Sampai rumah Bella terus melarikan diri. Cepat-cepat dia berlari naik ke biliknya. Bukannya merajuk tapi dia nak larikan diri dari Ayden. Entah apa denda yang dia akan kena. Sampai sahaja dibiliknya, dia mengunci pintu.
'Aku kena tidur dalam bilik aku malam ni. Bahaya' bisik hati Bella
Bella hanya merenung dan memerhati biliknya. Bilik yang bertemakan simple dan klasik. Bilik ini dipenuhi dengan crystal dan kaca. Bilik ni masih sama. Tak pernah berubah. Mungkin Ayden tak benarkan siapa-siapa masuk kut.
Sedang Bella melihat sekeliling biliknya, matanya tiba-tiba terpandang satu cincin di atas meja. Ya, their engangement ring. Bella terus berdiri dan menuju ke arah meja tersebut. Tangannya terus sahaja mencapai cincin itu dan memerhati. Terimbas kembali detik-detik Aryan melamarnya.
Flashback
(The Royal Suite, The Lanesborough)
Bella yang sedang termenung melihat kota London itu tiba-tiba dipeluk oleh seseorang. Bauannya pun Bella sudah tahu. Tangannya turut memegang tangan jejaka itu.
' Kau tengok apa tu?' tanya Ayden. Terus Bella tersentak. Ayden terus merehatkan kepalanya di bahu Bella yang terdedah itu. Dia terus menghidu bau leher Bella. Vanilla accent! Ayden terus menghidu. Bella yang berasa tidak selesa itu terus memalingkan wajahnya.
"Ayden, kau jangan eh. Ramai orang ni" tegur Bella. Padahal dia suka
"Alah. Aku nak peluk kau sikit je. Aku rindu kau lah" ujarnya sambil mengetatkan lagi pelukan.
Bella gugup sebentar. Dia terus memusingkan badannya dan memeluk Ayden. Tidak bertahan lama, Bella terus memasamkan muka.
"Kenapa kau tak peluk aku balik?" tanya Bella. Muka jangan cakaplah memang kalah singa betina. Merajuk bukan main
Ayden senyap. Dia hanya mempamerkan wajah bekunya kepada Bella. Malaslah nak layan. Ayden terus melangkah pergi dan berehat di atas katil. Matanya masih memerhati setiap pergerakan Bella. Pandai sangat kan tadi tegur aku.
Bella terus palingkan badannya keluar beranda semula. Angin sejuk menampar badannya. Sejuk tapi disebabkan dia merajuk dia akan stay jugak dekat situ. Ayden yang melihat Bella kesejukan terus menyuruh Bella masuk ke dalam bilik.
"Bella dah lah. Nanti kau selesema pula" tegur Ayden
Bella buat-buat tak dengar. Merajuk. Ayden yang melihat Bella begitu terus menghampiri Bella yang berdiri di beranda itu. Kot yang dipakainya ditanggalkan dan diletakkan di atas bahu Bella. Badan Bella dipeluknya sekali lagi dari arah belakang. Keadaan senyap seketika. Kemudian, Ayden bertanyakan soalan yang amat mengejutkan Bella
YOU ARE READING
The Faceless Evil [hold on]
Cerita Pendek꧁As known as THE MAFIA IS MINE ꧂ "𝓺𝓾𝓮𝓮𝓷𝓼 𝔀𝓲𝓵𝓵 𝓯𝓸𝓻𝓮𝓿𝓮𝓻 𝓼𝓽𝓪𝔂 𝓫𝓪𝓭𝓭𝓮𝓻 𝓽𝓱𝓪𝓷 𝓫𝓲𝓽𝓬𝓱𝓮𝓼" Mereka berdua tak sesweet pasangan lain. Tapi mereka ada cara sweet mereka sendiri "Ayden! Yang you tambah lag...