Tiba sahaja di rumah, Tao bergegas mengambil tualanya. Rambut panjang Bomi yang basah itu dilapnya, Tao menyelimutkannya setelah Bomi selesai mandi. Bomi masih lagi menangis walaupun sudah banyak kali dipujuk oleh Tao. Tiba-tiba telefon Tao berdering, Sehun memanggilnya. Sehun berkata bahawa dia tidak dapat datang ke rumah kerana ada hal kecemasan berlaku. Tao menghembus nafas leganya. ‘Baguslah kalau tak dapat datang...keadaan pun tengah rumit ni.’ Tao berkata dalam hatinya setelah talian dimatikan.
Tao menjenguk biliknya, melihat Bomi sudah lena dibuai mimpi. Tao mendekati Bomi yang sedang lena itu, Tao merenung Bomi. Perlahan-lahan tangan Tao mengusap rambutnya yang masih lembap itu, sayu saja matanya melihat Bomi. Tao menyentuh dahinya pula, Tao mengeluh apabila mendapati Bomi demam. Tao keluar dari bilik, terus ke dapur. Membasahkan tuala kecilnya dengan air suam lalu dibawa ke bilik semula. Tao meletakkan tuala itu di atas dahi Bomi untuk meredakan suhu panas badan Bomi itu.
Tao terlelap di sofa dengan TV yang masih menyala. Pada jam 4 pagi Tao bangun. Ketika bangun, Tao menyentuh dahinya. ‘Aduh...aku pun demam ke?’ Tao mengeluh. Tao mandi air panas, melegakan tubuhnya yang letih itu. Selesai sahaja, Tao menyentuh dahinya lagi. Tao mengeluh buat kali kedua apabila dahinya masih panas, Tao terus baring di sofa. Tao tidak larat untuk berjoging ketika demam. Tao terpandang pada TV di hadapannya. ‘Bukan ke semalam aku tak tutup TV ni?’ Tiba-tiba pintu bilik terbuka.
Bomi akan mengigau seperti biasa, selepas itu tidur di situ. Tao mendukungnya masuk ke dalam bilik semula, Tao mengusap dahinya. Dahinya sudah tidak panas macam tadi, Tao menghembus nafas leganya. ‘Baguslah dah reda...tapi aku pulak yang demam.’ Tao keluar dan baring di sofa. Matanya pedih kerana suhu badannya yang panas itu semakin menjadi-jadi. Akhirnya, Tao terlelap juga. Ketika itu, Bomi bangun. Bomi ke tandas. Apabila sudah selesai, Bomi melihat Tao sedang nyenyak tidur di atas sofa.
Bomi masuk ke dalam bilik, dia bawa keluar selimutnya. Bomi selimutkan pada Tao. ‘Terima kasih untuk semalam.’ Bomi tersenyum melihat wajah lena Tao. Bomi cuba beranikan dirinya untuk menyentuh wajah Tao, senyumannya hilang secara tiba-tiba. ‘Tao demam ke?’ Bomi bergegas mengambil tuala kecil, diletakkan pada dahinya. ‘Patutlah dia tak pergi bersenam.’ Bomi duduk di atas lantai, menghadap Tao. Bomi merenung wajah Tao, hatinya berdebar-debar. Bomi terus mengelak perasaan yang mendebarkan itu. Bomi pergi ke dapur, membuka peti sejuk.
‘Sejak bila lauk ni ada kat peti sejuk? Semalam...’ Bomi teringat bahawa semalam Tao ingin membelikannya lauk, tapi dia lari dari rumah pulak. Bomi mengeluh. Tiba-tiba, telefon Tao berdering. Lama telefon itu berdering, tapi Tao tetap tidak sedar. Bomi ingin menjawabnya, tapi dia tidak berani. Apabila semakin bising, Bomi terus mengangkat telefon itu. “Hello...” Bomi teragak-agak ingin bersuara. “Tao...demam...” Talian terus dimatikan oleh pemanggil. ‘Eh? Dah tutup?’ Bomi letak telefon Tao di tempat asalnya.
Tak lama kemudian, seseorang datang ke rumah. Sehun menerjah rumah Tao kerana Sehun mempunyai kunci rumah itu. Bomi terkejut, Bomi terus mengejutkan Tao yang tengah lena tidur itu. “Tao! Tao...ada orang pecah masuk rumah awak.” Tao bergegas ke halaman rumahnya. Tao mengeluh melihat Sehun, Bomi berasa pelik. ‘Kenapa dia duduk diam aje?’ Secara tiba-tiba, Sehun memeluk Tao. Buntal mata Bomi melihatnya. “Tak payahlah lebih-lebih! Aku bukannya nak mati pun!”. Tao menolak Sehun, Bomi hanya melihat dari belakang.
“Tao...kawan awak ke?”. Bomi bersuara. “Ye. Tak payah keluar! Duduk kat dalam!”. Bomi tidak jadi hendak ke luar rumah. “Tapi...awak tengah...” Tidak sempat Bomi ingin habiskan kata-katanya, Tao terus mencelah. “Demam. Tahu. Dahlah masuk!”. Bomi mengeluh. “Kenapa kau garang sangat dengan dia? Dia prihatin dengan kau tu.” Sehun pula bersuara. Bomi terus menutup pintu, membiarkan Tao dengan Sehun. ‘Kawan dia rupanya...’ Bomi mengeluh lagi. Bomi ke dapur, memanaskan lauk semalam. Bomi makan seorang diri di ruang tamu sambil menonton TV.
Apabila Bomi berasa bosan, Bomi mula terfikirkan sesuatu. Bomi mengintai Tao dan Sehun dihalaman rumah melalui tingkap bilik tidur. Bomi melihat Tao dan Sehun begitu rapat dan mesra, walaupun hanya melihat dari perbualan mereka. “Haha! Kau ni Tao, memang tak boleh nak simpan rahsia dari aku! Aku dah agak, mesti kau ekori dia sejak pertama kali kau nampak dia! Aku kenal kaulah! Sebab tu dia boleh ada kat rumah kau sekarang, kan? Haha!” Terkejut Bomi mendengar kata-kata Sehun itu. ‘Orang yang dia cakap tu...mesti aku.’ Bomi terduduk di atas katil, tidak menyangka bahawa semuanya telah dirancang oleh Tao.
Bomi mengemas barang-barangnya ke dalam beg galasnya, Bomi keluar dari rumah itu. Tao melihat Bomi keluar tanpa menegurnya, Tao terus berlari ke arah Bomi dan menarik tangan Bomi. “Awak nak ke mana?” Tao bertanya pada Bomi yang memandangnya dengan pandangan yang tajam, Bomi berasa marah dan geram pada Tao. “Lepaskan tangan saya!” Bomi menengking pada Tao. “Kenapa dengan awak ni?” Tao mula berasa pelik dengan kelakuan Bomi. “Kenapa? Kenapa awak nak tahu? Kenapa awak boleh ada sewaktu saya dalam kesusahan? Kenapa mesti awak yang ada masa-masa macam tu?” Bomi menepis tangan Tao.
Tao terkejut mendengarnya. ‘Bomi dah tahu hal sebenarnya?’ Tao terdiam di situ, hanya melihat bayangan Bomi yang semakin kabur dimatanya. Sehun terus ke arah Tao. “Kenapa kau tak halang dia?” Tao mengeluh mendengarnya. “Dia dengar perbualan kita...” Sehun pula terkejut. “Dia...dengar? Tapi...macam mana dia boleh dengar? Huh! Takkan sebab suara aku kot...?” Sehun mengetuk dahinya. “Tak...salah aku...kau tak salah...” Tao masih berasa terkejut kerana Bomi meninggalkannya begitu sahaja. Sehun melihat wajah sayu Tao, Sehun menepuk-nepuk bahu Tao untuk meredakan hatinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
TIE (Trust In Eyes)
RomanceSINOPSIS TIE (Trust In Eyes) adalah kisah seorang gadis yang sering dikecewakan oleh kaum lelaki. Gadis itu mula percayakan seorang pemuda ini setelah merenung matanya. Gadis itu adalah Bomi dan pemuda ini pula adalah Tao. Tao telah mengekori Bomi s...