Part 4

229 24 0
                                    

“Kenapa pandang saya macam tu? Tak percaya? Saya akan buktikan kata-kata saya ni! Saya ni seorang yang tak akan mungkir pada janjinya! Kalau tak percaya...suka hatilah!”. Tao masuk ke dalam rumahnya, meninggalkan Bomi di luar seorang diri. Bomi masih terdiam di situ. Tao melihat Bomi masih kaku di situ, walaupun sudah setengah jam berlalu. Tao keluar, menghidupkan enjin motornya. Bomi terus tersedar dari mengelamun. “Awak nak pergi mana?”. Bomi bertanya pada Tao. “Saya nak cari makanan. Awak duduk rumah je.” Tao terus pergi bersama motornya.

‘Betul ke, apa yang dia katakan tadi? Betul ke, dia akan ada di sisi aku?’. Bomi masih lagi menungkan perkara yang sama. TV yang menyala dari tadi, hanya sekadar menghilangkan kesunyian. ‘Tapi...betul ke Tao anak kepada syarikat besar tu?’. Bomi melihat sekeliling rumah Tao itu. ‘Tengok rumahnya...macam orang bujang seperti aku aje. Tak mewah. Aku...setuju untuk kahwin dengan dia...sebab dia anak orang kaya...jahat sungguh aku ni!’. Bomi mengeluh lagi. Bomi meneguk segelas air untuk melegakan hatinya.

Sudah dua jam berlalu, Tao masih termenung di syarikat bapanya. Tao bukanlah orang Korea, tapi bapanya membuat cawangan baru di Korea kerana Tao fasih bertutur dalam bahasa Korea. Syarikat asalnya berada di China, bapanya yang menguruskan syarikat itu. Syarikat di Korea ini pula, bapanya menyuruh Tao yang uruskan. Tapi Tao tidak mahu dan telah mengupah orang untuk mengendalikannya. Tao termenung sambil melihat foto keluarganya. Tao teringat akan kata-kata bapanya dahulu.

“Aku suruh kau uruskan syarikat ni untuk majukan syarikat ni! Bukan untuk kau buat sesuka hati aje! Syarikat ni bukan kau yang punya! Aku yang punya!”. Bapa Tao memarahinya. “Bukan saya punya? Habis tu, kenapa bapak suruh saya uruskan syarikat ni kalau bukan saya punya?!”. Tao meninggikan suaranya. “Perasan! Kalau kau nak syarikat ni jadi milik kau, kau kena bawa seseorang yang boleh menjaga kau yang masih mentah ni! Kahwin dengan dia! Baru syarikat ni akan jadi milik kau selamanya!”. Terkedu Tao mendengarnya.

Tao tersedar dari lamunannya apabila seseorang megetuk pintu pejabatnya. “Masuk ajelah! Aku tahu...kau kan, Sehun?”. Kawan karibnya masuk ke pejabatnya sambil ketawa. Sehun duduk di atas meja sambil membawa minuman untuk Tao. “Muka kau tu dah kena apa? Sampai dahi pun berlipat seribu.” Sehun masih lagi ketawa melihat wajah Tao yang berkerut itu. “Aku stress duduk kat rumah!”. Kali ini Sehun pula berkerut dahi. “Pelik tu! Selalunya kau akan stress bila ada kat pejabat ni, sekarang terbalik pulak.” Tao mengeluh.

“Entahlah...” Tao mengeluh lagi. Tiba-tiba sahaja riak wajah Sehun berubah menjadi teruja. “Hey! Kisah gadis idaman kau tu macam mana? Berjaya tak pikat dia? Haha...tengok muka kau ni...aku dah boleh agak kau kena reject!”. Tao merenung Sehun dengan pandangan tajamnya. “Okay! Sorry!”. Sehun terus mengangkat kedua belah tangannya, menyerah diri. “Dia...ada kat rumah aku sekarang.” Sehun terkejut mendengarnya. “What?! Gilalah kau! Kau dah buat apa aje dengan dia? Kau dah tidur dengan dia ke?”

Tao: “Kau ni...nak kena sepak ke? Mulut tu jaga sikit!”

Sehun: “Sorrylah...tapi macam mana dia boleh ada kat rumah kau? Baru dua bulan lepas kau cakap yang kau dah jumpa gadis idaman kau, and sekarang dia ada kat rumah kau pulak..."

Tao: “Susahlah nak cerita dari awal...rumit!”

Sehun: “Erm...kau ni pun satu! Selalu berahsia! Dah pening baru cari aku! Lain kali...dah ada news, terus bagitahu kat aku...okay?”

“Okaylah...aku nak balik dulu...” Tao menyarung jaket hitamnya dan memakai helmet. Sebelum keluar dari pejabat, Sehun bersuara. “Tao! Nanti malam...aku datang rumah kau!”. Tao terkejut. “Buat apa?!”. Sehun ketawa melihat wajah Tao. “Aku nak kau cerita kat aku dari awal sampai akhir kisah gadis idaman kau tu! Kalau tak...aku ada kunci rumah kau tau...” Tao mengeluh, geram. “Okay, fine! Tapi...cerita kat luar rumah. Sebab aku tak nak dia dengar yang aku dah lama suka dia and jejak dia.” Sehun hanya mengangguk.

Tao pulang ke rumahnya bersama makanan untuk Bomi. Tao memanggil-manggil Bomi, tapi tidak disahut. ‘Ke mana pulak budak ni pergi?’ Tao pergi ke dapur, belakang rumah dan biliknya. ‘Ke mana pulak hilangnya budak ni?’ Tao masuk semula ke biliknya, mencari beg galas Bomi. ‘Tak ada?’ Tao bergegas ke luar rumah, memandang ke kanan dan kiri di kawasan rumahnya. Tapi sunyi. Tao mengeluh, motornya dihidupkan. Sebelum pergi, mak cik sebelah rumahnya kata bahawa Bomi baru sahaja keluar.

Tao tidak jadi membawa motornya, dia berjalan kaki mencari Bomi. Selepas 30 minit, Tao nampak Bomi di bastop. “Bomi!”. Terkejut Bomi mendengar suara Tao. “Tao...awak?”. Tao mengeluh. “Awak ni dah hilang akal ke? Huh!”. Bomi menundukkan kepalanya apabila Tao menengkingnya. “Saya...” Belum sempat Bomi menghabiskan kata-katanya, Tao terus menarik tangannya. Bomi mengikuti Tao kerana tangannya ditarik oleh Tao dan Bomi berasa takut melihat wajah Tao. Tapi belum sampai ke rumah, tiba-tiba sahaja Bomi menepis tangan Tao.

“Saya dah tak nak ikut awak lagi! Awak baliklah sendiri!”. Mereka berdua bertentangan mata agak lama. Apabila guruh di langit mula kedengaran, anak mata Tao perlahan-lahan tunduk ke tanah. Tao mengalah. Tao terus beredar dari situ dan meninggalkan Bomi seorang diri. Bomi terduduk, terkedu dengan kata-katanya sendiri. Bomi menangis apabila langit turut menangis menemaninya. Bomi memukul-mukul tanah yang semakin basah itu, melepaskan geram. Esakan tangisannya semakin kuat seperti hujan yang semakin lebat.

Tao tidak duduk diam di rumahnya, risau akan Bomi. Tambahan pula, sekarang tengah hujan lebat. Tao berjalan ke hulu dan ke hilir rumahnya, kerisauannya semakin ketara. Akhirnya, Tao keluar dalam hujan lebat itu. Tao pergi ke tempat tadi, Tao mengeluh. Ternyata Bomi masih di situ, duduk sambil menangis. Tao terus menarik tangan Bomi. Terkejut Bomi dengan kejadian mengejut itu. Bomi melihat insan di hadapannya itu, sungguh prihatin. “Tao...saya minta maaf...” Bomi terus memeluk Tao, menangis didakapnya.

TIE (Trust In Eyes)Where stories live. Discover now