita cantik itu bernama Jisoo.
Jisoo yang terharu segera memeluk kembali sahabatnya itu.
Gadis itu pula tidak membalas hanya membiarkan dirinya dipeluk.
"Masuklah dulu. Meh aku bawak beg kau" Jisoo dengan mesra menjemput sahabatnya untuk masuk ke dalam rumah.
Tangan mulusnya segera mencapai beg bagasi kawannya dan membawa masuk.
Gadis tentera itu hanya tersengih dan segera masuk.
"Makanlah tteokbokki ni dulu"
Jisoo segera menghidangkan tteokbokki di hadapan sahabatnya itu lalu mengambil tempat di sebelahnya.
Sos tteokbokki yang pekat itu dihirup perlahan lahan. Mata terkelip kelip kerana kesedapannya.
"Sedap gila! Kau buat sendiri ke?"
"Of courselah! Kau ada nampak pembantu rumah ke dalam ni?"
Gadis itu tersengih lalu sambung menikmati makanannya itu.
"Jisoo, aku nak tumpang tidur kat rumah kau boleh? Seminggu je"
Gadis itu mengenggam kedua belah tangan dan diletakkan ke dada.
"Boleh je. Aku tak kisah pun. Eomma kau tau ke kau dah habis khidmat tentera ni?"
Gadis itu menggeleng laju.
"Belum. Saja nak surprisekan eomma aku nanti"
"nakal betullah kawan aku ni" kata Jisoo sambil mencubit lembut pipi kawannya itu.
"Biasalah! Ini Hae Young, man!"
Kedua dua mereka katawa terbahak bahak. Rindu yang disimpan sudah terlepaskan.
***
Hae Young baring di atas tilam. Matanya kekal memandang siling rumah. Apa yang best tengok siling pun tak taulah.
Hae Young memandang Jisoo yang sedang membaca dengan tekun itu.
"Weyh, kau berhubung dengan Seok Jin lagi tak?"
Jisoo menggangguk sekali.
"Aku nak jumpa dia boleh tak?"
Jisoo dengan serta merta memandang Hae Young dengan pandangan tajam.
"Rindu ke?"
Hae Young menggeleng.
"Alaa, kalau rindu cakap jelah. Apa yang payah sangat? Aku tau kau dah lama pendam perasaan kat dia kan?"
"Mana ada!"
"Tengok, muka dah merah tu. Kau suka dia kan?"
"Tak adalah!"
"Ye, kau suka dia"
"Aku sepak juga perempuan ni"
"Kau suka dia!"
Jisoo segera bangkit dan berlari pergi. Hae Young pula mengejarnya dari belakang.
***
Hae Young mencapai bantal dan membalingnya tepat pada muka Jisoo.
Jisoo juga melakukan hal yang sama cuma Hae Young dapat mengelak.
Peperangan bantal mula tercetus. Orang ni baling kat orang tu. Orang tu baling kat orang ni.
Selepas beberapa minit berperang, Jisoo mengangkat tangan tanda mengalah.
"Weyh, dah lah! Penat"
Jisoo segera merebahkan diri di atas tilam.
"Aik? Dah pancit? Cepatnyaa"
Hae Young segera mengambil tempat untuk duduk di atas lantai.
"Kau jangan samakan aku dengan kau! Kau tu tentera, aku ni pula seorang gadis cantik yang masih menganggur"
"Geli aku dengar!"
Hae Young menjelirkan lidah tanda menyampah.
"Weyh, Jisoo. Aku laparlah"
"Lapar lagi? Kan baru makan tadi. Aku pun kenyang lagi"
"Kau jangan samakan aku dengan kau. Kau tu penganggur aku ni pula seorang tentera kuat yang perlukan banyak tenaga"
Jisoo membuat eyes roll.
"Kau nak makan apa? Tteokbokki dah habis"
"Makan luar jom! Kau belanja! Yeahh!" Hae Young segera berlari keluar dan memakai kasut.
"Tak senonoh betullah perempuan ni" Jisoo menggeleng perlahan dan hanya menuruti permintaan sahabatnya itu.