Ayden yang baru siap mandi itu memandang ke arah Bella yang sedang menekup muka dengan bantal.
"Pergi mandi. Kau dah busuk tu"
"Ish, sabarlah. Tak menyempat betul. Busuk-busuk ni lah tunang kau" kata Bella lalu dia melangkahkan kaki ke bilik air.
Ayden terus ke wardrobe untuk memakai baju kerja.
Selepas setengah jam Bella mandi, dia membuka pintu bilik air dengan berhati-hati. Malu jugak kalau Ayden tengok nanti. Okay clear
'Aih, mana pula Ayden ni? Dah pergi kerja kut' teka Bella
Semasa hendak melangkah ke wardrobe pintu biliknya tiba-tiba diketuk. Bella dengan cepatnya memakai baju lalu membuka pintu.
"Ada apa?" straight to the point terus soalannya.
"Ni Ayden suruh kau pakai. Kejap lagi ada meeting dekat office. Dia suruh kau cepat. Pukul 10.00 pagi sharp." kata Avian
Bella kerling jam. Hah? Sekarang dah pukul 9.15 kut. Mana sempat
"Okaylah." Bella memberikan muka yang sudah dapat ditafsir oleh Avian. Dia membuat senyuman sinis. Tiba-tiba muncul seorang lelaki di situ. Alex.
"Ehh, Bella. Kau jangan macam-macam eh. Adalah tu dalam otak dia nak buat apa. Cepatlah nanti singa tu marah" kata Alex
"Takde lah. Pernah ke aku buat benda-benda pelik" balas Bella sambil menutup pintu.
Avian dan Alex memandang antara satu sama lain lalu mereka turun ke bawah tengok tv. Nak tunggu minah tu siap lambat lagi
Bella di dalam biliknya mengambil baju yang diberikan tadi. 'Not bad'
Tiba-tiba Bella mendapat mesej
Ayden croc 🐊
Pakai baju yang aku bagi tu. Aku tengok baju kau semua seksi-seksi. Dah pandai nak tunjuk body kat orang ke ?
Me
Ye lah. Pandai lah aku nak pakai. Sesuka hati cakap aku seksi.Ayden croc 🐊
Dengar cakap aku. Nanti aku bakar semua baju kau tu.Bella hanya memberikan bluetick sahaja. Rasakan padan muka.
Avian dan Alex mengerling ke arah atas.
"Bella cepat lah. Dah 9.45 dah ni" marah Avian
"Ye lah dah turun lah ni" kata Bella sambil berlari menuruni tangga
Avian dan Alex memandang sesama sendiri. Ish perempuan sorang ni. Memang taksah kalau tak kena marah dengan Ayden
"Bukan ke Ayden dah cakap dia tak suka tengok kau seksi macam ni?" tanya Alex
Belum Bella menjawab Avian telah memotong
"Dah. Perempuan ni memang macam ni. Tak boleh langsung dengar cakap Ayden. Suka hati dia lah"
"Betul tu" balas Bella dan tersenyum. Takda lah seksi mana pun. Dia melihat baju yang dipakainya. Baju yang diberikan Ayden memang cantik. Tapi dia saja nak tengok macam mana Ayden react bila tengok dia macam ni
'Padan muka. Siapa suruh dia nak bakar baju aku' getus Bella
YOU ARE READING
The Faceless Evil [hold on]
Short Story꧁As known as THE MAFIA IS MINE ꧂ "𝓺𝓾𝓮𝓮𝓷𝓼 𝔀𝓲𝓵𝓵 𝓯𝓸𝓻𝓮𝓿𝓮𝓻 𝓼𝓽𝓪𝔂 𝓫𝓪𝓭𝓭𝓮𝓻 𝓽𝓱𝓪𝓷 𝓫𝓲𝓽𝓬𝓱𝓮𝓼" Mereka berdua tak sesweet pasangan lain. Tapi mereka ada cara sweet mereka sendiri "Ayden! Yang you tambah lag...