Yuki melangkah dengan sangat malas kerana seharian berjalan ke sana ke sini dengan Hinata. Tak kan lah nak tolak pelawaan orang kena lah jaga hati orang baru lah orang jaga hati kita jugak.(elelele)
Fumori turun apabila mendengar pintu rumah dibuka menandakan ada orang masuk.
"Sayang? Okay tak ni? Penat semacam je tengok."kata Fumori lalu melabuhkan duduk di sebelah Yuki yang memejamkan matanya dan bersandar di sofa.
"Boleh lah... Penat sikit je ni." Yuki hanya menjawab tanpa membuka mata akibat terlalu letih.
"Boleh jalan tak ni? Nak angkat bawa naik atas tak?"
"Eh?! Tak payah lah nanti boleh saya naik sendiri. Nak rehat kejap je ni bukannya tak boleh jalan sendiri." tolaknya. Mengadanya lah nak berangkat bagai.
"Bukan susah pon."
"Wargh!!"jerit Yuki akibat tindakan drastik Fumori yang tetap mahu mengangkatnya walaupon ditolak mentah mentah.
"Kan senang minta je lah tolong kalau tak larat nak naik sendiri."Fumori hanya tersenyum apabila Yuki menarik muka akibat tindakannya.
"Saya penat sikit je bukan sampai tak boleh nak jalan langsung."Yuki tetap tak mahu kalah.
"Susah lah cakap dengan orang yang tak nak ngaku ni. Suka sangat cakap tak apa lah ini lah itu lah. Luahkan je senang kan."Fumori membebel walaupon Yuki tetap mengetatkan mukanya.
Hinata yang sedang termenung jauh tidak perasan akan kehadiran suaminya yang baru muncul setelah seharian bekerja di salah satu perusahaan yang baru sahaja ditubuhkan.
Setelah bermacam macam yang mereka berdua hadapi masing masing sudah berubah ke arah lebih baik daripada sebelum ini.
"Hinata?" panggil Katou lembut. Pelik pon ada dengan tingkah Hinata yang langsung tidak perasan akan kehadirannya.
"Huh?!" Hinata langsung berpaling apabila mendengar namanya dipanggil dan melihat muka Katou yang memandangnya pelik.
"I want to tell you something. How about.."
"Ya? Just say it."
"I rasa serba salah lah dengan Yuki sekarang ni. You know kan about his parents." ucap Hinata lemah kerana dia berasa teramat serba salah dengan perkara yang dia lakukan terhadap Yuki. Kalau Yuki tahu mesti dia akan membencinya.
Katou mengusap lembut bahu Hinata bagi menenangkannya. Dia tahu dan tersangat faham akan perasaan yang dirasakan oleh Hinata sekarang ini. Jangan kan Hinata dia pon turut merasakan perkara yang sama sebab semua ini pon berpunca daripadanya.
Hinata menyandarkan kepalanya di bahu Katou yang masih setia di sisinya bagi menenangkannya.
"Yuki - chan!!" laung Hinata apabila terlihat kelibat Yuki yang mencari akan dirinya.
Tanpa berlengah Yuki terus melangkah ke arah Hinata.
"Ya? Kenapa ni Hinata ada apa apa yang serius ke?" Yuki langsung bertanya tanpa basa basi sebab dia pon tertanya tanya apa yang mustahak sehingga kan Hinata mahu berjumpa secepat mungkin dengannya.
"First of all i'm want to say yang i'm so sorry. I harap sangat yang you akan maafkan i. I know and i can understand kalau you nak marahkan i but please forgive me Yuki." ucap Hinata sambil menggenggam erat tangan Yuki.
Yuki mati akal atas tindakan yang Hinata pamerkan. Dia langsung tidak dapat tangkap apa yang berlaku sekarang ini. Untuk apa Hinata perlu meminta maaf dengannya dan kenapa perlu dia maafkan untuk perbuatan Hinata sekarang ini.
"Wait wait.. i really cannot get it what's going on right now can you explain one by one?"
Hinata menarik nafas sedalam dalamnya dan menghembuskannya perlahan lahan. Dia perlu mencari kekuatan untuk berkata benar dan membuat Yuki faham akan apa yang perlu dia sampaikan dan jelaskan sekarang ini. Dia tidak mahu timbulkan apa apa isu lain setelah apa yang berlaku.
Hinata pon menjelaskan dari A sampai Z. Wajah Yuki berubah mendadak setelah Hinata jelaskan satu persatu. Dia tidak menyampuk walau satu pon ayat sehingga Hinata selesaikan percakapannya.
"Yuki - chan?" Hinata mahu mencapai tangan Yuki tapi cepat cepat ditarik oleh Yuki kerana kalau ikutkan kata hatinya mahu sahaja dia menghamburkan kata kata kesat,cacian atau pon makian terhadap Hinata tapi dia perlu berfikiran waras sekarang ini dan tidak mahu melakukan perkara yang melampaui batas. Hinata terpaksa sembunyikan perasaannya yang terguris akan perlakuan Yuki tapi apakan daya perlakuannya lagi teruk dan tidak boleh diterima oleh sesiapa pon termasuk Yuki sendiri.
Ibu bapa Fumori yang baru selesai tugasan di luar negeri tiba di kediaman milik Fumori memandangkan Fumori yang asyik sibuk dengan hal kerjanya selalu biarkan Yuki seorang diri di rumah tanpa peneman.
Yukito yang baru keluar daripada bilik tetamu melihat susuk tubuh Yuki yang termenung jauh. Sedari tadi dia perasan gelagat Yuki yang banyak diamkan diri.
"Yuki - chan? Are you okay honey?" panggil Yukito sambil mengusap lembut bahu menantu kesayangannya.
"I'm okay."balas Yuki sambil tersenyum tawar.
"Kalau ada apa apa masalah bagi tahu kaasan tak kira apa pon jangan simpan Yuki tahu kan kaasan sayang Yuki dan anggap Yuki macam anak kaasan sendiri?"ucap Yukito lagi sambil mengelus lembut rambut panjang mengurai milik Yuki.
Yuki yang hilang kata kata memandang wajah lembut milik Yukito yang senyum manis ke arahnya merasakan tubir matanya panas dan bila bila masa sahaja akan tumpah laju memeluk tubuh Yukito dan menangis teresak esak yang dia tahan sejak mertuanya tiba.
Yukito mengusap lembut belakang tubuh Yuki bagi memberikan semangat dan memujuknya untuk bertenang.
Yuki yang telah reda daripada menangis meleraikan pelukannya dan menarik nafas perlahan lahan bagi mengembalikan semangat untuk kuat dan tabah menghadapi dugaannya.
"Dah lega dah?"ujar Yukito sambil mengelus jari jemari Yuki.
Yuki hanya menganggukkan kepalanya tanpa dia luahkan apa yang berlaku. Buat masa ni dia rasa lebih baik dia tenang dahulu baru dia akan ceritakan perkara sebenar. Nasib baik Yukito seorang yang memahami dan tidak memaksa untuk ceritakan perkara sebenar.
Apa apa yang kurang mohon maaf🙇 hope korg enjoy😘