Bomi berhenti di suatu tempat, duduk di bawah pokok lalu menangis di situ. Tiba-tiba sahaja ada orang menegurnya, Bomi memandang dua orang lelaki yang menegurnya itu sedang mabuk. Bomi takut melihat pandangan mata dua orang lelaki mabuk itu. Bomi terus berjalan dengan pantas, meninggalkan dua orang mabuk itu. Bomi berlari apabila dua orang mabuk itu mengekorinya tanpa memandang sekelilingnya kerana ketakutan. Bomi melintas jalan tanpa memandang kanan dan kiri, Bomi hampir dilanggar tapi sempat mengelak lalu terjatuh di atas jalan raya itu.
Bomi masih terduduk di situ, kereta di hadapannya semakin hampir dengan dia. Bomi hampir sahaja dilanggar dengan kereta, nasib baik ada orang yang menariknya ke tepi. Bomi terus menangis apabila ditanya keadaannya oleh orang itu. Bomi memandang wajah orang itu dan Bomi berasa terkejut setelah memandangnya. ‘Dia pemuda kat warung tu, kan?’. Bomi tercengang sekali lagi apabila melihat pemuda yang sama ketika di warung dulu. Jantungnya berdegup laju apabila pemuda itu bersuara.
“Awak tak apa-apa ke?”, sudah dua kali pemuda itu bertanya pada Bomi dengan pertanyaan yang sama. Tapi Bomi masih lagi tercengang, menghayati perasaan anehnya. Pemuda itu berasa geram dan mahu meninggalkan Bomi di situ seorang diri. Bomi tersedar lalu bersuara pada pemuda itu. “Terima...kasih...”, tergagap-gagap Bomi bersuara. Pemuda itu memandang Bomi dengan perasaan menyampah. “Ingatkan orang pekak bisu tadi, boleh pulak bersuara.” Pemuda itu terus beredar setelah menyakitkan hati Bomi.
Tiba-tiba sahaja dua orang mabuk tadi menerkam Bomi dari belakang. Bomi menjerit, meminta tolong. Pemuda itu berpatah balik ke arah Bomi, dia terus belasah dua orang lelaki itu. Pemuda itu berjaya membuat mereka larikan diri. Bomi ucap terima kasih lagi, tapi pemuda itu tidak mempedulikan Bomi dan pergi dari pandangan sayu Bomi. Dia mengeluh. Bomi berjalan lagi dengan perasaan takut. Tapi tidak sampai seminit, pemuda itu berpatah balik ke arah Bomi dan menyuruh Bomi naik motorsikalnya.
Sambil menunggang motorsikalnya, pemuda itu bertanya pada Bomi. “Rumah kat mana? Biar saya hantar awak.” Bomi serba salah ingin menjawab pertanyaan itu. “Erm...saya tak ada rumah...” Pemuda itu terus menghentikan perjalanannya. Masing-masing terus turun dari motorsikalnya. “Huh! Tak ada rumah?! Kau biar betul?!” Bomi hanya mampu menganggukkan kepalanya. Pemuda itu mengeluh melihat keadaan Bomi yang menyedihkan itu. Pemuda itu merenung Bomi kerana terlalu geram. Bomi hanya menunduk kepala, tidak berani memandang mata pemuda itu.
Akhirnya Bomi dibawa ke rumah pemuda itu. Bomi ingin bertanya tapi ragu-ragu, sebelum bertanya lagi pemuda itu sudah berkata bahawa rumah ini rumahnya. Bomi hanya mendiamkan diri dan mengikuti pemuda itu. “Awak boleh guna bilik saya sebab saya jarang tidur kat bilik tu. Saya lebih selesa tidur kat sofa.” Pemuda itu ingin keluar tapi Bomi pula bersuara. “Awak nak pergi mana?”. Pemuda itu mengeluh sebelum menjawab. “Nak pergi cari makananlah. Awak nak biarkan perut awak asyik berbunyi sampai esok pagi ke?”. Pemuda itu terus keluar.
Bomi selesai mandi, Bomi memakai bajunya yang sama kerana beg bajunya sudah hilang ketika dikejar dengan pemabuk-pemabuk tadi. Bomi ke dapur, melihat barang pemuda itu berhabuk. ‘Nampak sangat dia selalu makan kat luar.’ Bomi membersihkan barang-barang dapur di situ. Dalam pada itu, pemuda itu pulang dengan mengejut. Bomi yang tengah menyusun pinggan mangkuk, terkejut lalu pinggan yang dipegangnya terhempas ke lantai. Bergegas pemuda itu ke dapur selepas terdengar bunyi barang kaca pecah.
“Maaf...saya tak sengaja pecahkan pinggan awak...” pemuda itu mengeluh mendengar suara sayu Bomi. “Ada ke orang sengaja pecahkan sesuatu kalau tak sengaja?”. Pemuda itu mengeluh lagi. “Tak apa...saya boleh kemaskan...” Bomi bersuara apabila melihat pemuda itu mula mengemas pinggan yang sudah pecah itu. “Tak apalah...awak pergi makan sana. Biar saya yang kemas.” Pemuda itu mula mengutip serpihan kaca itu. Bomi pula terus ke arah penyapu, tapi terhenti diseparuh jalan kerana dia terpijak serpihan kaca.
Pemuda itu mengeluh lagi melihat Bomi yang selalu cuai itu. “Tengok! Saya dah kata tadi tak payah! Duduk diam dan makan! Degil! Itulah akibatnya kalau buat kerja melulu aje! Tak pernah nak berhati-hati!”. Bomi hanya mendiamkan diri ketika dimarahi oleh pemuda itu. Selepas pemuda itu memarahinya, Bomi melihat pemuda itu sedang membalut luka di kakinya. ‘Serius betul muka dia, takut aku nak tengok.’ Pemuda itu terus ke dapur untuk menyambung kerjanya tadi, membersihkan serpihan kaca itu dengan berhati-hati. Bomi hanya menjadi pemerhati.
Ketika makan malam di ruang tamu sambil menonton televisyen, Bomi asyik merenung pemuda itu. ‘Tengah makan pun muka nampak menakutkan.’ Pemuda itu menyedari Bomi asyik merenungnya. “Tahulah saya ni handsome, tapi makanlah dulu. Dah sejuk makanan depan awak tu.” Bomi terus menundukkan kepalanya. Bomi makan sehingga licin, kebuluran seharian berjalan. Pemuda itu terkejut melihat Bomi dapat menghabiskan makanannya dengan sekelip mata sahaja. Bomi meneguk air dalam gelas itu juga sekali teguk sahaja. Pemuda itu menggeleng melihatnya.
Di hadapan rumah, Bomi termenung melihat bulan. ‘Cantik bulan tu.’ Bomi mengeluh apabila teringatkan kehidupan dia dari dulu hingga kini tidak pernah berubah, cuma sekarang bapanya yang menghilang dan dia kena berhadapan dengan pemuda yang bengis dan garang. Tapi pemuda itu ada juga sisi baiknya. Pemuda itu agak prihatin dengan Bomi dan telah membenarkan Bomi tinggal di rumahnya juga tidur di biliknya. Bomi tersenyum seorang diri apabila teringat ketika pemuda itu membalut luka di kakinya.
YOU ARE READING
TIE (Trust In Eyes)
RomansSINOPSIS TIE (Trust In Eyes) adalah kisah seorang gadis yang sering dikecewakan oleh kaum lelaki. Gadis itu mula percayakan seorang pemuda ini setelah merenung matanya. Gadis itu adalah Bomi dan pemuda ini pula adalah Tao. Tao telah mengekori Bomi s...