Bomi berjalan-jalan pada waktu malam bersama haiwan peliharaannya iaitu Cute. Cute adalah kucingnya yang ketiga. Kucingnya yang sebelum ini dah hilang entah ke mana. Ini disebabkan keluarga Bomi yang kerap kali berpindah-randah akibat bapanya yang suka berjudi dan berhutang dengan orang, tidak mampu nak bayar segala hutang bapanya kerana keluarga Bomi yang tidak berkemampuan. Tapi Bomi seorang gadis yang kental dengan dugaan. Bomi tetap akan tersenyum di hadapan bapanya untuk melegakan hatinya yang sedih.
Bomi mendapat tawaran kerja dari jirannya. Kebetulan pula jiran Bomi mempunyai sebuah restoran dan memerlukan pekerja seperti Bomi sebab Bomi mempunyai bakat dalam nyanyian dan juga menari. Selain itu, Bomi juga pandai berlawak. Sifat lucunya telah menjadikan restoran jirannya yang dahulunya kecil, kini telah menjadi besar dan mempunyai cawangan yang lain. Kini, Bomi sudah menjadi sebahagian dari keluarga jirannya itu selepas bapanya menghilang ketika dikejar oleh penjudi kerana bapanya kalah dan tidak mahu membayarnya.
Bomi berkawan rapat dengan anak jirannya itu, namanya ialah Hyuna. Bomi dan Hyuna mempunyai sifat yang sama iaitu sifat lucu mereka, sebab itulah mereka menjadi kawan karib sekarang. Ibu bapa Hyuna melayan Bomi sama seperti mereka melayan Hyuna, penuh dengan kasih sayang. Bomi berasa sangat bertuah dapat berkenalan dengan keluarga Hyuna dan menjadi anak angkat mereka. Walaupun Hyuna tua setahun dengan Bomi, tapi mereka sudah seperti adik-beradik kembar. Ke mana sahaja mereka pergi, mesti bersama. Tidak dapat dipisahkan.
Bomi dan Hyuna menjadi semakin renggang sejak Hyuna mula berkenalan dengan seseorang. Hyuna sering menolak ajakan Bomi kerana ingin berjumpa dengan kekasihnya. Bomi yang periang, tidak pernah berasa kecil hati dengan Hyuna. Bomi sentiasa berfikiran terbuka. Apabila semakin kerap ditolak ajakannya, Bomi juga mula mencari seseorang untuk berkenalan. Tapi Bomi sering dipermainkan, ditipu dan dilukai oleh mana-mana lelaki yang Bomi pernah jumpa. Akhirnya, Bomi mengambil keputusan untuk tidak mempercayai mana-mana lelaki lagi.
Bomi berasa gembira bagi pihak Hyuna kerana hubungan cintanya bersama kekasihnya kekal sehingga mereka berkahwin. Tapi yang membuatkan Bomi sedih adalah kawan karibnya sudah tidak tinggal bersama-samanya lagi. Hyuna mengikuti suaminya berpindah dan tinggallah Bomi dengan keluarga Hyuna. Bomi berasa tidak selesa jika Hyuna tiada, Bomi membuat keputusan untuk meninggalkan keluarga angkatnya. Bomi mencari tempat tinggalnya agak jauh dari keluarga angkatnya dan juga Hyuna.
Bomi yang dahulunya adalah seorang gadis yang periang dan lucu, kini telah menjadi seorang gadis yang pendiam dan muram. Tambahan pula, Bomi berjiran dengan keluarga bengis dan sombong. Bomi mencari kerja, tapi tidak dapat-dapat juga. Bomi tetap tidak putus asa untuk mencari pekerjaan sehingga langit menjadi gelap. Poket sudah semakin nipis, begitu juga dengan perutnya. Bomi pergi ke warung tepi jalan untuk mengisi perutnya yang berlapar dari siang hingga ke malam ini.
Bomi selesai mengisi perutnya dengan makanan yang agak mahal, duit poketnya pula tidak cukup. Bomi mula berasa gelisah apabila disuruh bayar oleh tauke warung itu. Bomi mengorek beg galasnya, tapi dia tidak jumpa duit. Bomi hanya ada duit di poket seluarnya sahaja. Bomi berterus-terang dengan tauke warung itu bahawa dia tiada duit yang mencukupi, Bomi disembur dengan air liur mak cik itu dan semua pelanggan memandang ke arah Bomi kerana suara lantang mak cik itu sedang memarahinya.
Bomi tidak dimarahi lagi setelah seorang pemuda menawarkan diri untuk membayar bagi pihak Bomi. Pemuda itu memandang wajah Bomi yang tercengang itu lalu beredar dari situ. Bomi tersedar dari tercengangnya, Bomi belum ucap terima kasih pada pemuda itu. Bomi ingin memanggilnya tapi tidak tahu namanya, Bomi berlari ke arah pemuda itu. Tapi pemuda itu sudah memecut pergi bersama motorsikalnya. Bomi mengeluh kerana tidak sempat mengucapkan terima kasih. Bomi hanya melihat pemuda itu pergi dengan motorsikalnya sahaja.
Bomi berjalan ke rumahnya, perlahan-lahan dia melangkah sambil terbayangkan kejadian mengejut tadi. Bomi teringat akan pemuda yang menolongnya di warung itu tadi. Pemuda itu ada sesuatu yang membuatkan Bomi ingin menerokai kehidupan pemuda itu. Sehingga pulang ke rumah, Bomi masih teringatkan pemuda itu. Bomi tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana banyak soalan diminda yang masih tidak dapat dijawab. ‘Mungkin ke aku dah jatuh cinta hanya memandang mata dia?’. Bomi menggeleng kepalanya beberapa kali, tidak percaya dengan perasaannya sendiri.
Bomi terbangun apabila mendengar bunyi ketukan yang kuat di hadapan pintu rumahnya. Bomi segera membuka pintu dengan matanya separuh buka separuh tutup itu. Tuan rumah datang. Segar terus mata Bomi melihat tuan rumahnya datang meminta sewa rumah. Tapi Bomi masih tiada pekerjaan dan duit poketnya telah habis digunakan semalam. Bomi hanya mampu mendiamkan diri melihat barang-barangnya dicampak ke luar rumah. ‘Kenapa kejam sangat dengan aku?’. Bomi keluar dari rumah tanpa arah tujuan.
Bomi berjalan ke suatu lorong yang sunyi, berehat di situ sebentar. Bomi mencapai botol airnya dalam beg galas lalu meneguknya sehingga habis. Setelah selesai meneguk air dalam botol sehingga habis, Bomi menghembus nafas lega. Begitu penat dia, Bomi ingin pulang ke rumah keluarga angkatnya tapi jauh dari situ. Bomi memandang sekelilingnya, dia tidak tahu hendak ke mana lagi. Bomi berjalan lagi, mencari kerja kosong di rumah kedai. Tapi hampa, dia tidak diterima kerana tiada tempat tinggal yang tetap.

ANDA SEDANG MEMBACA
TIE (Trust In Eyes)
RomanceSINOPSIS TIE (Trust In Eyes) adalah kisah seorang gadis yang sering dikecewakan oleh kaum lelaki. Gadis itu mula percayakan seorang pemuda ini setelah merenung matanya. Gadis itu adalah Bomi dan pemuda ini pula adalah Tao. Tao telah mengekori Bomi s...