Bilik soal siasatHae Young didudukan pada kerusi sambil pergelangan tangannya digari pada besi. Bilik yang gelap dengan dibekalkan hanya satu mentol menyukarkannya untuk mencari pintu bagi melarikan diri.
Ktak!
Pintu dibuka perlahan lahan. Kelihatan seorang lelaki beruniform polis lengkap datang dan duduk dihadapannya.
"Hai, saya Inspektor Park Jimin. Harap anda dapat bagi kerjasama sewaktu soal siasat dijalankan"
Hae Young tidak melayan sapaan itu.
"Pada 23 Mei 20xx, jam 3.25 pagi. Anda telah membunuh seorang wanita, betul?"
Hae Young menjeling.
"Apa motif awak buat begitu?"
"Woi, babi! Yang aku bunuh tu bukan manusialah!" Hae Young meninggikan suara.
"Bertenang, jawab soalan saya dulu. Awak ada bunuh seorang wanita, betul?"
"Sial!! Aku kata dia tu bukan manusialah!! Dia bahaya! Aku jamin dunia dalam bahaya sekarang ni! Apa yang kau tak paham ni, setan?!!"
Hae Young mengamuk. Inspektor Jimin dan beberapa pegawai polis yang lain cuba untuk menenangkan Hae Young yang berada di luar kawalan itu.
"Bawa dia ke lokap. Nampaknya, dia langsung tak nak bagi kerjasama. Settle kat mahkamah jelah jawabnyaa"
Inspektor Jimin memberi arahan. Dua orang polis segera menggari kedua belah pergelangan tangannya dan mengheretnya ke lokap.
Hae Young meronta ronta supaya dilepaskan. Tapi polis tu macam dah berpuluh tahun tak korek telinga, buat bodoh je.
Pintu besi lokap dibuka dan Hae Young ditolak masuk ke dalamnya.
"Harap muka je lawa, tapi perangai...ish ish ish" pegawai polis itu sempat memerli Hae Young sebelum berlalu pergi.
"Fuck! Tak guna punya polis! Tak dengar cakap aku. Tak boleh jadi ni, aku kena larikan diri"
Hae Young berbaring di atas lantai sambil merenung tajam ke arah dinding bagi mencari idea bagi meloloskan diri.
"Hah!! Aku dapat idea!"
Hae Young tersenyum jahat. Tunggulah malam nanti.
***
Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Kebanyakan polis dah balik. Tinggal seorang dua je yang ada. Makin kacanglah!
Hae Young segera baring mengiring dan mengerang kesakitan.
"Argh!! Sakitnya!! Macam nak tercabut jantung aku!"
Hae Young menjerit sekuat hati. Biar sampai dengar polis pekak tu.
"Weyh, perempuan tu dari tadi menjerit sakit, sakit. Kesian pula aku tengok" kata seorang polis kepada rakannya.
"Tulah, kau pergilah check. Aku stay sini"
Polis itu segera membuka pintu besi lokap dan menghampiri Hae Young.
"Woi, kau ok tak? Jangan mampus dulu. Tak sempat aku nak ngorat kau" polis itu mengoyang goyangkan badan Hae Young.
Hae Young masih kaku berbaring.
"Baik aku call Inspektor Park" polis itu segera mengeluarkan handphonenya dari dalam poket.
Hae Young segera mengambil peluang apabila melihat polis itu sedang leka. Dia bangun dan terus menyepak pinggang polis tersebut.
Polis tersebut mengerang kesakitan dan cuba mencapai pistol yang diselit pada bahagian perut boroinya.
Tetapi Hae Young jauh lebih cekap. Dia segera menyepak bahagian em em polis tersebut. (Paham kan?)
Polis itu berguling guling di atas tanah menahan pedih.Hae Young berlari keluar dari lokap tapi ditahan pula oleh polis yang lagi seorang.
Dia segera melompat ke atas polis tersebut dan menyiku tengkuknya.
Baru sekali kena dah pengsan.
"Nama je polis, tapi lembik. Apa bendalah"
Hae Young segera berlari keluar dari balai polis tersebut dan menuju ke dalam hutan.
Pada keesokan harinya......
Inspektor Park datang ke balai polis seperti biasa. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat seorang polis berbaring di atas lantai.
"Hoi! Bangun! Apa dah jadi ni?"
Inspektor Park menggoncang polis itu sehingga bangun.
"Saya kat mana ni?"
Tanya polis itu lemah.
"Kau kat balai polislah setan! Cepat cakap apa dah jadi?"
"Tak tau, tapi yang saya ingat malam tadi ada orang siku tengkuk saya. Sakit sial!"
Inspektor Park segera bangun dan menuju ke lokap. Sekali lagi dia terkejut apabila melihat seorang lagi polis di dalam lokap itu sambil berbaring.
"Woi! Bangun!! Apa kau buat kat sini?! Mana perempuan dalam lokap ni?"
Polis gemuk itu tersedar dan duduk perlahan lahan.
"Ouh, Inspektor Park rupanya...."
Polis itu menghela nafas lega.
"Apa dah jadi ni?"
"Perempuan tu dah lari...."
Tak semena mena mata Inspektor Park membulat besar.
"Macam mana dia boleh lari?!!"
"Dia pura pura sakit lepas tu dia sepak em em saya...sakit tau"
Polis itu mengusap em emnya yang masih sakit itu.
"Haih, tak balik rayalah aku jawabnyaa" keluh Inspektor Park