Chapter 13

33 4 0
                                    

"Gila lah! Takkan kita kena pergi New York kot!" keluh Seok Jin.

"Dah itu je cara nya" kata Inspektor Park sambil mengeluh lemah.

"Sehun, tak de cara lain ke?" soal Hae Young.

Sehun menggeleng.

"Aku dah kaji banyak kali, memang penawar tu je yang mampu pulihkan semua ni"

"New York tu jauh kot! Jaraknya bukan jarak dari rumah kau ke kedai runcit, berkilo jaraknya!" bebel Seok Jin.

"Seok Jin, demi bumi, kau sanggup tak pergi ke New York?" tanya Hae Young dengan serius.

"Aku...aku.... Baik, aku ikut"

Hae Young bersorak kecil.

"Sehun, apa kelemahan zombie ni?" soal Inspektor.

"Api. Diorang takut api"

"Tapi, bila aku tembak kat kepala, diorang pun mati jugak" soal Hae Young.

"Yeke? Aku tak tau pun. Mungkin aku tak kaji dengan cukup dalam" jawab Sehun selamba.

"So, bila kita boleh ke New York?" soal Seok Jin

"Sekarang pun boleh, jom!"

Mereka berganjak pergi tapi Sehun pula tetap kaku di tempat duduknya.

"Sehun, kau tak nak ikut ke?"

"Aku..takut. Aku takut kalau Prof. John tau aku masih hidup dia akan apa apa kan family aku"

"Kau confirm tak nak ikut?" soal Inspektor Park sekali lagi.

Sehun mengangguk  sambil tersenyum.

Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon....

"Seram gila tempat ni"

Ya, memang seram. Airport ni tak macam selalu. Sesak. Suasana airport sekarang ni gelap gila. Tak de seorang manusia pun yang berada di situ. Yang ada cuma gelimpangan mayat dengan muka yang amat mengerikan.

Seok Jin dan Inspektor Park saling berpelukan. (Bukan sebab gay ye sebab takut). Manakala Hae Young pula berjalan dengan selamba.

"Hae Young, jangan jalan laju sangat. Tertinggal kitorang nanti" kata Seok Jin dengan nada yang amat perlahan.

"Apa yang kau nak takutkan? Bukan ada hantu pun, ada mayat je" kata Hae Young selamba.

"Jangan cakap besar! Nanti diorang bangun cane?"

"Kita lawanlah!"

Hae Young yang malas nak melayan meneruskan perjalanan meninggalkan dua orang namja itu di belakang.

"Hae Young, tunggulah!" Seok Jin yang panik terus berlari mengejar Hae Young. Secara tidak sengaja, dia terpijak kepala seseorang.

Dia memandang ke bawah dan kelihatan kepala seorang manusia hancur dipijak olehnya. Seok Jin yang ketakutan terus menjerit.

Secara tiba tiba, mayat mayat yang bergelimpangan tadi bangun semula.

"Habis..." keluh Seok Jin.

***

Mereka bertiga berlari sekuat hati. Mereka memang tak dapat buat apa,zombie yang mengejar mereka melebihi 1000 orang!

"Masuk kapal terbang tu cepat!"

Mereka bertiga masuk ke dalam kapal terbang dan menutup pintu.

"Ki...kita dah se....lamat"

Mereka bersandar pada pintu kapal terbang tersebut.

"Weyh, ada orang kat belakang" bisik Inspektor Park menunjukkan seseorang di belakang.

"Jom kita tengok" ajak Hae Young.

Mereka bertiga menuju ke orang tersebut.

Inspektor Park mendekati orang mencuit bahunya.

"Siapa kau?!!!"

Jerit orang tersebut sambil mengacukan pisau.

"Chill bro, chill" kata Inspektor Park sambil menenangkan orang tersebut.

"Siapa kau?!!"

"Aku Park Jimin, perempuan ni Hae Young dan lelaki hodoh ni, nama dia Seok Jin"

"Hey! Berani kau panggil aku hodoh?! Dasar pendek!"

Perlahan lahan orang tersebut meletakkan pisaunya dan terduduk.

"kau okey?" Hae Young dengan berani mendekati orang tersebut.

"Tolong aku...." secara tiba tiba orang tersebut memeluk Hae Young. Hae Young pula hanya mengeluh dan menenangkan orang tersebut.

Selepas beberapa minit, orang tersebut bersuara.

"Aku... Kim Namjoon. Selamat berkenalan"

Lelaki bernama Namjoon itu menghadiahkan sebuah senyuman manis kepada Hae Young.

"Apa kau buat kat sini?" soal Seok Jin.

"Aku pilot. Patutnya, sekarang ni aku ada flight ke New York tapi tiba tiba jadi macam ni pula. Tu yang aku menyorok kat sini"

"So, kau akan ke New York ke?" soal Inspektor Park.

Namjoon mengangguk.

"Kalau kitorang nak minta kau hantarkan kitorang ke New York boleh tak?" pinta Hae Young.

"Boleh tu memang boleh. Tapi aku manalah tau jalan nak ke New York macam mana. Karang main jalan je sesat pulak"

Hae Young mengeluh lemah.

"Jadi, macam mana sekarang ni?"

"Kita kena tanya Sehun" cadang Seok Jin.

"Ok, jom!"

Mereka berlari keluar dari kapal terbang dengan berhati hati. Mereka terpaksa merentasi kawasan gelap yang dipenuhi zombie itu sekali lagi.

"Pelik, mana semua zombie pergi?"

Mereka memerhati sekeliling. Ya memang kosong! Satu zombie pun tak ada.

Tiba tiba satu gas berterbangan di kawasan airport tersebut. Mereka berempat mulai berasa pening. Perlahan lahan seorang demi seorang jatuh pengsan.

Hae Young tetap menguatkan diri untuk pergi dari situ tapi badannya amat lemah. Akhirnya dia jatuh rebah juga. Perlahan lahan mulai mula tertutup dan tak sedarkan diri


Zombie War (PJM) Where stories live. Discover now