Tolong!!!!
Hae Young dan Jisoo berlari ke arah jeritan itu. Kelihatan sekumpulan zombie sedang mengepung Seok Jin, Inspektor Park dan Aera.
"Tolong kitorang!"
Hae Young menghulurkan kepada Jisoo sebutir peluru.
"Apa ni?"
"Peluru, isi cepat!"
Hae Young berlari ke arah senapang yang didirikan elok di dinding lalu melepaskan tembakan.
Tiba tiba beberapa zombie menerkam Hae Young dari belakang dan senapang yang dipegangnya tercampak jauh.
"Shit"
Dia tiada pilihan lain, dia terpaksa bertarung menggunakan kedua belah tangannya. Tapi, kekuatan zombie ni lain macam. Tumbuk berkali kali langsung tak berkesan.
Dua zombie menyerang Hae Young dalam satu masa. Dia meronta kuat tapi tak dapat lepas dari cengkaman zombie. Mata dipejam rapat tanda bersedia untuk mati.
Bam! Bam!
Darah memercik ke mukanya. Euww, jijik! Beberapa zombie yang lain turut rebah. Jisoo mendekati Hae Young dan membantunya untuk bangun.
"Thanks"
Jisoo tersenyum.
"Tolong kami!!"
Hae Young dan Jisoo saling berpandangan dan segere berpecah. Hae Young berlari ke arah senapangnya yang telah tercampak tadi manakala Jisoo berlari mendekati zombie dan melepaskan tembakan.
Kerana kerjasama Hae Young dan Jisoo,mereka dapat diselamatkan.
"Korang ok?"
"ok"
Tiba tiba sekumpulan zombie yang lain pula berlari ke arah mereka. Cuma yang ni lagi ramai.
"Lari masuk trak cepat!!"
Mereka berlari dengan kuat menuju ke trak. Aera menoleh ke belakang. Ada sesuatu yang mengejutkannya. Dia nampak suaminya turut bersama sekumpulan zombie tersebut.
Mereka masuk ke dalam trak. Di dalam trak, Aera mengambil senapang yang dipegang Hae Young dan berlari keluar dari trak.
"Hoi!! Apa kau buat apa? masuk cepat!!"
"Saya yang menyebabkan suami saya mati. Saya nak tebus kesalahan tu. Maaf semua"
Aera sempat tersenyum pahit dan berlari menuju ke arah sekumpulan zombie tersebut. Dia melepaskan tembakan ke arah beberapan zombie. Tapi, time tu jugak lah peluru nak habis. Dia hanya redha dan membiarkan kesemua zombie itu menghempap dan menggigitnya.
"Aera!!!"
Jisoo cuba untuk menyelamatkan Aera tapi Hae Young terlebih dahulu menahannya.
"Seok Jin!! Pecut!!!"
Seok Jin memecut laju melalui gelap malam.
***
Semua masih terkejut dengan apa yang dilihatnya tadi. Aera...mati macam tu je.
"Hae Young, kenapa kau tak selamatkan Aera?" marah Jisoo.
"Kau salahkan aku? Dia yang bodoh sangat lari kat zombie tu"
"Yelah, tapi kenapa kau tak halang?!"
"Kau nak aku halang macam mana?! Dia tiba tiba rampas senapang aku pastu lari kat zombie tu. Kau tak nampak ke?!"
"Tapi-"
"SUDAH!" Inspektor Park menyampuk bagi memberhentikan pertengkaran antara dua sahabat itu.
"Janganlah gaduh sebab benda remeh ni je. Sekarang ni,,Hae Young tak salah. Aera yang lari kat zombie tu. Dia yang cari maut. Ok, sekarang ni jabat tangan minta maaf"
"Kau fikir ni hari raya ke nak minta maaf?" soal Jisoo dingin.
"Habis, kalau kau mampus sebelum raya macam mana? Tak pasal pasal tak sempat minta maaf. Dah ikut cakap aku sekarang. Minta maaf!"
"Hae Young, mianhae"
"Mianhae jugak"
"Kan bagus macam ni, dah sekarang kita nak gi mana pula Hae Young?"
"Aku tak decide lagi, ikut jelah jalan ni"
"Ok"
Setelah dua jam meneruskan perjalanan tanpa arah tuju, semua penumpang telah tertidur.
Tiba tiba, Hae Young menjerit.
"Seok Jin pergi Busan sekarang!! Aku nak jumpa eomma aku!!!!"
"Ha?! Baik!"
Seok Jin terus memandu menuju ke Busan..