6 bulan kemudian....
Hae Young menyarung kot hitam pada badannya. Lalu, segera memperlihatkan dirinya di hadapan cermin.
"Tak sangka, dah 6 bulan berlalu" bisiknya sendiri.
Dia menenung lama pantulan dirinya itu.
Tut tut
Tiba tiba satu mesej masuk.
"Ouh, Jimin"
Jimin: kau dah siap ke? Aku otw datang rumah kau ni
Hae Young: Dah..palli tau!
Dia menutup phone. Tiba tiba perkara lepas kembali menerjah ruang fikirannya.
Flashback...
Hae Young POV
Pandangan mataku mulai kabur perlahan lahan aku menutup mata.
"Hae Young!!"
Aku terdengar seseorang memanggil dan mendekatiku. Dia menggoncangkan tubuhku beberapa kali.
Aku cuba untuk meneliti gerangan itu. Tetapi tidak berjaya.
Dia mengangkatku pergi dan aku terus tak sedarkan diri.
***
Aku membuka mata perlahan. Aku bangun sedikit dan melihat sekeliling. Tempat ini seperti hospital!
Tiba tiba pintu terbuka perlahan. Aku segera kembali baring dan berpura pura tidur. Aku pun tak tau kenapa aku buat begitu.
Seseorang mendekatiku dan berkata
"Hae Young, bila kau nak sedar ni? Aku rindu nak dengar suara kau"
Perlahan lahan orang tersebut mendekatkan jarakku dengan dia dan mencium lembut dahiku.
Ciuman lembut itu membuatkan aku serta merta berdegup kencang. Aku mengerakkan jariku. Orang itu tersedar dan menjauhkan semula jarak kami.
Perlahan lahan aku membuka mata. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Jimin di hadapanku. Jadi, dialah yang..
End flashback..
Pot! Pot!
End POV
Hae Young tersedar dari lamunannya. Dia segera mencapai handbagnya dan keluar dari rumah.
Kelihatan Jimin setia menunggu di luar. Hae Young hanya memberikan senyuman manis kepadanya.
***
Suasana kereta agak sunyi. Tiada apa mahu mereka bualkan.
"Tahniah.." kata Jimin secara tiba tiba.
"Tahniah? Sebab?" Hae Young memandangnya hairan.
"Sebab pencapaian kau sekarang"
Hae Young hanya tersenyum.
Ya, sekarang dia dah jadi Jeneral dalam tentera.
Jimin pula, terus jadi ketua polis negara.
Seok Jin tu pula sekarang dah jadi chef paling terkenal kat Korea.
Dan sekarang, diorang dalam perjalanan ke majlis penghargaan sempena menghargai pengorbanan mereka bertiga.
Majlis penghargaan...
"Seperti yang semua sedia maklum, dunia telah dilanda wabak misteri yang mengakibatkan kita semua hidup dalam keadaan yang kucar kacir. Akan tetapi, seorang gadis telah memberanikan dirinya untuk berkorban untuk keselamatan dunia. Mempersilakan, Jeon Hae Young"
Hae Young naik ke atas pentas dengan yakin. Dia mengambil mikrofon untuk memberikan ucapan.(author skip bahagian yang Hae Young berucap)
Selepas memberikan ucapan, perdana menteri memberikan Hae Young sijil penghargaan.
"Sekarang dipersilakan Park Jimin untuk memberikan ucapan"
Jimin naik ke atas pentas dan berucap.
"Terima kasih kepada pengacara majlis, pengalaman yang saya lalui ini adalah suatu pengalaman yang amat bermakna dan takkan saya lupakan. Seseorang telah mengajar saya untuk menjadi lebih berani. Dan..saya berterima kasih kepada orang tersebut"
Tiba tiba Jimin berjalan kearah Hae Young sambil mengeluarkan kotak berwarna merah dari poket seluar lalu melutut sebelah kaki dihadapannya. (gaya orang nak lamar gf)
"
Dan orang tu ialah kau. Kau telah mengajar aku banyak benda dan kau jugak telah berjaya mencuri hati aku"
Hae Young terkaku. Jantungnya berdegup kencang. Mulutnya terkunci.
"Will you marry me?"
Kotak merah tersebut dibuka dan kelihatan sebentuk cincin yang cantik.
Hae Young tidak memberikan respons. Dia memandang Seok Jin di sebelahnya. Seok Jin ialah crush dia takkan dia nak kahwin dengan Jimin pulak.
Seok Jin turut memandangnya sambil tersenyum.
Dia mengalihkan pandangan ke arah eommanya. Eommanya membuat isyarat 'terima jelah'.
Dia sempat memandang semua orang di sekelilingnya. Semua orang bersorak, ada yang bersiul.
Hae Young kembali memandang Jimin dan mengeluh panjang. Dia tersenyum lebar dan menjawab..
"Yes.."
Semua orang bertepuk tangan. Jimin segera memeluk Hae Young.
-The end-